CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10616|Reply: 99

[Tempatan] Cikgu bipolar? Guru denda student Form 1 lucut seluar sampai nampak bebird

[Copy link]
Post time 28-3-2015 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bellaa at 28-3-2015 01:28 PM




AMPANG - Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.


Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaan tidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.


Sinar Harian dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu.


Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah.


Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda.

Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai.


“Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya.


“Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain.


“Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya,” katanya.


Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar.


“Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman.


“Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur,” katanya.


Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik.


“Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.


“Dia beritahu malu dan segan untuk berdepan rakan sekelas.


Saya risau keadaan itu boleh mengganggu prestasi pembelajarananak saya pada masa depan,” katanya.


Beliau membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada hari sama serta ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk tindakan lanjut.


“Saya harap pelaku tak dilindungi dan dikena tindakan.


“Saya juga dimaklumkan, guru itu pernah membuat tindakanyang hampir sama ketika dia mengajar di sebuah sekolah menengah lain, tahun lalu.


“Kejadian mengaibkan itu bukan kali pertama dilakukannya.


Jadi kementerian harus pandang berat isu ini agar kejadian yang menimpa anak saya dan pelajar lain tidak berulang,” katanya.

Katanya, pihaknya akan bawa kes itu ke kementerian dan berjumpa pengetua Isnin depan, yang mana ketika kejadian, beliau dilaporkan bercuti.



SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/se ... diaib-guru-1.373532






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu buduh ..tu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 11:32 AM | Show all posts

orang kata budus..

marah pulak.


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Saiko nya cikgu bangsat ini. Harap kena buang kerja terus.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 28-3-2015 11:32 AM
orang kata budus..

marah pulak.

Banyak lagi hukuman lain bleh buat kan..

Ke cikgu  ni suka intai bebird kecik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 11:34 AM | Show all posts
Kes terpencil nih.

kalo anak dato, barulah kes serius.
kan kan?



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2015 11:36 AM | Show all posts
Changa replied at 28-3-2015 11:34 AM
Saiko nya cikgu bangsat ini. Harap kena buang kerja terus.

mana buley kaka.

staff gomen paling kuat kena transfer area lain jah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 11:37 AM | Show all posts
shernazz replied at 28-3-2015 11:34 AM
Banyak lagi hukuman lain bleh buat kan..

Ke cikgu  ni suka intai bebird kecik

mari kita berjemaah bogelkan cikgu..

nak intai bebird cikgu pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedulu cikgu aku pernah denda budak2 laki yg pakai seluar skolah tak ikut spec(ketat/londeh) ,kena pakai kain pelekat la la la la one whole day..

Tp yg ni psiko kut..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang mengaibkan pun. Kesian budak-budak tu. Kawan dah nampak konek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 11:44 AM | Show all posts
aderaderker replied at 28-3-2015 11:38 AM
Dedulu cikgu aku pernah denda budak2 laki yg pakai seluar skolah tak ikut spec(ketat/londeh) ,kena p ...

standed lah pakai kain pelikat..
masih lagi tutup aurat.

ini apa kes?
budak form 1 memang ada yg belom mumaiyiz.
masih x reti pakai seluar dalam lagi.

macam xde denda lain nak buat. lari keliling padang kah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 11:46 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 28-3-2015 11:43 AM
Memang mengaibkan pun. Kesian budak-budak tu. Kawan dah nampak konek.
inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda.

bella terharu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:48 AM | Show all posts

Tolong La Jangan Tambah Kuota Untuk Cekgu Laki

Dah banyak dah dorang ni buat taik.  Mana fair, kalo setakat SPM je boleh makan gaji sama dengan cekgu pompuan yang kelulusan tinggi melangit.

Tolong la timbang2kn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 11:50 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 28-3-2015 11:48 AM
Dah banyak dah dorang ni buat taik.  Mana fair, kalo setakat SPM je boleh makan gaji sama dengan cek ...

curious..
cikgu cikgi pmpn xde buat taik kah?

dabel standed betoi uols nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk cikgu sakit jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 28-3-2015 11:37 AM
mari kita berjemaah bogelkan cikgu..

nak intai bebird cikgu pulak..

Ini bebird layu la ni.
Jeles dgn bebudak
Salah sikit..terus dibogelkan..


Pengajaran pd bebudak..lain kali.pakai spender kt dlm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 12:20 PM | Show all posts
Lemah gak minda budak budak tu. Tak macam murid yg tetap enggan patuh bila disuruh makan rumput arituh.

Walau bagaimanapun itu guru mesti ditangkap polis. Jangan sampai bapak mangsa semua belasah dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
What do u xpac?

Dah ramai sgt cikgu di negara ini sampaikan quality over quantity.

Patutnya dipecat saja cikgu itu. Bawa penyakit pada mesyarakat jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 12:34 PM | Show all posts
Aku terkejut, budak sekolah menengah tak pakai seluar dalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 12:38 PM | Show all posts
ultra78 replied at 28-3-2015 12:34 PM
Aku terkejut, budak sekolah menengah tak pakai seluar dalam

aku lagi terkejut,
bapak orang x pakai seluar dalam.


pernah ternampak kat restoren,
terjuntai keluar.. adik pon nak makan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.081604 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list