CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[TvN] Reply 1988 - Sung Dong Il, Hyeri [❤Jung Hwan xxx Dok Sun❤]

  [Copy link]
 Author| Post time 20-1-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 21-1-2016 12:24 AM

Dong ryong bukak spek mata macho pe
mcm park haejin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2016 02:29 AM | Show all posts
sonok lak tgk jung hwan wat surprise utk besday mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 09:21 AM | Show all posts
minggu depan br sempt nk lyn 2 episode terakhir ni...gara2 lambat sub
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:42 AM | Show all posts
dauswq replied at 20-1-2016 11:55 PM
Kan itu impian jung hwan nk adik baru sgt? Haha

hahaha...
sbb mls kena susun atur meja kn
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:44 AM | Show all posts
dauswq replied at 20-1-2016 11:57 PM
Dia smlm exam ptd erkkk.. Baru ku tau haha
Patutlah bertapa dlm gua jah tak kuar2

a'ah...
aku dh suh tgk
x tgk2 pn lg

jun ki bad boy ka?
dia suka mata sepet mcm jun ki tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 10:44 AM | Show all posts
dauswq replied at 20-1-2016 11:58 PM
Dong ryong bukak spek mata macho pe  
mcm park haejin

park hae jin la sgt
tp mmg pn, kdg2 tgk ada la skit2 ensem terlekat kt muka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2016 11:03 AM | Show all posts
dauswq replied at 21-1-2016 02:29 AM
sonok lak tgk jung hwan wat surprise utk besday mak dia

smpai ulang 2x tgk part kt restoran tu..tearjerking pn je jgk esp doksun baca plaque tu..

iols rs mcm printscreen part taek sedeyh tu buat wallpaper henpon iols

tp takut kang ada yg kata buang tebiat nk jadi budak balik


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:10 AM | Show all posts
wonto replied at 20-1-2016 11:53 PM
dia ptus haid la
kejadah JB n JH nk dpt adik

aku pun awal2 igt peknen lg..

rupanya nk menopos

selalu kan reply ada twist. mn tau kot2 impian jung hwan nak ada adik tercapai

rupanya aku yg speku syok sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 12:25 PM | Show all posts
semua dah tgk dgn sub kan

nk buat kesimpulan jap

setelah tgk w/o sub sekali, dgn sub skali dan rerun sekali, boleh disimpulkan bahawa drama reply 1988 memang drama goodbye kpd franchise reply sebab kali ni, pengarah n writer byk bermain dgn environment n pengakhiran zaman remaja.(tp xtau laa kot pengarah dia nk buat lg reply to 70's plk byk kena pakai pelakon laa cenggitu sbb dah 50-60tahun current age). kalau diingat2 balik (walaupun iols belum repeat utk marathon drama ni, sekadar memori semata) rasanya ep awal2 dulu ada bgtau yang ini adalah kisah remaja mereka di ssangmundong street no br ntah tu. Sebab tu byk scene family, isu2 yg jadi dlm family tu. plg menarik kisah cinta org tua antara bapak taek ngn mak SW. MAyb sebab tu masa penceritaan x ada dorang berkumpul mcm reply yg lepas
tp rasanya lg seronok kalau dorang boleh berkumpul mengimbau kenangan silam kot.  Tp x intimate laa plk antara doksun ngn laki dia nk cerita hal-hal yg mcm private..mesti kna kutuk ngn geng.

walaupun ada rasa sense of incomplete terhadap drama ni, wpun suka ending taek-doksun tapi iols rasa dorang ada reason kenapa watak jungpal dibiarkan misteri. fiancee ring pn still jd tanda tanya, camana taek-doksun reveal relationship dorang, how both parents reacts regarding them etc tapi iols rasa reply 1988 lebih matang karyanya berbanding reply yg lepas-lepas. Scene dan skrip yang lebih touching, matang dan gaya penceritaan yang lebih bersahaja. mungkin jugak faktor pelakonnya ramai yang lebih berpengalaman berbanding reply yg lepas. Doksun ngn junghwan aje kot debut dlm drama ni.

bila diperhatikan, patutlah pd nim dan writernim nak park bogum dan bg pilih watak nk jd sapa. rasannya dia berjaya membawa watak taek dgn cemerlang, keluar terus drp identiti2 wataknya dalam drama2 lain. kalau dilihat semula, rs mcm x percaya bahawa watak remaja kang dong seok (lee seo jin) yg terlajak pandai dan prideful , go yong jun yg spoil brat dan periang dlm wonderful mama, 2nd hero lee yoon ho si pemendam perasaan dlm Naeil's cantabile, min adik yg longing recognition yg juga serial killer, psikopath dlm Hello Monster dan Taek dlm Reply 1988 adalah orang yang sama. sesungguhnya Park Bogum berjaya mengekpoitasi ekspresi badan, muka dan mata bg setiap watak. Tak padan dgn umur baru 22 tahun.

byk babak yg tak boleh dilupakan dlm drama ni kali ni. kedua2 scene kiss taek-doksun, scene tear jerking kt restoran galbi DR, bromance JH-JB masa tgk wishing stars, audition national korea singing, taek dukung doksun lari kt padang dan JH ngn doksun menyorok kt alley yg sempit smpai JH lps tu jatuh chenta ngn doksun.

Drama reply 1988 kali ni telah menyebabkan iolls kembali menjadi kanak2 ribena demam reply 1988, withdrawal syndrome, shipping kapel dlm drama..hoii rasa mcm balik umo 20 zmn dok u plk. sejak dah masuk fasa dewasa ni x pernah kot iols terjah tumblr, search tag reply1988 etc tu. soompi yg lama dah setakat baca apa yg lalu kt wall fb ngn twitter pn, gara2 drama ni iols boleh search psl reply 1988 ni. malu uolls

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
plasterhati replied at 21-1-2016 12:25 PM
semua dah tgk dgn sub kan

nk buat kesimpulan jap

Uols simpan gak kesimpulan ni utk review nnt

Iols tak nk bace lg sbb lum selesaikan epi 20

Jap, nk tepek review box
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:30 PM | Show all posts
azimodin replied at 12-11-2015 01:57 PM
@dauswq tq atas seruan chuouls... mengenangkan ini franchise Reply Me harus la meouls menonton juga  ...

iols dh tukar watak selamanya di hati drp chil bong kpd taek dan kapel selamanya plihan drp yoonjae-shiwon kpd taek-doksun. surpass everything dah melalui reply kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:32 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-1-2016 12:28 PM
Uols simpan gak kesimpulan ni utk review nnt

Iols tak nk bace lg sbb lum selesaikan epi 2 ...

igtkan semua dah khatam

sorry chuolls semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
plasterhati replied at 21-1-2016 12:32 PM
igtkan semua dah khatam

sorry chuolls semua

blm khatam lg weh....time de ms sub plak lmbt..haish!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:57 PM | Show all posts
naqibnasuha replied at 21-1-2016 12:49 PM
blm khatam lg weh....time de ms sub plak lmbt..haish!!

sorry nas.. igt semua dh tgk


tu pun simpan 2hr nk buat kesimpulan. hr selasa ptg ke tgh hr cmtu keluar sub, terus khatam pakai sub.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
plasterhati replied at 21-1-2016 12:25 PM
semua dah tgk dgn sub kan

nk buat kesimpulan jap

nas citee ni mmg beri kesan sgt...ia mcm mengimbau nas ms sekolah dulu 1988 nas rendah..olimpik 1988 ni my first olimpik mmg nas follow sgt2..bl lyn citee ni terus igtn yg lama yg telah hilang kmbali semula...x pnh lg lyn drama yg buatku nangis stp episode..sebab citee ni buat nas mmg igt sgt kt arwah ayah..kisah yg ditunjuk sometime de persamaan dgn life nas...mmg aku jiwang giler2 citee ni..mgkin nas akn marathon blk..esp scene2 yg beri kesan dihatiku..blh ktkn nas kureng amik cakna bab percintaan dlm ni..sebab x kisah sgt doksun pilih sape..gara2 reply ni..lyn blk lagu raja ema sinar mentari of korea..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2016 01:28 PM | Show all posts


(((((ATTENTION))))))
>> PANDUAN REVIEW <<



Pada tahun ini, buat pertama kalinya kami mengadakan cara penulisan review yang lebih mudah.
Markah review akan dikira untuk CARI 2016 K-Drama Awards, untuk tahun ke-5.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama REPLY 1988
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq, @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan pada those yang menulis / memasukkan review dengan details dan lengkap)



@plasterhati  @wonto @masdiana-ana @nurelle @ilya @AinoHikari @nzhass79 @wanzulina  @sarahsofiyah  @atira  @naqibnasuha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2016 12:36 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 22-1-2016 09:17 PM

REPLY 1988




Rating Keseluruhan Drama:  (10+9.6+9.8+5+4.8) =39.2/4=9.80)

1. Cerita  (10/10)

Belum pernah dalam sejarah penulisan review saya, markah review diberi sempurna sebanyak 10. Here on. Reply 1988 deserved that.

Drama ini mempunyai komposisi cerita yang hebat & padat dalam semua aspek: kekeluargaan, persahabatan, komedi, ost dan idea romantik. Boleh dikatakan drama TERBAIK pernah dihasilkan oleh South Korea sejak beberapa tahun ini. Reply 1988 mempunyai penceritaan tetang perwatakan berbeza-beza dengan setiap satunya mempunyai "layer" yang menarik. Penulis berjaya menyuntik nilai kekeluargaan  dengan garapan yang beremosi dan matang . Penulis berjaya menggambarkan kekuatan ikatan  persahabatan yang tulen dan dinamik. Penulis juga berjaya menggamit memori silam bagi mereka yang pernah mengalaminya pada zaman kanak-kanak. Reply 1988 lebih dekat dengan kehidupan sosio-budaya masyarakat pada masa kini di mana hidup berjiran, kekeluargaan dan persahabatan menjadi teras utama. Drama ini lengkap dengan paduan skrip yang well-thought-of, penuh kritikal dan bermakna.

Reply 1988 masih menggunakan idea yang sama seperti "installment" sebelum ini - Reply 1997 & Reply 1994 tetapi garapannya lebih matang dan bernilai.
Ia masih menggunakan konsep teka-meneka siapa sang suami yang menjadi pilihan, ia juga menyentuh isu-isu semasa yang berlaku pada masa itu, dan juga ia juga menggunakan "ibu bapa" yang sama - Sung Dong Il & Lee Il Hwa.

Cerita Reply 1988 bermula dengan 5 sekeluarga hidup berjiran di jalan Ssangmundong.

1. Keluarga Sung Dong Il - Lee Il Hwa


Tinggal di "basement" kerana kewangan keluarga yang kurang stabil. Sung Dong Il bekerja sebagai manager bank terkemuka tetapi seringkali dihimpit kesusahan kerana terpaksa membayar hutang bulanan dan atas sifatnya terlebih pemurah. Seringkali, si isteri mengomel dan berang atas sikap sambil lewa si suami atas kekusutan kewangan sehingga membuatkan mereka sekeluarga terpaksa berlapar dan meminjam duit. Punyai 3 anak - Sung Bora, Sung Dok Sun & Sung Noel.
Dok Sun digambarkan seorang yang extrovert, ceria, pemalas, belum matang dan asyik dibuai mimpi-mimpi untuk berpasangan. Atas perwatakan ini, Dok Sun sangat disenangi keluarga dan rakan-rakan sepermainannya dan sering menjadi tempat untuk luahan perasaan. Dok Sun juga seorang "tolerate" dan mengambil berat tentang keluarga dan rakan-rakannya.
Sung Bo ra pula seorang yang pintar, rajin, percaya dengan prinsip tetapi seorang yang cepat pemarah. Noeil sebaliknya, adik lelaki yang paling seimbang antara kedua-duanya kerana rupanya tampak matang daripada usianya.

2. Keluarga Kim Sa Jang - Ra Mi Ran

Tinggal di rumah paling atas. "Fortune" keluarga terbina akibat memenangi loteri yang dicuba setiap kali oleh anak sulung, Jung Bong. Kim Sa Jang seorang suka untuk berlawak tetapi seringkali lawaknya tidak mengena dan  menjengkelkan. Seringkali 'ditibai' oleh si isteri kerana sikapnya itu, Kim Sa Jang acapkali menunjukkan kasih sayangnya terhadap si isteri dengan cara tersendiri. Hubungan suami-isteri mereka boleh dikatakan agak unik.
Ra Miran dikenali sebagai "pemimpin" wanita di kawasan kejiranan tersebut disebabkan sikapnya yang "outspoken" dan terbuka. Atas sebab ini, dia digelar "cheetah" kawasan kejiranan itu.
Mereka punyai 2 orang anak - Jung Bong & Jung Hwan. Kedua-dua beradik ini sangat rapat di mana Jung Hwan sedaya -upaya cuba memenuhi impian abangnya yang sering sakit jantung menjadikan impiannya tersendiri. Contohnya, Jung Hwan suka bermain bola sepak kerana dia simpati akan "impian" abangnya yang mahu menjadi Maradona. Jung Hwan juga berazam untuk menjadi juruterbang untuk membawa abangnya Jung Bong merantau ke negara asing.
Jung Bong seorang yang agak lembap dalam pembelajaran tetapi pandai dalam aspek survival diri manakala Jung Hwan pula seorang pendiam namun digambarkan seorang yang sangat romantik & caring. Perhubungannya dengan Dok Sun sangat diketengahkan penulis di mana Jung Hwan dengan imej bad boy dan selalu bergaduh dengan Dok Sun tidak menyangka boleh   memendamkan perasaan bertahun-tahun untuk meluahkan rasa cintanya terhadap wanita dikasihi. Jung Hwan tidak reti menterjemahkan kasih sayang melalui kata-kata, tetapi dengan perlakuan sendiri berjaya menjadikannya dia seorang yang romantik, bertanggungjawab dan "caring".

3. Keluarga Choi Moo Sung - Kim Sun Yong

Asalnya keluarga ini ada 2. Kim Sun Yong, seorang janda anak 2; Sung Woo dan Jin Joo yang baru kematian suami dan Moo Sung, duda anak satu kepada Choi Taek yang berpindah ke kawasan kejiranan sejak kematian si isteri. Mereka disatukan sebagai suami isteri akhirnya setelah masing-masing bersetuju untuk berkahwin atas dasar persahabatan. Choi Taek ialah seorang yang pendiam, tak reti aspek survivaliti, mudah percaya kepada orang lain tetapi seorang pemain baduk yang genius dan jujur. Akhirnya, dia disatukan dengan Dok Sun. Sung Woo pula seorang berwawasan tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan tinggi, tekad dan juga merupakan cinta pertama oleh Dok Sun. Sung Woo mencintai Sung Bo Ra atas sifatnya yang "dominan" dan "caring".

4. Keluarga Yoo Jae Myong - Cho So Yang

Yoo Jae Myong memegang jawatan sebagai dekan sekolah tinggi manakala isterinya seorang yg workaholic digelar "queen of insurance".
Punyai ramai anak tetapi yang ditunjukkan hanya dua orang dalam drama ini. Dong Ryong, anak kedua, merupakan seorang yang pemalas, suka buat kerja sambil lewa dan tiada impian masa depan. Perangainya sebiji Dok Sun. Interaksinya dengan bapanya antara menarik diketengahkan dalam drama ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap olahan kekeluargaan ditunjukkan satu persatu secara kritis dan mampan. Writer seringkali mewujudkan persoalan logik isu di awalan suatu episod dan akhirnya menyimpulkannya dengan penuh bermakna dan beremosi. Anda boleh perhatikan gerak geri cerita dari sebesar zarah sehinggalah ke sebutir permata.
Isu-isu seperti persembunyian bekas diktator di tokong, pemaksaan pencen dengan insentif berkali ganda, kebebasan pendidikan, dan polisi terbuka di mana tiada lagi halangan untuk rakyat korea bercuti ke luar negara antara isu-isu menarik yang diketengahkan dan disesuaikan dengan suasana kejiranan.  

Tidak lupa juga writer suka memainkan persoalan cinta. Sedikit kekecewaan kepada peminat Jung Hwan di mana dia terpaksa  mengalah akhirnya dan melupakan "cinta pertama" yang mana penulis telah menyimpulkan di akhir episod 18. Jung Hwan menyalahkan dirinya yang sering "hesitate" untuk meluahkan sesuatu sehingga membuatkannya ketinggalan. Jung Hwan tidak reti meluahkan cinta dengan kata-kata kerana berharap perlakuannya sebagai "pelindung" selama ini kepada Dok Sun dapat membuka hati Dok Sun. Usaha Jung Hwan yang tak kesampaian sehingga terpaksa tutup buku dan "move one" , akhirnya merestui pilihan Dok Sun ke atas Taek. Walaupun kesimpulan hubungan Jung Hwan-Dok Sun dikatakan agak "cacat cela",  namun saya hargai perspektif penulis yang menggambarkan peritnya cinta pertama yang dilupakan dan mahukan kelainan pada hubungan cinta 3 segi di mana lelaki yang "nerdy" & tak reti menjaga diri sendiri juga boleh dijadikan pasangan hidup sekiranya mereka jujur antara satu sama lain.

Sangat tidak munasabah untuk anda menafikan karya masterpiece ini atas sebab kisah romantik yang kurang memuaskan. Jangan mengatakan ending drama TERUK kerana tidak mempamerkan "soothing" di pihak yang lain yang gagal. Harus juga terima hakikat adakalanya seseorang akan mengalami frasa putus cinta kerana dunia bukan selalunya indah.  Saya agak respek dengan olahan writer yang cuba untuk bergerak lari dari "mainstream" di mana writer kekal dengan prinsip ceritanya walaupun idea-idea asalnya menjurus sebaliknya. Writer juga menyimpulkan bahawa Dok Sun berkemungkinan sedang menunggu pengakuan cinta daripada Taek sejak kali terakhir mereka berkongsi ciuman 4 tahun sebelumnya di mana responsnya ke atas luahan cinta Jung Hwan terhadapnya dianggap sebagai "joking" . Maka dengan ini, secara professional walaupun saya pendukung hubungan Jung Hwan- Dok Sun, markah "story" sebanyak 10 adalah sangat wajar.

2. Keberkesanan Lakonan (9.6/10)

Hye Ri

Saya agak skeptikal dengan hye ri  kerana lakonannya dikritik teruk sebelum ini. Namun, dalam drama ini, suprisingly, Hye Ri jadi dirinya. Kenaturalan watak Dok Sun yang dibawa Hye Ri agak spontan sehingga membuatkan watak Dok Sun sangat disenangi. Apa yang sangat perhatikan, facial expression perlu dipertingkatkan lagi.
Sebagai perbandingan, saya lebih sukar meninggalkan "impression" lakonan Go Ah Ra sebagai Na Jung dalam Reply 1994.

Park Bo Gum
Bawa watak yang nerdy, pendiam, slow, tak berapa reti aspek survivaliti tetapi juga seorang genius, romantik dan caring. Namun, watak Bo Gum kali ini kurang "ditekankan" dengan sungguh-sungguh pada pandangan saya.

Ryu Jun Heol [Best Supporting Actor]

Spot on! Dia berjaya bawa menjadikan watak "introvert" Jung Hwan berada dalam kelasnya tersendiri. Dengan ekspreksi "subtle" yang berkesan, semestinya ramai wanita kecewa apabila Jung Hwan di'reject' oleh Dok Sun.

Ra Mi Ran [Best Supporting Actress]
The best mom ever. Tiada siapa yang tidak suka dengan auntie cheetah ini. Wataknya dilakonkan dengan hebat dan menyerlah sehingga auranya menutup lakonan ibu-ibu yang lain. Highlight: bagaimana dia tanpa pikir apa2 pelekuk si suami, bagaimana dia cuba nak tengking Jung Bol tetapi tak jadi, bagaimana lincahnya dia menari, bagaimana dia mentertawakan penonton dengan aksi yang spontan. Terlalu banyak untuk diperkatakan tetapi mak cik miran memang daebak!

Sung Dong Il [Best Supporting Actor]
Walaupun tidak tampil berkomedi sangat seperti dalam reply 1994, namun sisi kebapaan nya lebih tampak dan menyerlah. Antara tangisan dengan melawak, Sung Dong Il berjaya menampilkan perbezaan nyata.

Choi Moo Sung [Best Supporting Actor]
Berjaya bawa watak yang pendiam & tak banyak bercakap yang mana kasih sayang ditunjukkan melalui perlakuan agak mirip dengan Jung Hwan. Hightlight: Moo Sung teriak meluahkan segala-galanya dengan nada  - "geram" , "kesal" , "rindu" dalam satu pakej setelah terlihat berita kematian Taek namun akhirnya tampil "calm" bila dapat tahu Taek terselamat. Great acting melalui subtle expression yang lengkap.

Kim Sun Kyun
Dalam reply 1994, ia lebih mirip Jung Bong. Tetapi dalam Reply 1988, ternampak kelainan kerana mempamerkan Kim Sa Jang yang buat lawak bodoh.
Disebabkan calon-calon supporting agak kompetitif, jadi namanya tidak disenaraikan huhu.

Special thanks to Lee Dong Hwi (Dong Ryong) , Ryo Hye Hyong (Sung Bo Ra), Go Jung Pyo (Sung Woo), Kim Sun Yong, Yoo Jae Myung (bapak dong ryong), pelakon kanak-kanak (berusia tiga 3 tahun) Jin Joo, Lee Il Hwa yang berjaya mempamerkan lakonan yang berkesan.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.8/10)
Garapan yang agak perfect dengan editing yang kemas dan teratur.
Pemilihan prop yang sesuai, fesyen, gerak geri pelakon, teknik flashback, antara yang harus disebut tentang kreativiti pengarah ini. Tiada apa untuk mengatakan kekurangan pada hasil pengarahan yang mantap ini.

Sinematografi juga "excellent" menggambarkan suasana masyarakat kejiranan pada tahun 1980-an.

4. Skor muzik (5/5)

Terlalu banyak. Best ost choices that blended perfectly with the progress of drama.
TOP 5 for nominations:

1. Lee Sung Hwan - Empty Heart


Bila dengar lagu ni, teringat Jung Hwan...seriously

2. Park Bo Ram - Ssangmundong


reminding of childhood..

3. Don't Worry Dear - Lee Juk


lagu acoustic yang sangat menyedihkan bila dipasangkan semasa adegan emosi melibatkan kekeluargaan.

4. Oh Hyuk - Little Girl


5. As Time Goes By - Ki Hyun


sayu jugak ballad ni..tak berapa ingat pasang kt adegan mane... tp mmg sedap lah

Honorable mention (exclude from nominations):







5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.9/5)

Banyak memori daripada drama ini. Cuma mungkin tak lihat epi 19/20 lagi kerana sedih dengan nasib Jung Hwan.

ADDITIONAL REMARKS:

Memorable Scenes:
1. Childhood flash back scenes in episode 2 kerana diselangi dengan muzik yang memilukan.
2. Ayah Dok Sun terjah balai polis dengan mata yang lebam dalam epi 8.
3. Hidung Jung Hwan berdarah setelah dihimpap pintu tetapi tersengih kerana menyangka tiada halangan lagi untuk dia mencintai Dok Sun.




4. Ahjumma Mi Ran menari berentak perlahan menuruti muzik lagu telur di hadapan khalayak ramai dalam epi 16.


5. Taek confess sukakan Dok Sun tetapi Jung Hwan pula tampil kecewa dan terkedu dalam epi 10.


6. Jung Hwan confess "cintanya" di hadapan Dok Sun dan lain-lain tetapi terpaksa tukar pada nada bergurau setelah melihat respons Dok Sun..choiii!!  - BEST CONFESSION SCENE ever!



Best Rookie Actor - Ryu Jung Heol

--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = (10+9.6+9.8+5+4.8) =39.2/4=9.80)
Nomination: Ryu Jun Yeol, Ra Mi Ran, Sung Dong Il, Choi Moo Sung

@ismaha  @isabel tacang



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 12:54 AM | Show all posts
plasterhati replied at 21-1-2016 11:03 AM
smpai ulang 2x tgk part kt restoran tu..tearjerking pn je jgk esp doksun baca plaque tu..

iols  ...

taek ni majuk kejap bila dok sun ckp toksah bgth lagi keluarga yg deols ni bercinta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 12:57 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 22-1-2016 01:02 AM
plasterhati replied at 21-1-2016 12:30 PM
iols dh tukar watak selamanya di hati drp chil bong kpd taek dan kapel selamanya plihan drp yoonja ...

terus boleh lupa reply 1994 haha

reply 1994 not my favorite
but truly , reply 1988 is my favorite all-the-time

Review lama reply 1994:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=769814&pid=55267560&fromuid=1148231



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 03:50 AM | Show all posts
“Reply 1988″ Set To Be Torn Down Instead of Being Preserved as a Tourist Attraction
crystalcoveJanuary 21, 2016


  

CJ E&M, the company that produced “Reply 1988,” relayed some sad news for fans of the drama that might have wanted to visit the set.

The company stated that the “Reply 1988″ set will be torn down. A 1980s era neighborhood street features heavily in the drama as the street where the main characters grew up and lived together for twenty years. In fact, the neighborhood could be seen as a character in of itself in the drama. While the neighborhood is placed in Ssangmun-dong in the drama, the set is actually built in Uijeongbu, a city in Gyeonggi Province.

CJ E&M stated that they worked with the city of Uijeongbu to build the set, and thanks to their support, the drama was filmed without problems. But because it is built near the Uijeongbu Stadium, “there is a limit to letting it remain as a tourist attraction or as a set for other dramas,” stated the company.

CJ E&M explained that while it considered a variety of measures with the city, ultimately, the preservation of the set was determined to be infeasible. It concluded, “In the future, we will plan more carefully starting from the beginning in order to make drama sets a tourist attraction and a profitable business.”

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.269929 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list