CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 11

[Jenayah] Gara-Gara Tiada Lempeng Gandum,Suami Pukul Dengan Penyapu Besi.Kau Ader??

[Copy link]
Post time 17-3-2015 02:32 PM | Show all posts |Read mode
                                                                            Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa                                                                     

[url=]
[/url]                 




        KOTA BHARU - Gara-gara tidak menyediakan lempeng gandum untuk sarapan pagi, seorang isteri dipukul dengan batang penyapu besi oleh suaminya sehingga mengalami kecederaan dan sakit badan dalam kejadian di Kemubu, Kok Lanas, di sini, Jumaat lalu.

        Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dipercayai berlaku selepas suami mangsa yang baru bangun tidur meminta isterinya membuat lempeng gandum, namun permintaannya ditolak memandangkan isterinya sudah memasak nasi dan lauk pauk untuk makan tengah hari.

        Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa menolak permintaan suaminya memandangkan ketika itu bekalan tepung di rumah mereka sudah habis.

“Berang dengan jawapan isterinya, suami mangsa mengambil batang penyapu besi dan memukul belakang badan dan pinggang mangsa sehingga penyapu terbabit patah dua.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan tindakan suspek yang pada ketika itu hendak menyucuk besi penyapu ke badan mangsa dan ketika kejadian itu isteri suspek tidak sedar tangannya turut berdarah terkena besi tajam,” katanya.

        Rohaimi berkata, mangsa turut menggigit tangan suaminya yang sedang memegang batang penyapu besi itu dan akibat tindakan itu, mangsa disepak di bahagian pinggang dan jatuh ke lantai.

“Suami mangsa kemudian memijak leher pengadu sehingga menyebabkan isterinya sukar bernafas dan pengsan. Mangsa hanya tersedar semula selepas suspek menjirus air kepadanya.

“Selepas kejadian, mangsa mengalami sakit-sakit di seluruh badan dan mengalami lebam di bahagian pinggang,” katanya.

        Beliau berkata, mangsa hanya membuat laporan dua hari selepas kejadian kerana tidak dapat bergerak akibat kesan pukul dan kekasaran yang dilakukan suami terhadapnya.

“Ekoran laporan yang dibuat mangsa, suspek ditahan semalam (kelmarin) dan kita masih jalankan siasatan berhubung kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja menyebabkan kecederaan ,”katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/isteri-dipukul-kerana-tiada-sarapan-1.369530

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 02:38 PM | Show all posts
jadah pasal lempeng kena cucuk, pukul sampai berdarah. gila apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 02:38 PM | Show all posts
lempeng dengan lempang..kan dekat2 tu..anyway, sebab tak dapat lempeng ja nak membunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari alasan je nak belasah... Patut lps tu bini g je kedai buat lempeng letak racun tikus..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan. What do you expect?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 02:46 PM | Show all posts
bangkit tido pukul 12 trus nak makan lempeng, mmg elok kena lempang la si jantan pemalas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 02:48 PM | Show all posts
lempeng gandum tu beza ke dgn lempeng biasa? Aku dah terbayang bubur gandum pulak, sedapnya. =L
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 02:49 PM | Show all posts
biawak ni keje makan tido je ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 04:40 PM | Show all posts
bgn lambat
tido melampau2
sudahnya kepala sure pening..otak mereng
tambah perut lapur
naik hantu.... kasik parang aje lelaki mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 04:42 PM | Show all posts
apa tu lempeng gandum??? kena google ni
mcm sedap jah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 04:43 PM | Show all posts
elok sgtlah...pagi ko buat report polis...mlm ko bersenggama semula dgn laki ko....

ujung2 abam fulis jugak yg susah buat siasatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 04:46 PM | Show all posts
check tengok....

hujung2 mesti penagih dadah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074618 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list