CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28768|Reply: 171

[Tempatan] kenapa ye anak najib tak bagi kongsi gambar kawin

  [Copy link]
Post time 29-3-2015 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Larangan kongsi gambar kenduri anak PM\\

Majlis kenduri anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib berjalan dengan lancar malam tadi bagaimanapun mempelai itu tidak membenarkan tetamu yang hadir berkongsi gambar dan video majlis itu di sosial media.

'Larangan' mempelai itu tersebar di sosial media apabila seorang tetamu dan juga personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino berkongsi permintaan Nooryana itu melalui akaun Instagram malam tadi.

“Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

“Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” kandungan kad perkahwinan pasangan itu dipetik.


Sementara itu, Kris turut menulis di Instagram bahawa beliau menurut arahan untuk tidak berkongsi gambar dan video seperti yang diminta pasangan pengantin itu.

“Ini adalah permintaan khas (dari pengantin), untuk tidak muat naik (gambar dan video di sosial media) jadi walaupun semua tetamu yang telah hadir mengambil gambar tanpa henti, saya mentaati (arahan itu),” tulis Kris di Instagram.

Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pasangan menjadi hangat apabila seramai 500 penyokong perhimpunan Kita Lawan berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Menara Berkembar KLCC bagi ‘meraikan’ majlis itu.

Niat penyokong itu terhenti di Jalan Ampang apabila pihak polis menghalang mereka untuk masuk ke KLCC.

Peserta turut menyanyikan lagu klasik ‘selamat pengantin baru’, membawa bunga manggar serta hantaran sebagai simbolik kepada majlis perkahwinan itu sebelum bersurai pada jam 7 malam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2015 09:41 AM | Show all posts


ini dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:47 AM | Show all posts
tak berkat ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
koserrrr.... kalo lawa mcm miranda kerr ke paling2 pn mcm pejura ke hadap le jugak aku nak menengoknye :zz
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau share nanti, ia akan jadi bahan fitnah ummah malaysia. Ummah malaysia dan fitnah berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Share tak sama je impaknya. Baik tak payah share.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2015 10:04 AM | Show all posts
bajet artis hollywoodka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:05 AM | Show all posts
biasalah ummah melayoo moslem malaysia ni fitnah berpisah tiada...selayaknya dilarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 10:07 AM | Show all posts
Barakallahulakuma....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:08 AM | Show all posts
sebab kt gambar dia semua org yg komen duk tergelak2 ...pelik dgn pemakaian dia dan tetamu2 yg hadir...mcm pelik..mcm nk pergi grammy awards
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dapat la nak jamu mata pic2 menarik
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:12 AM | Show all posts

tak baik bro... doa keburukan kepada org lain..... (melainkan musuh Allah) tu pun lebih baik doakan hidayah kepada mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-3-2015 09:56 AM
Kalau share nanti, ia akan jadi bahan fitnah ummah malaysia. Ummah malaysia dan fitnah berpisah tiad ...

Dia kesian sbb nnt tak psl2 dpt pahala free...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:14 AM | Show all posts
pernah dengar privacy x?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:18 AM | Show all posts
biarla privacy, nnt ummah malaysia buat tepek picca buat modal fitnah sana sini. picca rosmah jib melambak2 ke hulu hilir ditepek
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:19 AM | Show all posts
agak2 sampai berapa hari bertahan tak share?

*nt bila dh tersebar akan ade ayat telefon hilang dan gambar2 itu tersebar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 10:20 AM | Show all posts
mabb76 replied at 29-3-2015 10:12 AM
tak baik bro... doa keburukan kepada org lain..... (melainkan musuh Allah) tu pun lebih baik doaka ...

perkahwinan harus dihebahkan
berita baik jgn di sorok2 dgn rakyat jelata.
bab2 org nak mengata soal photo2 perkahwinan.. itu cerita lain.. mereka tanggung dosa.




Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:23 AM | Show all posts
kawen dgn org luar, ada tetamu org luar mmg pakaian  internasional
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CrowneGlory at 29-3-2015 10:28 AM

Mau x takut nanti org pertikaikan betapa mewahnya wedding dia...sama mcm wedding anak penternak lembu condo tahun lps
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
madeinborneo replied at 29-3-2015 09:58 AM
Share tak sama je impaknya. Baik tak payah share.

Ni arahan kak mah ke sebenarnya?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.082977 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list