CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12742|Reply: 106

[Dunia] Makan kaki ayam, banyak kolagen baik untuk kecantikan kulit

[Copy link]
Post time 29-3-2015 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Tidak ramai yang makan hidangan kaki ayam.

Bagi yang tidak biasa makan kaki ayam, hidangan bahagian ayam ini mungkin sesuatu yang luar biasa.

Tetapi bagi masyarakat China, Vietnam, Filipina dan Korea, hidangan kaki ayam cukup sedap.

Selera terhadap kaki ayam bukan sahaja dalam kalangan komuniti Asia tetapi penduduk Jamaica, Afrika Selatan, Trinidad dan Amerika Selatan mempunyai pelbagai resepi kaki ayam yang menyelerakan.

Apa yang istimewa mengenai kaki ayam? Mungkin ada sebab mengapa ada peminat kaki ayam - tidak mahu membazir bahagian ayam atau tidak mustahil kaki ayam menjadi makanan tradisional bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Apa pun pandangan, kaki ayam sebenarnya baik untuk kesihatan.

Salah satu kelebihan kaki ayam ialah memberi kelembapan kepada kulit. Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan mendapati kaki ayam mengandungi banyak kolagen - salah satu bahan bagi kulit kelihatan muda.

Kajian oleh universiti berkenaan juga mengesahkan kaki ayam adalah sumber alternatif untuk kolagen, selain babi, lembu dan ikan marin.

Apakah kolagen dan kelebihannya? Kolagen adalah protein yang bertindak sebagai gam yang 'memegang badan kita'.

Ia bukan sahaja baik untuk kulit jantung dan juga boleh meningkatkan prestasi olahraga.

Pengambilan kolagen boleh menyebabkan:

• Kulit sihat dan kelihatan lebih muda

• Kaya dengan kalsium dan protein tanpa karbohidrat

• Meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan salur darah

• Membantu badan untuk memetabolismekan lemak, oleh itu ia baik untuk menurunkan berat badan

• melambatkan kesan arthritis.

Kebanyakan kolagen dan suplemen sangat mahal. Jadi mengapa perlu berbelanja lebih jika ia boleh diperoleh dengan mudah dan murah.

Masakkan sahaja bahagian kaki ayam dalam untuk hidangan sup, malah ada yang kata kaki ayam jika digoreng pun sedap.

Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot.

Ini penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.

Ini adalah nutrien penting yang diperlukan untuk pergerakan sendi yang baik dan membantu mengurangkan artritis dan sakit sendi.

Daripada membeli makanan tambahan dengan glukosamina dan kondroitin, gunakan kaki ayam dalam hidangan untuk kesihatan sendi.

Inilah sebabnya pakar seni mempertahankan diri di China makan kaki ayam dengan begitu banyak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni kuar produk kolagen klaim ada proses kaki ayam plak..

Qu puteh kolagen dengan sumber dari kaki ayam...
Aurawhite kolagen diperbaharui kolagen kaki ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:06 PM | Show all posts
i suka makan kaki ayam gulai atau sup kaki ayam....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sup kaki ayam sedap hokeh. buat kerabu pun nallaa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:08 PM | Show all posts
Dah lama dah  tau, sebab tu selalu aje makan kaki ayam ni.
Tambah2 pulak kerabu kaki ayam fuiyo sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg takbleh telan. Terbyg2 ayam duk kais2 tanah.. Tpi di Indonesia mmg ada kedai speasial untuk masakan kaki ayam jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2015 01:38 PM | Show all posts
kalau ade produk kolagen dari ayam bagus gak.... sebab ada yang alah dengan sumber marine, lagi teruk naik jerawat dengan gatal hidung....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:45 PM | Show all posts
sedapnye sup kalau ade kaki ayam. lemak okehh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka kaki ayam goreng
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulit jd licin tp tambah gemuk la pulak kut...
Pilih2 nak gemuk ke nak kulit cun..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:53 PM | Show all posts
Kaki ayam ni sesuai dengan masakan sup. Kalau goreng pun susah nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:26 PM | Show all posts
shernazz replied at 29-3-2015 01:06 PM
Pasni kuar produk kolagen klaim ada proses kaki ayam plak..

Qu puteh kolagen dengan sumber dari k ...

ada aku tgk yg melantak aurawhite que putih berbotol2 ni..tetap kelam dan suram jua

btw..tak kisahlah warna kulit kelam ke kelabu ke putih ke..yg penting nampak sihat dan glowing gitu kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:28 PM | Show all posts
shernazz replied at 29-3-2015 01:06 PM
Pasni kuar produk kolagen klaim ada proses kaki ayam plak..

Qu puteh kolagen dengan sumber dari k ...


................... kannnn ..............
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:30 PM | Show all posts

..... dulu2 saya tak reti makan kaki ayam ..... tapi daj tua tua ni dah boleh makan .. syaratnya .. saya akn proses endiri kaki ayam tu .. masa beli.. suurh pemjual potong siap2 kuku2 kaki ayam tu ... potong siap2 kaki tu jangan bagi nampak macam kaki .... buat sup je pun ... memang sedap .. liut liut liat liat  nyut nyut ... gituuuuu .....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:32 PM | Show all posts
aderaderker replied at 29-3-2015 02:44 PM
Kulit jd licin tp tambah gemuk la pulak kut...
Pilih2 nak gemuk ke nak kulit cun..

apa pulak pilih nak gemuk atau kulit cun? bukan ka kau maksudkan kalau makan kaki ayam ni akan dapat pakej kedua-duanya sekali, iaitu kulit cun beserta sekali dengan gemuk? kau mesti nak maksudkan, pilih-pilih sama ada nak kurus atau nak kulit cun ni....

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:34 PM | Show all posts
aku suka makan kaki ayam goreng...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tak makan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I like kaki ayam.

Lagi lagi sup kaki ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:09 PM | Show all posts
Aku xmakan kaki ayam..geli
tp sejak kawen ni tgk husband sedap jer melantak kaki ayam
Sokmo request buat sup
Dgn aku skali makan
sedap plak..lembut2 lemak kulit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:22 PM | Show all posts
korang makan kaki ayam sekali dengan kulit-kulit ke? bab kulit dengan rawan tu yang paling sedap nak oiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095664 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list