CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1616|Reply: 8

[Tempatan] Sewa flat PPR DBKL kekal RM124 sebulan

[Copy link]
Post time 28-3-2015 06:33 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 28 Mac - Cukai barangan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan ke atas sewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, antara yang akan dikenakan GST ialah ke atas premis perniagaan atau komersial seperti gerai.

"Secara prinsipalnya, GST tidak akan dikenakan ke atas sewa perumahan, kompaun dan saman-saman," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Parlimen Batu di Dewan Komuniti Batu Muda, dekat sini hari ini.

Katanya, kadar sewa yang dikenakan bagi unit rumah PPR yang dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah di bandar raya ini masih RM124 sebulan dan tidak akan dikenakan sebarang cukai buat masa ini.

Menurut beliau, bagaimanapun kadar GST sebanyak 6 peratus akan dikenakan ke atas sewa premis komersial seperti gerai, kilang dan kedai serta bagi penggunaan dewan, stadium dan kompleks sukan.

Selain itu, Ahmad Phesal berkata, GST akan turut dikenakan ke atas jualan dokumen, tiket-tiket seperti tandas, menunggang kuda, menaiki bot serta kolam renang.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan senarai perkhidmatan yang akan dikenakan GST untuk makluman orang ramai dan akan mengadakan sesi penjelasan bagi mengelak kekeliruan orang ramai terhadap pelaksanaan GST.

Katanya, seperti yang disarankan kerajaan, GST akan mula dilaksanakan pada 1 April ini dan DBKL akan membuka kaunter khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan mengenainya.- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 06:36 PM | Show all posts
nak pasang lampu... gelappnya

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:00 PM | Show all posts
Tandas pun kena GST? Kalau aku masuk tandas tu tapi tak bersih satu sen pun aku tak mau bayar. Orang guna tandas berbayar kerana nak kebersihan tapi kalau kotor tak payah bayar. Sepatutnya rakyat Malaysia kena praktis kan bab ni. Tak bersih jangan bayar, berparang pun tak apa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehtu tolong pastikan depa x sublet rumah depa pd org lain

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh murahhh. Gaji rm900 sebulan klau duduk kat flat PPR memang cukup sgt.

Sila bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg dpt bg sewa ke org lain 600-700 sbln...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2015 09:41 PM | Show all posts
i tango flat gov kat malaysia tu buruk sangat tak cat. adakah itu satu trend di malaysia? tapi melayu laungkan kebersihan itu salah satu hukum islam. tapi lalu kat flat gov ada bau sampah busuk. hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 09:49 PM | Show all posts
i nap offer dada i kalau siapa nak! heheheh @lavabutang lu nak tak hisap dada i?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 09:58 PM | Show all posts
murah gila, kat kampung aku ni rumah PPRT 650sf, dua bilik cememeh lobang sana sini, buruk pulak tu, 300 sebulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077545 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list