CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4399|Reply: 12

Jualan produk Tupperware melalui parti sejak 1946 lagi

[Copy link]
Post time 25-3-2015 01:09 AM | Show all posts |Read mode
JENAMA Tupperware antara barangan yang menjadi pilihan utama isi rumah di Malaysia. Produk itu merangkumi bekas penyediaan, penyimpanan dan produk hidangan untuk dapur dan rumah.

Tupperware membangun, mengeluar dan mengedarkan produknya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Tupperware Brands.

Ia dibangunkan oleh Earl Silas Tupper pada 1946 di Leominster, Massachusetts, Amerika Syarikat yang membangunkan bekas plastik mengandungi makanan dan menyimpannya dalam kedap udara.

Bekas yang dicipta beliau kemudian dipatenkan sebagai bekas ‘burping seal’, yang menjadikan jenama Tupperware berbeza dengan pesaing lain.

Beliau mula mencipta plastik untuk Tupperware pada 1938, tetapi hanya mula dijual menerusi parti-parti sahaja. Pada 1949, Tupperware memperkenalkan ‘Wonderlier Bowl’ yang membawa kepada permulaan pelbagai revolusi peralatan dapur. Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung yang dipopularkan pihak Tupperware.

Sekitar 1950-an, parti-parti Tupperware hanya dibenarkan untuk  wanita bagi mereka bekerja dan menikmati pendapatan, semasa Perang Dunia Kedua. Selama ini, tumpuan wanita hanyalah dalam bidang rumah tangga.

Earl Silas Tupper kemudian melantik bekas jurujual Stanley Home Products, Brownie Wise sebagai naib presiden pemasaran pada 1951 sebelum wanita itu membangunkan Tupperware Parties Inc.

Pada awal 1950-an, jualan Tupperware dan populariti produk itu meletup dan menyambut kejayaan wanita Tupperware dengan sambutan ‘jubli’ bertema mewah serta pelik bagi memberi ganjaran ke atas jualan laris dan merekrut individu, pasukan dan organisasi.

Pada 1958, Earl Tupper memecat Wise akibat perbezaan pendapat dalam operasi perniagaan Tupperware.

Akhirnya Rexall membeli Tupperware pada tahun yang sama dan jenama itu mula berkembang ke Eropah pada 1960 apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England dan di seluruh dunia.

Tupperware kini dijual hampir 100 buah negara selepas memuncak pada lebih 100 selepas 1996. Jualan Tupperware kebanyakannya masih menerusi parti-parti sama ada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja dengan ganjaran diberikan kepada tuan rumah.

Parti akan dikendalikan perunding Tupperware dan tuan rumah pula akan mengajak rakan-rakan dan jiran-jiran ke rumahnya untuk melihat produk Tupperware. Tuan rumah akan diberikan ganjaran produk percuma berdasarkan tahap jualan.

Namun, kini produk Tupperware boleh dibeli daripada 1.9 juta jurujual kontraknya menerusi agen dan stokis yang dilantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tupperware ni nape penutup dia cepat pecah ye..? Made in China eh? Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:27 AM | Show all posts
tupperware dah jadi kata nama am, kalau nak simpan makanan, mesti tanya ade tupperware tak? lalu menhulurkan bekas aiskrim nestle warna biru... hahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 11:41 AM | Show all posts
suke tupperware. lagi kalau kaler2. bengang kalau org ambik x pulang balik, mahal ooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 09:31 PM | Show all posts
epis replied at 25-3-2015 09:27 AM
tupperware dah jadi kata nama am, kalau nak simpan makanan, mesti tanya ade tupperware tak? lalu men ...

Sama jugak macam ubat gigi... Orang akan cakap colgate walaupun jenama ubat gigi tu sebenarnya brand Darlie
Lagi satu, maggi pun. Orang akan refer maggi walaupun jenama mee segera tu adalah mee sedap/faiza/cintan/sekian2...




Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
miabebe replied at 25-3-2015 03:52 AM
Tupperware ni nape penutup dia cepat pecah ye..? Made in China eh? Hihi

Cepat pecah ???,

Ganasnye ko mia ??,
Setau aku brand tupperware ni
Tersangat lh berkualiti,
Aku ni pengguna tegar tupperware,
Mcm mustahil sgt penutup dia yg
Elastik tu cepat pecah ??.

Klu pecah ko boleh bawak gi kedai
Die, dorg akan gantikan dgn yg baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Felycya at 26-3-2015 09:26 PM
kjk_2006_256 replied at 25-3-2015 09:31 PM
Sama jugak macam ubat gigi... Orang akan cakap colgate walaupun jenama ubat gigi tu sebenarnya bra ...


Hahaaa..

Btol tu tepat sekali..
Selain maggy ngan colgate,
Beli tupperware kdai dua hengget
Pon panggil tupperware gak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Felycya replied at 26-3-2015 09:22 PM
Cepat pecah ???,

Ganasnye ko mia ??,

Miabebe gigit2 kunyah2 tutup tu fel...sbb tu la pecah..hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
miabebe replied at 26-3-2015 09:34 PM
Miabebe gigit2 kunyah2 tutup tu fel...sbb tu la pecah..hihihi

Ya ampun..
Dah kenape ko gi giget penutup
Tupperware xbesalah tu dak mia oii ??,

Klu agak agak lapar sgt dah xde
Makanan dtg je kt umah aku ni ha,
Berlambak lambak stok makanan ha..
Sekut raya pon ada dlm bekas tupperware ni ha....

fresh lagi baru keluar dari
ketuhar youuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 10:21 PM | Show all posts
miabebe replied at 25-3-2015 03:52 AM
Tupperware ni nape penutup dia cepat pecah ye..? Made in China eh? Hihi

X dpt gigit bf, gigit takpaware pun jdlh no. Ish tatutnya jd somi bebeh. Abeh ghongak idong boya yg mancong nnti
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 27-3-2015 10:21 PM
X dpt gigit bf, gigit takpaware pun jdlh no. Ish tatutnya jd somi bebeh. Abeh ghongak idong boya y ...

Abam boya kalo miabebe geget pon xlut kulit boya kereh...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:31 PM | Show all posts
Felycya replied at 26-3-2015 09:22 PM
Cepat pecah ???,

Ganasnye ko mia ??,

betul taperware now ni kuality wise kurang...
aku dah berapa biji cover dia pecah kat tepi2..
then kalo bawa pi kedai dia pun bukan tukar free ya..kena bayar kira mcm beli tutup baru la..
tu pun depends kalo jenih tu ada stok lg @ tak..@ dah tak de design tu..
aku now ni dah tak beli lg taperware...brand lain yg lebih murah kuality pun ok..brand besa2 jah

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 30-3-2015 01:31 PM
betul taperware now ni kuality wise kurang...
aku dah berapa biji cover dia pecah kat tepi2..
th ...

Setakat ni fel pakai ok lagi...

Beli apple lady lh..
Murah...
Lpas tu bpa free...

Tp xtau la semua jenis bpa free ke x.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.077390 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list