CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2197|Reply: 14

[Tempatan] Bapa Dakwa Guru Tahfiz Buka Baju Pelajar Cari Duit Ilang

[Copy link]
Post time 31-3-2015 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 31-3-2015 12:58 AM

Bapa dakwa guru arah anak buka baju
NORAFIZA JAAFAR
                                 31 Mac 2015                 




  •                                                                             Kesan pada bahagian belakang badan dan lengan pelajar berkenaan.
  •                                                                             Bapa pelajar berkenaan menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Gombak Jumaat lalu.


                         [url=]
[/url]                 




        GOMBAK - Seorang bapa mempersoalkan tindakan guru sebuah maahad tahfiz di sini yang didakwa menghukum lebih 40 pelajar perempuan termasuk anaknya berusia 13 tahun dengan merotan sehingga meninggalkan kesan di belakang badan.

        Menurutnya, tidak cukup dengan itu, kesemua pelajar tersebut turut diarah menanggalkan pakaian selepas tiada di antara mereka yang mengaku mengambil wang RM100 milik seorang pelajar yang dilaporkan hilang.

        Dakwanya lagi, semua pelajar yang tinggal di asrama dalam sebuah dorm itu dirotan sebanyak tiga kali, iaitu dua kali di belakang badan dan sekali di tapak tangan dalam kejadian malam Rabu lalu.

        Bapa pelajar berkenaan juga berkata, kesan kejadian tersebut, anaknya kini trauma untuk ke sekolah dan emosinya juga sering terganggu.

“Anak saya terpaksa mengaku walaupun tak ambil wang itu sebab kesian dengan kawan-kawan yang didenda buat 'kerusi angin' dari jam 1 hingga 4 pagi. Kalau tak ada yang mengaku, hukuman akan diteruskan sehingga ke perhimpunan pagi.

“Siapa yang tahan kena berdiri sebelah kaki? Malah denda yang dikenakan ke atas anak saya lebih teruk berbanding rakannya selepas dia mengaku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

        Sekolah enggan bekerjasama

        Dia menambah, pihaknya juga ada meminta penjelasan daripada pihak pengurusan sekolah Jumaat lalu, tetapi jawapan diberi tidak dapat diterima sehingga dia terpaksa mengambil keputusan membuat laporan polis.

“Hari ini (semalam) sewaktu saya ke sekolah berkenaan untuk mendapat penjelasan sekali lagi, pengurusan sekolah enggan beri kerjasama dan minta saya tarik balik laporan polis kalau nak selesaikan perkara ini.

“Pada saya hukuman yang dikenakan ke atas anak saya tidak mengikut didikan agama, malah mencederakan serta meninggalkan trauma kepadanya.

“Banyak lagi hukuman yang dirasakan sesuai daripada mengarahkan mereka membuka pakaian. Ia amat mengaibkan walaupun sesama perempuan,” katanya.

        Justeru katanya, pihaknya meminta supaya pihak berkaitan menyiasat kelayakan guru sekolah berkenaan sama ada bertauliah atau sebaliknya memandangkan usia mereka masih muda.

“Saya tetap hantar anak saya ke sekolah berkenaan kerana mahu kes ini diselesaikan,” katanya.

Polis sahkan terima laporan

        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

“Pengurusan maahad tahfiz akan dipanggil untuk soal siasat sebaik sahaja mendapat arahan menyiasat dari timbalan pendakwa raya.

“Pihak polis juga telah mengambil keterangan dari mangsa sewaktu laporan polis dibuat,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/se ... -buka-baju-1.374542



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 08:57 AM | Show all posts
menjawab laaa hang....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:30 AM | Show all posts
ermm...klu tak ambil, mengaku buat apa dek....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:01 AM | Show all posts
kekadang maahad tahfiz ni mcm taliban pon hado... ke nk up skit jd IS
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajiam kuku kau

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
adik aku dua orang skolah tahfiz dan pondok..ok je dorang happy kat situ.tengok tempat jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 06:16 PM | Show all posts
pengurus sekolah x buley buat tabung kutip derma,
utk pelajar yg hilang rm100 tu?

gigih rotan sorang2 sampai dera buat kerusi angin 3 jam.
lenguh la kaki wei!


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 06:43 PM | Show all posts
hukum hudud kah sis??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 06:59 PM | Show all posts
baiknya anak dia,xambik,tapi mengaku ambik..

ala2 gangster gitu,,dia ambik tanggungjawab.. mengaku,biar dia sorang kena,janji kawan lain selamat..

biar polispula menyiasat tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:03 PM | Show all posts
lorr anak perempuankah?
malu diaibkan depan rakan perempuan
tapi gigih tunjuk kesan semalaysia nampak
toksah play victim sangat dikk
dah sah kau mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:08 PM | Show all posts
tu sebelum buat hukum hudud dari lobai lobai wanabe. kalau guna hudud habislah orang melayu semua kododng tangan dan jadi peminta sedekah di kaki lima dari kaum cina. kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:08 PM | Show all posts
Lain kali ustaz ustazah panggil ke polis kalau ada kes kecurian
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 31-3-2015 06:59 PM
baiknya anak dia,xambik,tapi mengaku ambik..

ala2 gangster gitu,,dia ambik tanggungjawab.. mengak ...

Tu arr.. baik ank dia..sanggup mengaku ambik duit seratus tuh..klu x ngaku lagi lama la diorg kne denda...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:17 PM | Show all posts
jangan persoal hukum Allah

walaupun ustaz/ustazah yang buat

dorang tu bayangan Allah

inilah cara terbaik dalam islam untuk hukum pencuri
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 07:29 PM | Show all posts

Konklusyen

Ustazah tu yang curi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079052 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list