CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2301|Reply: 15

[Tempatan] Perhimpunan #kitalawan di sogo hambar! cuma dihadiri 50 orang dan 100 wartawan!

[Copy link]
Post time 28-3-2015 06:41 PM | Show all posts |Read mode
LIVE : Perhimpunan #KitaLawan Hambar, Wartawan Lebih Ramai Daripada Pendemo
HANYA 50 ORANG JER YANG HADIR!!!
Hanya @khalidad yang turun demo desak @AnwarIbrahim dibebaskan, Anwarinas dalam PAS?
Peserta himpunan #KitaLawan akan tetap berada di Kuala Lumpur sekali lagi petang ini, walaupun polis memberikan amaran himpunan anti kerajaan itu diharamkan, dan di sebalik penahanan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis sejak 2 hari lalu.

Pergerakan #KitaLawan juga tidak goyah dan takut dengan penahanan 11 pesertanya berikutan himpunan haram pada 7 Mac yang diturutkan di ibu kota.

Sejak Khamis hingga awal pagi ini, pihak polis menahan ahli politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, dan terbaru Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, atau Tian Chua sebentar tadi.

Sementara aktivis yang ditahan kini ialah Hishamuddin Rais, Michael Tamil, Gan Zhi Mou, Chee Chu Sang dan Yong Ming Chong.

Siri penahanan ini dikritik sebagai langkah memadamkan perbezaan pendapat dan halangan kepada kebebasan bersuara walaupun tindakan pihak radikal #KitaLawan dengan terang menyalahi undang-undang, dan PAS memberi amaran kepada polis tindakan ini hanya menambah kebencian terhadap kerajaan.

Seperti himpunan haram pertamanya pada 7 Mac, demonstrasi haram hari ini akan menyeru supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara di mana beliau menjalani hukuman untuk kes liwat, dan menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak bantu membebaskan Anwar.

#KitaLawan juga menambah penentangan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 6% dalam agenda perhimpunan hari ini.

Perhimpunan hari ini juga jatuh pada tarikh yang sama perkahwinan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Laporan mengesahkan peserta #KitaLawan akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk merempuh dan membuat kacau di perkahwinan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan sebelum ini menarik di antara 500 hingga 1,000 peserta menurut beberapa anggaran seperti Malaysiakini.

Pihak polis tidak membenarkan ia berjalan lancar pada 7 Mac, namun keesokan harinya mula menahan ahli politik pembangkang yang turut serta selain aktivis. Mereka sudah pun dibebaskan tetapi disiasat.

Ikuti pasukan #KLChronicle untuk perkembangan terkini di lapangan:

4.10pm: 20 peserta dari Ibu Pejabat PAS sudah mula bergerak dengan dipimpin Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad.  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama golongan pimpinan ulama tidak kelihatan.

3.30pm: Di Masjid Jamek, 20 orang memakai T shirt hitam dengan perkataan 'Tolak GST' mula berkumpul di luar stesen LRT. Dua pegawai polis sedang memerhati suasana. Suasana tegang apabila mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.

Beberapa minit lalu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tiba di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

3.15pm: Perhimpunan kelihatan perlahan dengan peserta yang belum begitu ramai. Selama setengah jam terdapat lebih ramai wartawan daripada peserta perhimpunan di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Di pusat membeli belah Sogo, hanya pelancong dan rakyat tempatan dapat dilihat dan di Masjid Jamek tidak terdapat tanda-tanda peserta perhimpunan yang aktif.

Dataran Merdeka lebih sibuk dengan 30 orang perserta, termasuk Sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang Simon Ooi. Sehingga kini pemimpin DAP tidak kelihatan.

- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot. ... thash.sFZqel6y.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 06:42 PM | Show all posts
tak habis2 geng pas bodo ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 06:42 PM | Show all posts
puak pendatang sure tertekan!!! tuler pi makan babi banyak2 siapa suruh..kan otak dah bebal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 06:44 PM | Show all posts


seronok layan macai bodoh dalam c,i ni..oklah nk pi minum sat
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis-habis bodo pas ni..dap buat pas macam anjing kurap..jadi kaldai.....dap sedap dok dlm bilik aircon..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis kasi ko permit...ko pi belasah pegawai dbkl buat apa?..kan dah kena tarik permit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2015 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Brother in law member pegi. Ritu komplen majikan tak brp nak stabil. Suh xari kerja lain mengaharap kawan je carikan. Tunggu feedback kawan lah apa lah. Habis tu ke sini banyak pulak masa dan tenaga. Baiklah dok buat kerja part time ke apa. Orang lain mantapkan kewangan diri. Nko leh melalak buat kerja gini. Nyudah dlm pic sembang dok kedai kopi. Mels cam tu lah. Bila nak ubah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:32 PM | Show all posts
pas dgn bodonya tak sudah sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh always gonna be bodoh  
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
penjejak_awan replied at 28-3-2015 06:44 PM
seronok layan macai bodoh dalam c,i ni..oklah nk pi minum sat

melayu cilaka nak tiru ... walhal macai ni dah dipatern khas utk melayu cilaka umno je


tak maluuuu

tiruuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 08:13 PM | Show all posts
ngangkang cikcur depan tiwi layan HBO lagi enak .. koser lah nak berarak itu ini.. yang penting final mark on ballot paper 5 tahun sekali yang mampu mengubah segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 09:44 PM | Show all posts
org bz gi shopping sebelum gst..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:26 PM | Show all posts
khalid samad ni rasanya bukan wakil PAS...tapi lebih ke arah PASMA..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 11:29 PM | Show all posts
sekali lagi aku nak cakap ...pas parti bodo!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:45 PM | Show all posts
Kita minum dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
r1122 replied at 28-3-2015 07:03 PM
Tak habis-habis bodo pas ni..dap buat pas macam anjing kurap..jadi kaldai.....dap sedap dok dlm bili ...

Wei wei,,,,wa lilek dlm aircond, tapi wa bayar gaji......ekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.198701 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list