CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5066|Reply: 97

[Tempatan] Pembangkang menakutkan rakyat dengan GST - Tajuddin

[Copy link]
Post time 30-3-2015 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan barangan keperluan berasaskan pertanian tidak akan berlaku kenaikan harga walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai Rabu ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, apa yang berlaku kebelakangan ini menyebabkan rakyat dalam ketakutan dengan pelaksanaan GST adalah kerana pemimpin pembangkang telah menyelewengkan maklumat sebenar.

“Pembangkang turun ke kampung-kampung mendahulu GST yang akan diperkenalkan Rabu ini. Mereka menakut-nakutkan rakyat kononnya dengan GST, beban hidup mereka akan terbeban.

“Minta tolong kepada pemimpin pembangkang, jangan mendahului GST, jangan syak wasangka yang bukan-bukan sehingga rakyat takut menunggu tarikh 1 April. Cuba bersihkan hati… beri penjelasan sebenar kepada rakyat,” katanya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad mengenai cadangan kementerian untuk menambah lebih banyak lagi saluran untuk petani memasarkan hasil pertanian, Tajuddin berkata, banyak saluran dibuka seperti Pasar Tani, Pasar Tani Wanita dan Pasar Peladang.

Malah kata beliau, kementeriannya juga membuka agro bazar di luar negara dengan Singapura sebagai negara pertama negara ini menjadikannya perintis kepada percubaan kerajaan untuk melihat sambutan orang ramai.

“Makluman yang saya terima, sambutan agro bazar di Singapura ini cukup menggalakkan dan ini membuktikan rakyat negara luar menerima hasil pertanian negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pembangkang tidak mempolitikkan isu pertanian kerana yang menjadi mangsa kepada ketidak adilan pasaran dan harga ialah golongan berpendapatan kecil seperti peladang, pekebun, petani dan nelayan.

“Setakat ini pasaran tidak ada masalah. Yang menjadi masalah ialah usahawan kita takut dan terlalu percayakan dakyah pembangkang. Pemimpin pembangkang ini banyak sangat berpolitik,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 05:29 PM | Show all posts
xde kena mengena ngan pembangkang la wahai Datuk Tajuddin..
rakyat tau pikir..rakyat dah bijak la...

as a Menteri2 dlm Gomen..U all patutnya improve system ekonomi yg ada..yg tgh  nazak ni..
bukan menambahkan beban rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 05:51 PM | Show all posts
Aku ni paham kalau sst tu tolak pastu kira balik berasas gst aku ok ja..ni sst dlm rega tu..tambah plak gst..mcm mana..adilkah?

haaa ratib ja la selagi tred menyebut gst  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembangkang mainkan isu gst utk rakyat benci kerajaan... Isu kos sara hidup adalah isu paling berkesan utk rakyat benci kerajaan... Kerajaan zalim kerajaan bodoh gak takde penguatkuasaan dan ketegasan .... Itu yg kena main

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 06:28 PM | Show all posts
xsabo nak tggu gst..betol ke teruk amat sampai org dok kutuk ari2...kalo seteruk tu...buleh la pulak singapore tu jd negara maju ekkk...ape2 je la...idup ttp diteruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 06:56 PM | Show all posts
Sume salah pembangkang..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 06:58 PM | Show all posts
Edited by bit at 30-3-2015 07:03 PM

Singapore tu membangun bukan sbb GST sgt, tapi sbb dia x bagi menteri bela lembu dalam kondo, buat projek mentekedarah tujuh keturunan.

Singapore start GST 3%, mean income rakyat dia masa tu RM57000. Kita start 6%, mean income rakyat RM37000.
Sebelum GST pun harga barang dah naik pun 3 bulan pertama hari tu. Syarikat dah kira habis dah, Tapi lepas GST memang akan lagi byk la yg naik. Ko ingat kedai runcit tak daftar GST tu mampu ke nak absorb kos GST yg dia kena dari pemborong. Tu portal gomen myEG pun dah mark up GST.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gst lebih baik dr sst...naper harga brg makin naik??? Shampoo aku beli rm28...skrg dah rm31. Tu baru 1 brg ::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aya_Osman replied at 30-3-2015 06:28 PM
xsabo nak tggu gst..betol ke teruk amat sampai org dok kutuk ari2...kalo seteruk tu...buleh la pulak ...

Apa hang crita ni? Indon yg dh berkurun pakai gst nih pun makin teruk ekonomi dia...s'pork tu mmg dh kaya sblm implement gst.....

yg sebenarnya gomen dh xde duit...mnta rkyat tanggung depa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 07:57 PM | Show all posts
Aya_Osman replied at 30-3-2015 06:28 PM
xsabo nak tggu gst..betol ke teruk amat sampai org dok kutuk ari2...kalo seteruk tu...buleh la pulak ...

ada lagi org percaya singapura kaya sbb gst  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 30-3-2015 05:51 PM
Aku ni paham kalau sst tu tolak pastu kira balik berasas gst aku ok ja..ni sst dlm rega tu..tambah p ...

Yup,  sepatutnya tolak balik nilai SST baru kira masuk GST kat harga skang ni,  yerdok
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aya_Osman replied at 30-3-2015 06:28 PM
xsabo nak tggu gst..betol ke teruk amat sampai org dok kutuk ari2...kalo seteruk tu...buleh la pulak ...

Ntah la,  maybe btol kerisauan unmah,  or just mcm Y2K jer dulu kemain takut last2 xder la havoc sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 08:06 PM | Show all posts
hmmm adakah cara pembangkang kerja untuk kempen "menakutkan rakyat" lebih efficient dari cara kerja gomen "menerangkan GST" kepada rakyat...  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:06 PM | Show all posts
Aya_Osman replied at 30-3-2015 06:28 PM
xsabo nak tggu gst..betol ke teruk amat sampai org dok kutuk ari2...kalo seteruk tu...buleh la pulak ...

ko nak cakap singapore ada gst boleh maju so napa malaysia ada gst xleh maju,gitu? singapore takde sumber alam,xde minyak gas petrol pon leh maju,camne malaysia yg ada pelbagai sumber alam tu takleh maju?cer cite sket
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak setuju je gst
Cuma akak tau peniaga mmg menganiaya pembeli
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ib-instaforex replied at 30-3-2015 07:57 PM
ada lagi org percaya singapura kaya sbb gst

Org singapore bole belanja kt JB.. Tukar SG 100 dh dpt RM200 byk benda bole beli...kita gaji tang tue jgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat perayaan countdown hari bermula gst pun ok gak. Buat kat dataran merdeka kaa apa kaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
gst ni  sesuai untuk semua negara yang orang kaya dan syarikat besar nya liat nak elak cukai dengan mencari tax haven tempat letak hasil curian elak cukai mereka.bila dah bayar cukai ciput, mereka kena cukai gst bila beli banyak barang2 luxury. boleh lah curi sikit duit yang mereka nak bawa lari tu ke negara tax haven. patut lah negara lain buat benda sama....tak dapat paksa semua orang kaya bayar cukai, ambil lah sikit lagi dari gst.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:42 PM | Show all posts
selama ni cina dap dan cina mca yg kawal harga barang..lepas gst ni..dah x bleh main harga lagilah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersihkan hati pastu bersihkan poket. Macam tu? :zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.299864 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list