CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9036|Reply: 55

[Tempatan] Surau cantik dalam pasar raya.Abang-Abang Kacak Solat Buat Tulang Rusuk Bergetar

[Copy link]
Post time 23-3-2015 11:03 AM | Show all posts |Read mode
                                                                            Ruang solat ini mampu memuatkan kira-kira 30 jemaah secara serentak.                                                                     
                                                                            Bahagian hadapan yang dkhususkan untuk imam.                                                                     
[url=]
[/url]                 




        SEREMBAN - Lahiriahnya, pasar raya AEON Seremban 2, di sini, yang mula beroperasi sejak September 2005 tampak tiada perbezaan dengan premis lain seumpamanya.  

        Namun, ada sesuatu kelebihan dimiliki pusat membeli-belah dahulu dikenali sebagai Jusco ini yang menggamit Sinar Harian untuk mendekatinya.

        Pencariannya tidaklah sukar, memandangkan keunikan itu terletak pada salah satu kemudahan awam disediakan untuk pengunjung, peniaga dan pekerja beragama Islam.

        Pasti ramai sudah dapat menangkap gambaran diberikan. Benar, ruang solat atau lebih mudah dipanggil surau berada di tingkat satu bangunan berkenaan yang menjadi tumpuan.

        Tidak dinafikan, setiap pasar raya mempunyai surau masing-masing. Namun, keistimewaan ditampilkan AEON Jusco Seremban 2 sememangnya berlainan.

        Perkara tersebut disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor bersama seorang rakan, baru-baru ini.

        Reka bentuk dan hiasan dalaman diketengahkan cukup mengagumkan. Terasa bukan lagi di pasar raya, tetapi seperti dalam surau awam di luar premis perniagaan.

        Saat itu, pelbagai persoalan mula menerjah fikiran. Namun, semuanya disimpan dahulu sehingga selesai solat.

        Bagi mendapatkan jawapan dicari, langkah dibuka menuju ke pejabat pentadbiran AEON Jusco Seremban 2 yang berada tidak jauh dari situ.

        Alunan muzik berkumandang, sebaik sahaja loceng pintu ditekan. Selepas menyatakan tujuan kedatangan,  tampil seorang wanita bernama Heng Ai Ling memperkenalkan diri sebagai pengurus pasar raya.

        Menurut Ai Ling, surau merupakan salah satu kemudahan yang ada di premis tersebut sejak pembukaannya lebih kurang 10 tahun lalu.

“Bagaimanapun, ruang solat disediakan bagi lelaki dan wanita telah melalui proses naik taraf atau pengubahsuaian pada Ogos 2014.

“Pelaksanaannya mengambil masa lebih kurang dua bulan dan siap sepenuhnya sekitar Oktober tahun lalu,” katanya yang enggan mendedahkan kos pembinaan atas arahan pihak atasan.

        Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang tempoh pengubahsuaian, pihak pasar raya menyediakan ruang solat sementara di kawasan meletak kenderaan.

        Kata Ai Ling, langkah naik taraf itu merupakan salah satu usaha berterusan AEON Seremban 2 untuk menambah baik fasiliti dan mutu perkhidmatan terhadap pelanggan.

        Sementara itu, pengurus pemasaran,  Mohd Najib Baharuddin, 32,  berkata, penambahbaikan  itu  dapat mengingatkan pengunjung beragama Islam supaya lebih menitikberatkan solat.

        "Kemudahan yang disediakan ini memang memuaskan dan memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya.

        Bagi pekerja swasta, Asri Awang, 34,  surau berkenaan memang cantik dan kondusif.

        "Sekali pandang, dah macam bersolat dekat surau luar," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/surau-cantik-dalam-pasar-raya-1.371868

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 yaumu qiyyammah soghir..mesjid dibina chantek untuk menunjuk ke sis?  Yng xbleh blah description ruang hadapan khusus untuk imam.kalau x mention maybe ummah suchi smayang imam duj blakang kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Last kali solat kat situ kira2 setahun lepas.  Ni baru buat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:18 AM | Show all posts
surau AEON Manjung pun cantik mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk TT xboleh blah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:23 AM | Show all posts
bergetar sgt tulang rusuk iols msk tred neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2015 11:27 AM | Show all posts
terbaik.. baru selesa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:29 AM | Show all posts
BelitaBela replied at 23-3-2015 11:18 AM
surau AEON Manjung pun cantik mcm ni

Dekat Station 18 Ipoh pun cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2015 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ruangan imam solat kt depan toksah mention xpe...mmg la jd imam kena duk depan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:34 AM | Show all posts
biasanya kalau pasaraya.. bab surau, dh la pyh nk cari, ntah mane2 pusing nk cari, kecik plk ruang solat berebut2 tgu turn, lps tu sedih je kainsolat yg wakaf..

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:39 AM | Show all posts
kt melaka pon dah macam ni surau dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulang rusuk pompuan bergetar..bleh detect...
Tetek bergegar skali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 11:42 AM | Show all posts
shernazz replied at 23-3-2015 03:40 AM
Tulang rusuk pompuan bergetar..bleh detect...
Tetek bergegar skali..

hahahahahaah tak boleh nak kaver
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:02 PM | Show all posts
tajuk benang, hahaha. yang tandas dan surau kat Encorp Strand Mall pun selesa.






maaf takde gambar surau


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:05 PM | Show all posts
shernazz replied at 23-3-2015 11:40 AM
Tulang rusuk pompuan bergetar..bleh detect...
Tetek bergegar skali..

hahahha. tu kalau saiz 34B ke atas la sis. kalau takat 32A .. still tak nampak getaran dan gegarannya.




Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:06 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 23-3-2015 12:02 PM
tajuk benang, hahaha. yang tandas dan surau kat Encorp Strand Mall pun selesa.

wow!! cantiknyaaa. tak penah jejak kaki ke sinun lagi. tmpt di dekat sungguh dgn opis lama. masa keja sinun .. strand mall ni tak ujud lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2015 12:10 PM | Show all posts
Salu surau2 kat soping2 nih bakal disambut dgn bau masam, bau stokin dan sebagainya...

in anything, Mesia awal2 jek... pastu malas nak menten....

Kat Pavilion surau suda bau masam daaaaa....... ke memang bangsa meleis yg tak reti jaga kebersihan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:14 PM | Show all posts

Harussslah uols.. kalo x mention kacak n rusuk bergetar tu ummah payah nak baca kekdahnya..

P/: ghost pemenang tajuk thread award hokeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:14 PM | Show all posts
pittjie replied at 23-3-2015 12:06 PM
wow!! cantiknyaaa. tak penah jejak kaki ke sinun lagi. tmpt di dekat sungguh dgn opis lama. masa k ...

memang lawa, itu gambar dari website encorp tapi dah pernah masuk dalam toilet. memang sama. tapi ada beberapa tandas je yang design mcm ni. kalau takde kecik takde sofa macam tu. surau dia pun lawa, lebih kurang dengan design yang AEON Seremban tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:23 PM | Show all posts
tajuk x blh blahhh..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075653 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list