CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1652|Reply: 12

[Tempatan] Budak maut motosikal dinaiki kena rempuh

[Copy link]
Post time 29-3-2015 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah kereta merempuh tiga motosikal hingga mengakibatkan seorang kanak-kanak maut di Changkat Jering, semalam.

TAIPING – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas motosikal dinaiki bersama ibunya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 1 Jalan Changkat Jering-Air Kuning, di sini, semalam.

Rempuhan itu turut mengakibatkan penunggang serta pembonceng dua buah motosikal lain serta pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan.

Kelima-lima penunggang dan pembonceng motosikal itu berasal dari Changkat Jering manakala pemandu dan penumpang kereta terbabit dari Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Haikal Abd Razak, 8, dipercayai menaiki motosikal Modenas Kriss bersama ibunya yang berusia 35 tahun sebelum dirempuh kereta Perodua Axia dipandu wanita berusia 29 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta yang bekerja sebagai pembantu tadbir itu bersama adik lelakinya berusia 13 tahun dipercayai dari Changkat Jering menghala ke Taiping sebelum merempuh tiga motosikal yang berada di bahu jalan.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta tersebut hilang kawalan lalu merempuh tiga buah motosikal tersebut yang berhenti di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak lelaki maut dan ibunya cedera manakala pembonceng kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menaiki Yamaha Ego parah.

“Penunggang wanita berusia 36 tahun yang menunggang motosikal Suzuki dan penunggang motosikal Yamaha Ego berusia 17 tahun, pemandu kereta dan adiknya hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat namun kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu kenderaan secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2015 11:27 AM | Show all posts
Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 08:53 PM | Show all posts
takziah pada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 08:54 PM | Show all posts
Inalillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 08:57 PM | Show all posts
Takziah!



Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:00 PM | Show all posts
takziah..cuainya pemandu kete tu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 07:22 AM | Show all posts
al fatihah..

nasibla akak naik tren...walaupun lg selesa drive,  bila diingatkan trafik jem baiklah akak bersesak sekejap.. sekejap je pun. kalau akak drive sorang2 seram tgk org lain ni drive..mcm tak ingat dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:25 AM | Show all posts
pemandu mcmni patut diharamkan bawa kenderaan seumur hidup..kecuali basikal 2 tayar..

kete dia patut dibakar smpai rentung aja..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts

Hilang kawalan? Bawak laju la tu....

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:13 AM | Show all posts
sibuk reply whatsapp kot..tu yg jd mcm gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:18 AM | Show all posts
maaf kata... pemandu pompuan dlm umur below 35... keta axia....

kriteria yg amat kena ngan pengalaman aku sendiri dok mengelak pemandu mcm nih...
dlm keta sebok pakai henpon...

agaknya boleh mati on da spot kot kalo xjwb msg tu.. sampai tgh driving pun kene menaip...
bwk kekiri kanan...pastu tetiba slow...

mcm sial .. membahayakan org...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:22 AM | Show all posts
ell768 replied at 30-3-2015 11:13 AM
sibuk reply whatsapp kot..tu yg jd mcm gitu..

mcm smalam .. aku drive dibelakang sebijik alza...

jalan lurus... boleh dia kekiri langgar lopak air dibahu jalan....
bile aku overtake... tangan dok pegang henpon sambik pegang stereng...


ironinya..pemandunya pompuan ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:26 AM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 30-3-2015 11:22 AM
mcm smalam .. aku drive dibelakang sebijik alza...

jalan lurus... boleh dia kekiri langgar lopa ...

kalau dia mati sorang takper..yg org xder kene mengena tu mati tu yg mmg elok benor kene tangkap lepas tu suh dia telan hempon tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.125805 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list