CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1643|Reply: 1

[Tempatan] SMOKERS CLUB:Cameron Highlands Bakal Jadi Zon Bebas Asap Rokok Nikmat??

[Copy link]
Post time 13-3-2015 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Cameron Highlands perlu dijadikan zon larangan merokok
Jumlah pelancong ke Cameron Highlands dikataakan akan melonjak naik seperti yang berlaku selepas undang-undang memperketatkan larangan merokok dikuatkuasakan di Melaka pada 2011. - Foto mbar.gov.my



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 13 Mac:
Kerajaan negeri perlu bertindak untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan awam serta alam sekitar di Cameron Highlands dengan mewartakan kawasan dalaman dan luaran di tempat awam sebagai itu zon bebas asap rokok.

Aktivis alam sekitar dan Presiden badan bukan kerajaan (NGO) Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), Ramakrishnan Ramasamy berkata, kesan buruk yang berpunca daripada asap di tempat-tempat awam tidak hanya memberi kesan kepada penduduk setempat malah pelancong.

“Jumlah pelancong akan melonjak naik selepas pengubalan undang-undang yang memperketatkan larangan merokok seperti yang dilakukan di Melaka pada tahun 2011.

“Pelawat yang merokok pula akan mengasingkan diri mereka apabila mahu merokok dengan merokok di kawasan yang dibenarkan sahaja.


“Dengan mewartakan kawasan khas merokok itu, ia akan memberi manfaat kepada perniagaan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh REACH pada November tahun lepas di kalangan penduduk tempatan dan pelancong mendapati wujud penerimaan awam dan sokongan yang kukuh bagi usaha menjadikan Cameron Highlands zon bebas asap rokok.

REACH yang bekerja bekerjasama dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Kesihatan telah mengemukakan cadangannya kepada kerajaan pada akhir tahun lalu.

Zon bebas asap akan dilaksanakan di Tanah Rata sebelum diluaskan ke bandar-bandar lain seperti Brinchang.

REACH berharap warta itu akan diluluskan tidak lama lagi oleh Exco kerajaan negeri Pahang.

Sementara itu Pemandu pelancong, S.K. Raju berkata, penguatkkuasaan zon itu pelancong akan menikmati udara yang segar sepanjang berjalan di Cameron Highlands kelak.

“Memang terasa nikmatnya apabila dapat berjalan dengan menghirup udara yang segar.

Raju berkata dia menerima banyak aduan daripada pelancong terutama warga asing yang berkaitan dengan merokok di tempat awam.

Seorang petani, V. Selvaraj dari Raju Hill, satu daripada ladang strawberi terkenal di Cameron Highlands berkata, perokok cenderung merokok di Cameron Highlands kerana cuacanya yang sejuk dan untuk menghangatkan tubuh mereka.

“Perokok bebas untuk melakukan apa yang mereka mahu, selagi mereka yang bukan perokok tidak menjauhkan diri ketika mereka merokok.

“Mereka juga perlu berfikir mengenai kanak-kanak kerana Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan popular untuk keluarga,” katanya menyokong Cameron Highlands dijadikan kawasan zon bebas asap rokok.






TRP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..kat tv aritu pun tunjuk kat kwsan r&r pun ada yg kena saman.kawan aku kena saman juga isap rokok dikawasan aeon.dia ckp org tu pakai baju biasa je..alih2 dtg n bg surat kompaun.bgus lah.org merokok ptgkn diri kdg2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.068049 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list