CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20147|Reply: 121

[Tempatan] 2010 Watak ATOI 2015 CICAKMAN superhero yang malaysia mampu?

[Copy link]
Post time 16-3-2015 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 17-3-2015 10:15 AM

Ada betul kata adik ini tentang CICAK MAN?



Sentap pula nanti tuan punya filem, tidak pernah terfikir pun apa yang adik cuba sampaikan. Baru terigat tentang peristiwa yang menimpa Nabi Ibrahim As. Pada 12 mac filem berjudul Cicakman yang dilakonkan oleh Zizan Razak akan ditayangkan di seluruh pawagam berdekatan. Malah masih ada lagi yang tidak meminati menonton filem-filem melayu dipawagam.

Seorang wanita ini kongsikan pendapatnya di laman sosial ' bila difikirkan balik kenapa CICAKMAN??? CICAK?? CICAK jadi superhero? Tahu tak apa cicak sudah buat pada api yang membakar Nabi Ibrahim As? Hmmmm sedih kerana orang islam, maksud beliau penebit dan pengarah filem itu mengangkat cicak sebagai superhero, dan Kristien memilih Spiderman yakni labah-labah sebagai superhero mereka. Renungkan kembali kata wanita itu. -piao-



2010 Watak ATOI 2015 CICAKMAN superhero yang malaysia mampu?









  • Tigerman
  • pandaman
  • beruangman
  • semutapiman
  • kerenggaman
  • lintahman
  • cacingman
  • pacatman
  • belangkasman
  • siakapman
  • keliman
  • sepatman
  • tenggiriman
  • pariman
  • tapaksulai 'man'
  • gagakhitaman


Semua senarai di atas masih kosong  




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2015 05:03 PM | Show all posts
Kenapa cicak harus dibunuh?…

1] kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam api, sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut. Namun cicak malah sebaliknya, dia malah meniup-niupkan apinya agar apinya semakin membakar tubuh Nabi Ibrahim As. Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita (selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak!

2] Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yang sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema. Mendengar suara cicak yang begitu kuat, para kaum kafir Quraisy yang sedang memburu Rasulullah Saw menjadi sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur tersebut. Namun, untungnya ketika kaum musyrikin melihat pintu gua tertutup dengan sarang labah-labah, mereka tidak percaya. Kalau orang masuk ke gua itu, tentu sarang labah-labahnya rosak. Maka terlepaslah Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya. Maka dari itu, cicak disunatkan untuk selalu dibunnuh!

3] Di dalam suatu keterangan mengenai hadis sahih, Nabi Muhammad Rasulullah Saw pernah melaksanakan solat. Ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia dikencingi serta diberaki oleh cicak yang berada di atas nya, sedangkan tahi cicak dan air kencing cicak itu sangat bau dan najis. Oleh kerananya, Nabi Muhammad Rasulullah Saw menamai cicak dengan nama Fuwaisiq (Si penjahat kecil).

Nah itulah indahnya Islam, walaupun cicak disunatkan untuk dibunuh oleh setiap kaum Muslim, tetapi tetap saja, ummat Islam diharamkan untuk berlaku zalim dan kejam terhadap semua makhluk termasuk cicak!

Sekali pukulan yang dapat mematikan bagi sang cicak, maka pahalanya sangat besar daripada pukulan berikutnya yang selalu mengurangi pahala dari membunuh cicak.

Apalagi pada pukulan keempat dan sebagainya, maka pahala kita menjadi kosong, malah yang ada mungkin kita menjadi dosa kerana telah menganiaya cicak.

Dan lebih banyak lagi mengenai cicak dalam Islam (Rahmatan lil ‘alamin) yang menceritakan bahawa cicak itu bukan binatang yang sopan, dan cicak juga sering memakan makanan-makanan kita sendiri yang pada akhirnya kita akan merasa jijik dengan makanan kita sendiri.

Jadi kalau anda melihat cicak, bunuh saja ia!!!

Cara yang betul untuk membunuh cicak adalah dengan menggenggam tubuhnya, kemudian kepalanya diletakkan di antara jari telunjuk dan ibu jari, kemudian tekan kepalanya dengan keras!

Kalau saya sendiri masih geli untuk membunuh cicak dengan cara demikian. Membunuh cicak dengan cara dipukul pun tidak mengapa. Ingat, jangan menyiksanya!

Bagi yang tidak ingin mengamalkannya, silakan, tapi sebagai seorang muslim kita harus percaya bahawa cicak adalah binatang yang disunatkan untuk selalu dibunuh, kerana sumbernya secara lansung dari hadis Rasulullah Saw yang sahih!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:10 PM | Show all posts
ermm.. kita dgr esok2 apa plak norman kru nak komen..

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:11 PM | Show all posts
apsal la cicak... buat la mengkarungman ke...  ikansepatman...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:13 PM | Show all posts
ikan pari ke? gamat laut ke? udang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
So nak cakap kena bunuh semua cicak di muak bumi ni ke?siap bagitau lagi cara2 nak membunuh cicak pastu cakap nahh inilah keindahan islam? Betul ke cmni cara2 nk tunjukkan keindahan islam? Mengiyakan tanggapan bahawa islam itu teroris. Umat idlam sendiri memandai2 dgan hukuman.nahhh indahnyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Betol jugak.

Byk byk haiwan cicak jgk
Yg di pilihnye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la mentadak mentaduk man ke, kambeng man ke, Cipan man ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 05:21 PM | Show all posts
dah tu takkan nak boh nama adiwira " MACAIMAN"

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:21 PM | Show all posts
patut finas haramkanla filem bodo2 cmni..
satu tiru spiderman, satu tiru master chief..

memalukan negara malaysia je.

ramai org berakal luar negara komen malaysia ni tau ciplak aja..
mau je dorg bagi penampo kt KRU ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:22 PM | Show all posts
islam dari pelbagai sudut pandangan dan interest..subjektip.

tapi cicakmen memang out..freeonline movi pun aku tknak. eh ada satu citer kru pasal viking yg juta2 bajet katanya...skli minit pertama aku lihat..cetttt buat malu je..stop terus aku dari buang msa tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah LA... Normang Ade wat perjanjian dgn Freemason ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:24 PM | Show all posts
ala rilek la..ni kan sekadar hiburan...


abis takkan KRU nak buat


tok siak man....

seorang superhero berserban , yg mempunya superpower hebat ..

saksikan bagaimana beliau menghapus kan para ummat yg sengaja meninggalkan solat dan berdua-duaan sesama tidak muhrim...

filem tok siak man ditaja oleh kismis minda...

kismis yg telah di selawat kan sebayak 500 kali dgn alunan mp3..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:28 PM | Show all posts
piao replied at 16-3-2015 05:03 PM
Kenapa cicak harus dibunuh?…

1] kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam  ...

Sila nyatakan bab dan jilid kitab riwayat bagi cerita-cerita yang ditulis 1, 2 dan 3 tu.  Saya nak buat rukjukan.  terima kasih dan wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:34 PM | Show all posts
alahai isu ni bukan isu baru..dari filem cicakman yang pertama ia sudah dibangkitkan siap wartawan melodi Tanya sendiri si Norman. Tapi lupa apa jawapan norman. Bagi aku ia sekadar cerita bukan untuk meng agung2kan cicak pon. Dulu pernah juga tertanya kenapa cicak? selepas  apakata norman bekerjasama dengan penerbit kluangman jadikan ia movie pulak. best apa kluangman dan tiongman berkolaborasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 05:36 PM | Show all posts
Tigerman
pandaman
beruangman
semutapiman
kerenggaman
lintahman
cacingman
pacatman
belangkasman

Semua senarai di atas masih kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 05:37 PM | Show all posts
Ya Tuhan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:37 PM | Show all posts
citer suamiku encik sotong adik ni taknak komen ke teringin aku nak dengar atau isteri separuh masa . Gitewwww
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:40 PM | Show all posts
Benda benda ni macam angin lalu je..

tapi kalo orang tak de life, jadi benda besar.. boleh beri kesan pada hidup dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:42 PM | Show all posts
HOHA replied at 16-3-2015 05:40 PM
Benda benda ni macam angin lalu je..

tapi kalo orang tak de life, jadi benda besar.. boleh beri k ...

yea benar tu mr homer simpson...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.085705 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list