CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5680|Reply: 87

[Tempatan] Hudud: PM dalam keadaan serba salah nyatakan pendirian

[Copy link]
Post time 30-3-2015 12:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengandaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang dalam kerumitan untuk menangani isu berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau hudud.

“Najib dalam keadaan serba salah sebab MCA sudah mengambil keputusan tidak menyokong dan Gerakan pula sudah buat laporan polis. Jadi macam mana kedudukan ini?

“Saya percaya kalau Perdana Menteri melepaskan keputusan kepada ahli Parlimen UMNO untuk mengundi ikut pendirian masing-masing, saya yakin usul ini tidak akan dapat undian majoriti mudah,” kata Ibrahim yang ditemui wartawan selepas Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, di ibu negara pada Ahad.

Ibrahim juga tidak menolak kemungkinan antara faktor yang membuatkan Najib belum menyatakan pendirian tentang isu tersebut adalah kerana beliau tersepit dalam tanggungjawab kelangsungan politik.

“Usul yang bakal dibentangkan PAS itu mungkin akan berjaya kalau Perdana Menteri memberi arahan khusus dalam parti agar menyokongnya,” kata Ibrahim.

Menurutnya, Perkasa memandang serius isu hudud sejak kebelakangan ini dan berpendapat polemik perdebatan dan campur tangan orang bukan Islam secara tidak langsung sudah mencemar imej Islam.

“Orang bukan Islam, termasuk NGO-NGO dan pemimpin parti bukan Islam sudah melampaui batas ketika memberi komen tentang hudud. Ia seolah-olah meludah ke muka orang Islam.

“Kami berasa duka cita kerana isu hudud dipolitikkan. Sebenarnya, pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dibuat di DUN Kelantan baru-baru ini iaitu Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II hanyalah pindaan ke atas akta terdahulu,” ujar beliau.

Ibrahim menyatakan kekesalannya atas penolakan pihak-pihak tertentu pada isu hudud terutamanya oleh orang bukan Islam sedangkan mereka itu tiada kena-mengena dalam hal tersebut.

“Pindaan yang dibuat itu hanya untuk orang Islam. Orang bukan Islam harus tahu bahawa perkara yang berkaitan dengan isu hudud ini adalah perkara yang melibatkan soal agama, akidah dan kepercayaan orang Islam.

“Bagaimana kalau kita mempersoalkan kepercayaan penganut-penganut agama lain? Kita tidak pernah persoalkan pun. Ini urusan orang Islam. Mengapa ia diperbesar dan dipolitikkan?” kata Ibrahim yang bimbang keadaan itu terus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Ibrahim berpendapat, pihak yang membuat serangan dalam isu hudud itu seolah-olah menafikan bahawa Malaysia ini adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Jika ini berterusan, maknanya masa depan dari segi integrasi dan soal perpaduan akan semakin sukar.
Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri menyatakan bahawa perkara yang sebenarnya sedang berlaku sekarang ini adalah akibat daripada kekeliruan dan gambaran salah tentang undang-undang jenayah Islam.

Itu terjadi kerana mereka yang tidak faham hanya mengaitkan hudud dengan hukuman potong tangan, rejam dan sebat.

“Hudud sebenarnya merupakan sebahagian daripada pecahan dalam keseluruhan undang-undang jenayah dalam Islam yang meliputi hudud, qisas dan ta’zir.

“Undang-undang Islam ini adalah tentang proses mendidik dan bukannya soal hukuman semata-mata,” ujarnya yang menekankan bahawa sokongan Perkasa ke atas isu tersebut adalah atas dasar akidah dan kepercayaan sesama Islam dan bukan sebab politik.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 01:04 AM | Show all posts
antara menda yg dinanti2 UMMAH selain penantian UMMAH terhadap GSt adalah pernyataan PM kita dgn pendiriannya terhadap hukum HUDUD di MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
See? Xde telur, xde pendirian. Klo MCA kluar bn so what?? Selama ni cina2 bukan pangkah bn pon. Stupid!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nk tmbah. GST yg rmai tolak pon PM duk buat. Lgsg xde kebaikkn pd rkyat. Hudud yg Allah sdri punya hukum xnk buat sb pkir kn perasaan org kapir. Nmpk dah pikir dunia lebih bkn akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 02:59 AM | Show all posts
anony-mous replied at 29-3-2015 09:12 PM
See? Xde telur, xde pendirian. Klo MCA kluar bn so what?? Selama ni cina2 bukan pangkah bn pon. Stup ...

ini boleh dikatakan backfire kepada Najib. Selama ni UMNO asyik melagakan DAP dan PAS ttg pendirian PAS terhadap HUDUD. Sekarang PAS dah buat apa yg sepatutnya --Menangani desakan DAP. Now giliran Najib pula nak menangani MCA.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:22 AM | Show all posts
tu lar, dh terbiasa bergantung pada undi..
smpai berkaitan agama pn nk pkir psl undi lagi..

esok msuk kubur, tunggula undi dari kaum kafir dlu ya..
baru lulus msuk kubur..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 12:32 PM | Show all posts
kambeng_masam replied at 30-3-2015 02:59 AM
ini boleh dikatakan backfire kepada Najib. Selama ni UMNO asyik melagakan DAP dan PAS ttg pendiria ...

tu la aku cakap, now cacai mungkin bleh bersorak sbb matlamat jangka pendek dorg iaitu nak tgk PR berantakan dan PAS-DAP bergaduh terlaksana....tp dorg ternyata x terfikir yg PAS tetap utuh mahu melaksanakan HUDUD dan ini akan meletakkan AMNU dlm situasi paling tertekan JIKA usul berjaya dibuat di PARLIMEN untuk dibahas dan dibuat undi.........

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:41 PM | Show all posts
kahkahkah rasain lorh senjata makan tuan! sekarang tggu ade telo ke tak nak nyatakan pendirian.mca,mic,gerakan tak sabar2 dah nak blah dripd bn.biar sekor2 je umno bimbo dlm tuh terkekek2 jerit idop meleis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 30-3-2015 12:41 PM
kahkahkah rasain lorh senjata makan tuan! sekarang tggu ade telo ke tak nak nyatakan pendirian.mca,m ...

Tu pasal uols.....walaupun iols bukan panatik politik.......tapi at least PAS ada tulur untuk tegakkan pendirian atas tentangan DAP atas isu hudud......

Tapi UMNO pimpinan bijan bila  MCA dan Gerakan tunjukkan bantatan atas isu hudud, tak nampak langsung walaupun kerandut tulurnya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam replied at 30-3-2015 02:59 AM
ini boleh dikatakan backfire kepada Najib. Selama ni UMNO asyik melagakan DAP dan PAS ttg pendiria ...

Itu la. Kan dah kene batang idung sdiri. Tp rasanya dia xberani. Nk berdebat dgn anwar pon kecut. Ni kn dgn MCA. Tu yg xhabis2 dgn gst
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib tunggu settle anak dia kawin baru nk ckp kot...aritu sibuk dgn anak nk kawin
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:22 PM | Show all posts
itu la, kata kat pas jadi kuda tunggangan la, tak ada prinsip la, jadi karpet la.. bila pas bertegas dengan prinsip, mereka juga yang tersepit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:28 PM | Show all posts
Apakah penderian Najib tentang Hudud Mudud ala PAS versi Kelantan ini?

Sama sama kita nantikan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 11:50 PM | Show all posts
kami mahu melihat hukum hudud dikenakan kpd mamak kerala, ah jib kor, berahim katak dan yg sewaktu dgn nya....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 02:45 AM | Show all posts
akak lihat pendirian najib tentang hudud ni sangat penting untuk mendapat kelulusan usul hudud dapat dibentangkan di parlimen... dan najib sekarnag dah tersepit kalau sokong.. ugutan MCA dan GERAKAN bukan main2... kalau tak sokong, ternyata jelas najib tolak islam dan akan ditolak oleh orang melayu dan islam setelah publisiti tentang hudud ni dah disebarkan secara meluas...

tengku adnan cakap minggu lepas bahawa hari ini, selasa tempoh akhir najib akan bagi jawapan tentang pendiriannya pasal hudud... nak tunggu rosmah jawab apa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 03:43 AM | Show all posts
vandergooh replied at 30-3-2015 09:45 PM
akak lihat pendirian najib tentang hudud ni sangat penting untuk mendapat kelulusan usul hudud dapat ...

rosmah jawab, "Saya ni surirumah sahaja"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 07:59 AM | Show all posts
PM no telo la katakan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:31 AM | Show all posts
PAS + UMNO = HUDUD
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:41 AM | Show all posts
vandergooh replied at 31-3-2015 02:45 AM
akak lihat pendirian najib tentang hudud ni sangat penting untuk mendapat kelulusan usul hudud dapat ...

inilah satu outcome yg tidak terjangkau oleh pembacaan macai2 seperti AN yg kelihatan skang nih dok bersorak sbb PAS-DAP bercakaran.......sedangkan impak paling teruk dan tekanan paling menggunung adalah pada TUAN BESAR yg have a say in parlimen........NYATAKAN PENDIRIAN..........as simple as that
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:42 AM | Show all posts
mohon @Anak_Nogori masuk memberikan sepatah dua pendapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.135790 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list