View: 2092|Reply: 16
|
Sukur Malaysia Masih Aman
[Copy link]
|
|
Himpunan #KitaLawan diteruskan petang tadi meskipun ramai ahli politik dan aktivis yang telah ditangkap polis berkaitan himpunan ini, demikian Keadilan Daily melaporkan.
Sekretariat #KitaLawan berkata, strategi Ketua Polis Negara (IGP) ternyata gagal menyekat kemaraan anak muda untuk ke Sogo hari ini dan sebaliknya hanya membantu anak muda #KitaLawan untuk mengajak lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk sertai himpunan ini.
“IGP sepatutnya dipecat dengan segera kerana perangai beliau hanya memburukkan nama pasukan polis yang kini bukan sahaja menangkap dan memukul rakyat biasa tetapi juga ‘menculik’ orang,” kata mereka dalam kenyataan.
Datuk Seri Najib Razak pula kata mereka lagi, tidak nampak bahawa pentadbiran beliau terus menerus menindas rakyat. Beliau juga tidak mempunyai prinsip dan tidak menghormati perlembagaan.
Kerana sudah hilang hala tuju maka Najib perlu diberitahu secara terbuka supaya beliau meletak jawatan Perdana Menteri dengan segera.
“Beliau juga tidak peduli serta tidak faham masalah dan kesengsaraan rakyat. Beliau lebih rela menyusahkan kita semua kerana bimbang memikirkan kemewahan yang dikecapinya masih tidak mencukupi.
“Kerana itu kita sebagai rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu. Najib tidak akan memperjuangkan isu rakyat. Kita sendiri terpaksa memikul tanggungjawab untuk melawan regim GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan),” kata mereka.
“Kita raikan hak kita untuk berhimpun secara aman. Berdiam diri bukanlah satu pilihan. Lagi ditekan, lagi #KitaLawan,” tegas mereka lagi.
Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan, sejak Khamis hingga awal pagi ini, pihak polis menahan ahli politik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, dan terbaru Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, atau Tian Chua sebentar tadi.
Sementara aktivis yang ditahan kini ialah Hishamuddin Rais, Michael Tamil, Gan Zhi Mou, Chee Chu Sang dan Yong Ming Chong. Siri penahanan ini dikritik sebagai langkah memadamkan perbezaan pendapat dan halangan kepada kebebasan bersuara, dan PAS memberi amaran kepada polis tindakan ini hanya menambah kebencian terhadap kerajaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sekali sumbangan Datuk Seri dan Datin Seri kepada negara, hanya sebab 1 kesilapan dah mereka disuruh undur. Sangat tak adil!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PEPPERMAN at 29-3-2015 07:58 AM
Dan lebih lucu, ada yang masih mengharap pembebasan Anwar.
Sedangkan mahkamah yang telah memutuskan
|
|
|
|
|
|
|
|
dunia nie memang tak ada yg adil nampaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Di Doakan agar negara kita tak jadi macam Mesir udah la........ |
|
|
|
|
|
|
|
alah aku yang banyak bagi sumbangan pada nugara yang terchinta iney tak kecoh pun... kecoh la lu mat... |
|
|
|
|
|
|
|
apa nooo yang hang sumbangkan kat negara... kalau betui baguih la.... jangan SUMBANG muhram dah le.....
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat lg bnyk sumbng kt negara.. klu xde rakyat tok jib n nek rosmah bukn sape2
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 rakyat sumbang kat negara atau kat tok jib n nek ros....
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat kat filipin.....zamang marcos
|
|
|
|
|
|
|
|
sumbangkan kerja untuk indahwater....
|
|
|
|
|
|
|
|
memang dah kerja indahwater urus najis cam lu...
|
|
|
|
|
|
|
|
waklu.... habis, taik lu produce indahwater tak campur? oh lupa, indahwater pun tak hingin nak sentuh najis mugholazah lu... penyudahnya lu terpaksalah korek lubang sendiri, kasi settle bisnes, selet-selet sikit dengan daun pokok kurma, lepas tu kambus.
|
|
|
|
|
|
|
|
hebatkan indahwater....
tarak indahwater kalu.....najis2 cam lu tak terurus taw.
|
|
|
|
|
|
|
|
mesia mmg aman, polis ameno tiada kje lain dh, tangkap org pr je |
|
|
|
|
|
|
|
Malayu tetap #1 dalam hal2 demo nih..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|