CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 9

[Tempatan] Definisi GST, Geng Songkok Tinggi

[Copy link]
Post time 28-3-2015 05:08 PM | Show all posts |Read mode

*KALAU tanya sepuluh orang, sembilan akan mengatakan tidak suka GST. Bukan sahaja rakyat biasa, pemimpin dan banyak NGO pun menentang pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan.

Rakyat biasa – ramai berpendapatan rendah – yang sekian lama diasak dengan berbagai-bagai tekanan hidup, bimbang bahawa cukai baharu ini akan memberi kesan lebih buruk kepada mereka.

Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran sekiranya GST diteruskan, BN khasnya Umno mungkin akan ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi bagi sesetengah pihak amaran Tun M itu bukan sahaja tidak dipeduli, malah diperlekeh seolah-olah dengan kata-kata: “Ada aku kisah!”

*BEKAS Menteri Kewangan yang kini masih Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pun meminta GST ditangguhkan, sebab masa tidak sesuai untuk cukai itu dikuatkuasakan.

Tunjuk perasaan menentang GST pun diadakan dari semasa ke semasa. Seminar, forum, wacana mengenai cukai ini diadakan di banyak tempat. Tetapi makin banyak forum, makin banyak penjelasan dari kerajaan, makin marah pula rakyat terhadap GST.

Apa pun suka atau tidak suka, menang atau kalah dalam pilihan raya, rakyat menangis air mata darah pun, GST tetap akan dilaksanakan 1 April ini – tiga hari lagi. Selamat menghadapi cukai baharu 1Malaysia!

*TETAPI masih ada yang berharap akan terjadi apa yang disebut ‘April Fool’ pada 1 April nanti. Manalah tahu pada pagi 1 April itu ada menteri naik ke pentas awam dan berteriak:

“Helo, helo, helo, nak bagi tau GST tak jadi dilaksanakan hari ini. Sebenarnya itu hanya April Fool! Ha, ha, ha, haaa!”

Harapan dan andaian ini hanya sebagai penghibur menghilangkan resah. Tetapkan iman dan perasaan, bahawa GST bukan April Fool. Tiga hari lagi kita akan membayar 6% atas barangan dan perkhidmatan yang kita beli.

Sekiranya tidur anda terganggu kerana GST, tukar persepsi dan erti bahawa GST bukan Goods and Services Tax tetapi ‘Geng Songkok Tinggi’. Ini kesukaan orang Johor.

*KATA yang empunya cerita, alkisah perihal GST ini bukan dikenakan atas semua barang. Bilangan ubat yang dikecualikan telah diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama.

Arakian akan Kementerian Kesihatan berhajat jugalah untuk memperluaskan lagi jenis ubat yang dikecualikan bagi penyakit tertentu. Kata syahibul hikayat lagi, ada pun akan beras, tepung, gula dan lain-lain keperluan rakyat tidak akan dikenakan GST.

Pendek kata beribu-ribu barang tidak perlu GST. Tetapi perlu diingat bahawa barangan dan perkhidmatan yang tertakluk kepada GST banyak, bukan setakat beribu-ribu tetapi beribu-ribu-ribu, hatta ‘berjuta-juta lemon’ jua adanya. Kata P Ramlee: “Jangan marah, nanti kena jual!”

*KISAH hudud Kelantan menjadi bertambah panjang dan meruncing. DAP yang sejak awal-awal menentang keras pembentangan hukum ini di Dun Kelantan, sudah berkali-kali memberi amaran kepada rakan sekutunya dalam PR itu.

Parti Islam itu dituduh telah menikam komponen lain dalam pakatan pembangkang. Sebaik Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng segera memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemuda Sosialis DAP @ DAPSY Kedah mengumumkan akan menghentikan kerjasama dengan Pemuda Pas, dan Pemuda Pas pula menyatakan kesediaan untuk putus dengan DAPSY. Dalam pada itu DAP Sabah dan PKR Sabah mengadakan perbincangan untuk menubuhkan PR Baharu.

Masing-masing sudah mengakui ditikam dari belakang. Masing-masing sudah nampak tidak sehaluan, tidak sebulu. Soalnya kenapa DAP hanya putuskan hubungan dengan Hadi. Kenapa tidak umumkan terus putuskan hubungan @ berpisah dengan Pas? Buat apa sekelambu kalau asyik tikam-menikam?

*AKHIR kalam, tersebar di laman sosial kononnya pelakon dan pelawak terkenal Mohd Yusof Abdul Hamid atau ‘Mr Os’ telah meninggal dunia. Sebagai peminat tegar artis berusia 54 tahun itu, saya sedih.

Itu ternyata hanya fitnah. Os masih sihat lagi segar bugar dan hanya dimasukkan ke wad untuk satu pembedahan tonsil. Siapa agaknya yang gatal tangan dan berhati busuk menyebarkan fitnah tersebut.

Ramai peminat Os, termasuk saya, mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan keluar hospital. Panjang umur dia!

TOK PERAK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 05:19 PM | Show all posts
knock knock ..ohhh GST ku

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 06:06 PM | Show all posts
hahaha tered tak laku.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 06:57 PM | Show all posts
HUHA replied at 28-3-2015 06:06 PM
hahaha tered tak laku.....

tak sabar tunggu gst
harga barang suma jatuh, kan?



Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:20 AM | Show all posts

Pecah Perut

Tengok tajuk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:43 AM | Show all posts
GST + OS = OST
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2015 12:45 AM | Show all posts
BN + GST = BNSGT
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:47 AM | Show all posts
bangcak replied at 28-3-2015 06:57 PM
tak sabar tunggu gst
harga barang suma jatuh, kan?

ap yg kau tempek tak nampak apa pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 02:38 PM | Show all posts
abgluffy replied at 29-3-2015 12:47 AM
ap yg kau tempek tak nampak apa pun...



nampak??

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:39 PM | Show all posts
Geng kupiah tak boleh join??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067379 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list