CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4272|Reply: 41

[Tempatan] Juara Mintak Maaf - Khir Toyo Mohon Maaf Kepada Abdul Khalid

[Copy link]
Post time 26-3-2015 07:29 PM | Show all posts |Read mode


1.  Mintak Maaf pada Teresa Kok

2.  Mintak Maaf pada Ronnie Liu

3.  Mintak Maaf lagi....kali ni pada Khalid Ibrahim

Saman Fitnah: Khir Toyo Mohon Maaf Kepada Abdul Khalid
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2015 6:39 PM
[size=0.75em]Dr Mohamad Khir Toyo.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kes saman membabitkan dua bekas Menteri Besar Selangor selesai secara baik pada Khamis selepas Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dibacakan oleh Dr Mohamad Khir itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.

Terdahulu, Dr Mohamad Khir ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Melayu itu berkata beliau dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada Abdul Khalid kerana mengeluarkan dua kenyataan yang telah diterbitkan di dalam akhbar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari 2009 dan akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Jan 2009.

Beliau berkata kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang Selangor pada ketika itu, mungkin telah mencemar atau menjejas atau menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan integriti Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada masa itu.






"Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadapnya pada masa akan datang," katanya.

Abdul Khalid dan Dr Mohamad Khir yang kelihatan ceria berjabat tangan sejurus Dr Mohamad Khir selesai membacakan kenyataan tersebut.

Pada awal prosiding, peguam Sankara Nair yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian secara baik melalui proses mediasi yang dijalankan sebelum ini.

Beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kes saman itu diselesaikan dengan kos dan pihak defendan (Dr Mohamad Khir) akan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Selain Sankara, Abdul Khalid turut diwakili peguam K.Murali manakala Dr Mohamad Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Siti Maspuah Maulan.

Pada 18 Februari 2009, Abdul Khalid memfailkan dua saman fitnah terhadap Mohamad Khir berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid dalam isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid antara lain mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau, yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

Sehubungan itu, Abdul Khalid memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita sejurus prosiding berakhir berkata beliau dengan ikhlas menerima permohonan maaf Dr Mohamad Khir atas kepercayaan ia memadai untuk menebus integriti dan maruah beliau sebagai seorang pemimpin dan seorang Islam.

Beliau berkata penyelesaian yang tidak melibatkan balasan ganti rugi kewangan ini diambil kerana beliau mahu menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang jauh lebih bermakna berbanding wang ringgit.

"Saya berharap kes ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat khususnya kepada ahli politik agar sentiasa berwaspada untuk tidak mengeluarkan sebarang tuduhan tanpa asas dan fakta yang betul.

"Saya juga selepas ini akan bersama-sama Dr Mohamad Khir menemui masyarakat di Ijok (Kuala Selangor), Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak bagi menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Sementara itu Dr Mohamad Khir berterima kasih kepada mahkamah kerana memberi peluang kepada beliau dan Abdul Khalid untuk bermediasi sehingga membawa kepada penyelesaian di luar mahkamah.

"Bagi saya yang penting adalah persahabatan daripada permusuhan dan saya rasa permohonan maaf ini perbuatan yang baik apatah lagi sebagai orang yang lebih muda wajar bagi saya melakukannya.

"Sebagai bekas Menteri Besar kalau kami bergaduh di mahkamah pun tidak elok anak cucu tengok," katanya.
...sambung laa lagi senarai, kat sape lagi si juara neh penah mintak maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah dah xde duit guna aier liur je nak mintak maaf.byk santek..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape muka nye mcm d inject botox?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:18 PM | Show all posts
tak masuk2 jel lagi anak toyol ni???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
miabebe replied at 26-3-2015 08:04 PM
Nape muka nye mcm d inject botox?

Hensem x?..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 26-3-2015 08:45 PM
Hensem x?..hehe

Mmg xrembes langsung miaDrakulalalalala..

Hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2015 08:49 PM | Show all posts
miabebe replied at 26-3-2015 08:04 PM
Nape muka nye mcm d inject botox?

haha, kene google tgok muke asal cam ne
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:50 PM | Show all posts
Baguslah berdamai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 08:51 PM | Show all posts
miabebe replied at 26-3-2015 08:04 PM
Nape muka nye mcm d inject botox?

Mana ada..makan tempe katanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cowey replied at 26-3-2015 08:49 PM
haha, kene google tgok muke asal cam ne

Iye...betul ace tgk dulu2...muka nya xde la glowing2 n tegang cm nk meletop je nih...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 26-3-2015 08:51 PM
Mana ada..makan tempe katanya

Tempe pengganti collagen/botox...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:10 PM | Show all posts
Dulu ramai gak macai kat CI menadah kencengan khir toyo ni..mati2 kata MB Khalid rasuah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:15 PM | Show all posts
miabebe replied at 26-3-2015 08:53 PM
Iye...betul ace tgk dulu2...muka nya xde la glowing2 n tegang cm nk meletop je nih...hihi

efek flash kamera yg glowing2 tu..yg tegang cm nak meletop tu, rahsianya,banyakkan mkn tempe..

mia kene mkn byk tempe gak.baru kulit tegang gitchewww~~



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebas lagi si toyol ni....:
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 26-3-2015 09:15 PM
efek flash kamera yg glowing2 tu..yg tegang cm nak meletop tu, rahsianya,banyakkan mkn tempe..
...

Adehhhhhhhh patot la kulit mia berkedot dan berkerak xde khasiat tempe rupanya....ingat xcukup collagen...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:20 PM | Show all posts
kecimpret replied at 26-3-2015 05:10 PM
Dulu ramai gak macai kat CI menadah kencengan khir toyo ni..mati2 kata MB Khalid rasuah..haha

sampai ada yang mengaku (claim ) pernah duduk semeja katanya... sekarang dah malu kot nak claim macam tu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 09:28 PM | Show all posts
...

hairan.... seorang doktor (belajar etika) boleh keluar kan kenyataan fitnah...

apa kualiti yg nak d tunjukkan oleh orang melayu  berpendidikan nie....

memalukan saja...

...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 26-3-2015 09:20 PM
sampai ada yang mengaku (claim ) pernah duduk semeja katanya...  sekarang dah malu kot nak cl ...

Kawan saya siap bergambar dgn abang dia sebelah khir toyol...time support perbicaraan kes anak toyol ni.

Tuptup kalah...saya senyum sinis adja dengan macai kena kencing begini
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:36 PM | Show all posts
yang minum semeja ngan bekas MB ni dah mintak maap???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 09:40 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 26-3-2015 05:36 PM
yang minum semeja ngan bekas MB ni dah mintak maap???

raja fitnah tu ker? dah tabiat dia begitu, mau nya nak minta maaf..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.365731 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list