CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5667|Reply: 21

Single Kedua Hanie Soraya - Rasa Sayang

[Copy link]
Post time 25-3-2015 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Single Kedua Hanie Soraya - Rasa Sayang



KUALA LUMPUR: Hanie Soraya Taha atau lebih dikenali dengan nama Hanie Soraya salah seorang penyanyi yang semakin dikenali di dalam industri muzik tanah air.

Bermula sebagai seorang penggemar muzik di Youtube, bakatnya yang ada padanya tidak disia-siakan.

Bakatnya dikesan oleh Faizal Tahir. Kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik mentornya Faizal Tahir, Faithful Music, Hanie kembali dengan single kedua beliau iaitu 'Rasa Sayang'.

Lagu berentak pop ini merupakan olahan daripada lagu rakyat yang menggunakan tajuk yang sama dan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Lagu yang diberi nafas baru ini telah dicipta dan digubah oleh Mike Chan, Omar K dan artis terkemuka negara, Faizal Tahir.

Lagu yang catchy ini telah pun berada di Youtube dan kini telah mencecah 'hits' melebihi 200 ribu tontonan dan semakin meningkat dari hari ke hari.




Klip video ini secara ringkasnya menunjukkan kehidupan Hanie yang kini merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti di Mesir.

Hampir keseluruhan video ini menunjukkan Hanie merakamkan dirinya sendiri hanya dengan menggunakan iPhone dan menggunakan aplikasi Skype untuk berhubung bersama Faizal untuk menyiapkan lagu ini.

'Rasa Sayang' juga telah mendapat sambutan yang hangat dari para pendengar dan sering dimainkan di corong-corong radio tempatan. Kepada peminat-peminat Hanie Soraya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video 'Rasa Sayang' yang kini sudah pun berada di YouTube.


Berani dia naik Flight

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Memati TD ingat hanez soraya tp nape muka lain..rupanya


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke single ni dah lama keluar? :zz
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:48 PM | Show all posts
gossipnya dia berani naik flight ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:57 PM | Show all posts
bkn ke lagu ni dah basi ...motipp bkk benag sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:00 PM | Show all posts
bukan ada benang pomot single retis ke kat bod sinun?

dah ada pun ana rafali bukak

http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi kuliah medic dia di Mesir....she pakai tudung....balik Msia sem break tudung pun terbang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:17 PM | Show all posts
jd guhsipnya psl dia naik kapal terbang dgn jayanya atau sbb dia blk mesia x pki tudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 02:29 PM | Show all posts
fatehana replied at 25-3-2015 02:17 PM
jd guhsipnya psl dia naik kapal terbang dgn jayanya atau sbb dia blk mesia x pki tudung

yg kedua itu lah kot. sebab dia balik msia tak pakai tudung.
di youtube kemain penuh kakak2 fefeeling ustazah mencerca hanie kejap pakai tudung kejap tak. walaupon awal2 kemunculan dulu si budak neh dah cakap awal2 bahawasanya dia bertudung utk kuliah sahaja dan sebenarnya dia mmg tak bertudung.

apapon video hanie ni nmpk best. seronok, happy aja sesuai lagu dan usia dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:43 PM | Show all posts
enjoy gak layan bedio dia neh....ni lagu rakyat..sumer org tau...tambah sana sini sket....dah boley jual...sngnye nak kaye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:47 PM | Show all posts
dah lama la lagu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape pon..aku suke je lagu ni.
Teringat time study dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg baru nye lagu ni? Bru bukak radio ke dgr ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama lagu ni kuaq radio...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:55 PM | Show all posts
iphone ke? mcm gopro pn ade sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 05:34 PM | Show all posts
anis suraya-hanie soraya-hanez suraya-hanis zalikha?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 06:40 PM | Show all posts
Suka lagu2 dia..

ade 1 drama ptg2 aritu guna lagu dia gk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 06:46 PM | Show all posts
boleh la lagu ini/
catchy sebegitu.
namun kakak dah berkurun dgr lagu ini di corong radio.
dahulu kakak ingat lagu baharu amy mastura
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 07:56 PM | Show all posts
ooo.baru kenal hanes...............................................................
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 07:58 PM | Show all posts
miabebe replied at 25-3-2015 01:20 PM
Memati TD ingat hanez soraya tp nape muka lain..rupanya

kan......i terbayang mcm muka die matured. ini mcm budak2 lagi nye...mcm muka Nabila Huda pun ada..sbb hitam2 manis kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080774 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list