CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 4

[Tempatan] Pejabat Portal TMI Diserbu Kerana Artikel Fitnah Majlis Raja-Raja

[Copy link]
Post time 31-3-2015 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Pejabat Portal TMI Diserbu Kerana Artikel Fitnah Majlis Raja-Raja                                Mar 30, 2015                195














AKIBAT menerbitkan artikel menfitnah Majlis Raja-Raja dalam laporan bertajuk ‘Majlis Raja-Raja Tolak Pindaan Laksana Hudud’, portal The Malaysian Insider diserbu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebentar tadi.

Memetik laporan Malaysiakini, ibu pejabat portal terbabit di Petaling Jaya diserbu lebih 10 individu terdiri daripada pegawai SKMM dan polis.

Menurut laporan sama, beberapa editor portal berkenaan dijangka akan ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Hasutan.


  

Minggu lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Balai Polis Jalan Travers atas penerbitan artikel berkenaan.

Memetik kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, laporan polis tersebut dibuat bagi menyangkal dakwaan menyatakan Majlis Raja-Raja menolak pelaksanaan hudud, sedangkan ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat yang dihadiri Raja-Raja mahupun wakil-wakil.
- MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2015 07:38 AM | Show all posts
Fitnah Majlis Raja-Raja Isu Hudud: 3 Pengarang Kanan TMI Ditahan

Pengarang Urusan The Malaysian Insider Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar (kiri) dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulung ditahan selepas polis dan anggota SKMM menjalankan siasatan di pejabat portal berita itu petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider














PORTAL The Malaysian Insider melaporkan, tiga pengarang kanan mereka telah ditahan polis petang ini berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.

Pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong ditahan pihak polis yang datang membuat serbuan bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di pejabat portal berkenaan di Mutiara Damansara, sekitar jam 5.52 petang.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil Majlis Raja-raja minggu lepas.

Dalam masa kira-kira setengah jam, pihak polis dan SKMM dikatakan telah memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.

  

Turut hadir bersama pihak berkuasa adalah peguam Syahredzan Johan yang menjelaskan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Laporan berkenaan dikatakan ditulis berdasarkan satu sumber yang tidak dimaklumkan.
- MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:55 AM | Show all posts
bahaya...raja2 kt msia ni xleh disentuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Daulat tuhanku.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:49 AM | Show all posts
so boleh tak nak tanya sekarang ni apa pendirian majlis raja2 pasal hudud? bijan pon xbagi stand dia lagi ni.tertunggu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.260666 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list