CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 7

[Jenayah] Cubaan curi khazanah negara gagal

[Copy link]
Post time 31-3-2015 09:29 AM | Show all posts |Read mode
                                                                            12 warga asing yang ditahan dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.                                                                     
< 1 / 1 >
         Share on facebook                          Share on twitter                          Share on email                         Share on print                          More Sharing Services                          0                         [url=]
[/url]                 




        KUANTAN - Cubaan anasir asing mencuri khazanah negara dengan memunggah keluar bahan logam dipercayai  dari lokasi kapal karam zaman Perang dunia kedua  berjaya dipatahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui KD Pahang berikutan penahanan 12 individu bersama dua buah bot termasuk satunya sarat dengan muatan komponen tembaga, petang kelmarin.

        Kedua-dua bot terbabit ditahan antara jam  1.57 hingga 2.10 petang sekitar kira-kira 55.5 batu nautika dari Muara Sungai Pahang selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

        Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama yang hanya dikendalikan tekong warga Thailand mendapati lelaki asing dan bot yang digunakan itu tiada dokumen sah manakala bot kedua  didapati  didaftarkan atas nama pemilik warga tempatan.

        Bagaimanapun pemeriksaan lanjut terhadap bot tempatan terbabit mendapati tekong  dan 10 awak-awak warga Vietnam  tiada dokumen perjalanan sah manakala bot terbabit juga tiada permit.

        Kedua-dua bot bersama tekong dan awak-awaknya ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi khazanah negara berikutan penemuan barangan logam tembaga dipercayai dari kapal perang British iaitu HMS Repulse dan HMS Princes Of Wales yang karam di perairan itu ketika era zaman Perang Dunia Kedua.

        Pegawai Memerintah KD Pahang, Komander Nikmat Azhar Mahmud berkata, KD Pahang  dalam misi rondaan menyiasat pencerobohan bot-bot Vietnam di satu lokasi kapal karam kira-kira 45 batu nautika di utara Pulau Tioman.

        Menurutnya, maklumat mengenai kemungkinan berlaku kegiatan menyelam dan mencuri sisa kapal peninggalan perang di situ  oleh pihak tertentu susulan  laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.

“Susulan maklumat yang diterima, KD Pahang melakukan rondaan di kawasan yang dilaporkan bagaimanapun awalnya tiada sebarang bot atau kegiatan mencurigakan dikesan di lokasi tersebut.

“Bagaimanapun, pada 29 Mac lalu, kita berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di lokasi kira-kira 55.5 batu nautika di mana bot yang menggunakan nombor pendaftaran Johor itu  hanya dinaiki seorang lelaki,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

        Nikmat Azhar berkata, ketika dihampiri bot terbabit melarikan diri dengan pergerakan yang agak berbahaya dari kiri ke kanan sehingga memaksa enam kali amaran diberikan namun tekong gagal memberikan kerjasama.

        "KD Pahang kemudian bertindak melepaskan dua das tembakan amaran ke udara  sebelum bot terbabit berhenti.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot terbabit langsung tidak menemui sebarang alat menangkap ikan dan hasil tangkapan,” katanya.

        Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Endau ke Thailand.

“Curiga dengan bot dan tekong itu, kita bertindak menahannya untuk siasatan lanjut setelah kedua-duanya tiada dokumen sah,” katanya.

        Menurutnya, berikutan penahan bot tersebut, pihaknya berjaya mengesan sebuah lagi bot kira-kira 6 batu nautika daripada lokasi bot pertama.

“Bot terbabit juga bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran KD Pahang bagaimanapun selepas dikejar, bot terbabit berjaya dihalang dan ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan tekong dan awak-awak warga Vietnam berusia 15 hingga 49 tahun namun kita curiga apabila bot tersebut milik warga tempatan namun tiada permit menangkap ikan dan sebarang hasil tangkapan ditemui,” katanya.

        Nikmat Azhar berkata, bagaimanapun hasil pemeriksaan ke bahagian muatan membawa kepada penemuan barang-barang tembaga dipercayai komponen kapal perang karam disyaki khazanah negara yang cuba dicuri.

“Sebenarnya sindiket ini agak licik bertindak sehinggakan pihak berkuasa sukar untuk mengesan mereka tanpa maklumat tepat.

“Mereka menggunakan bot tempatan siap kibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri berpura-pura sebagai nelayan dengan memancing atau menangkap ikan di kawasan kapal karam sehinggakan kita sukar untuk mengesan niat sebenar mereka,” katanya.

        Menurutnya, agak mengejutkan apabila awak-awak terlibat mendakwa mereka menyelam ke dasar lokasi tanpa menggunakan peralatan selaman sebaliknya  hanya menyuntik sejenis ubat perangsang di bahagian dada dan mampu menyelam dalam tempoh yang agak lama.

“Kita berjaya menemui bahan dan alat suntikan yang digunakan bagi tujuan itu sekali gus cara ini antara taktik yang digunakan untuk mengelabui mata pihak berkuasa berbanding alat selaman yang mungkin boleh menimbulkan syak,” katanya.

        Beliau berkata, bot bersama tekong dan awak-awak dibawa ke jeti TLDM Tanjung Gelang sebelum  diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kejayaan mematahkan cubaan curi khazanah negara ini adalah yang pertama untuk tahun ini dan kali kedua selepas kejayaan dilakukan KD perkasa tahun lalu berikutan penahanan sebuah bot bersama 17 krew Vietnam,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/cubaan-curi-khazanah-negara-gagal-1.374533

   [url=]
[/url]   Kuantan: Dua bot nelayan Vietnam dan Thailand dengan dua tekong dan 10 awak-awak ditahan ketika mencuri khazanah kapal perang British era Perang Dunia Kedua di perairan berhampiran Pulau Tioman, dekat sini, Sabtu lalu.

Mereka yang berusia antara 15 dan  47 tahun  ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) di  45 batu nautika dari pulau berkenaan.

Komander Memerintah KD Pahang, Komander Nikmat Azhar Mahmud berkata, pihaknya melakukan pemantauan selepas menerima  maklumat berhubung aktiviti bot berkenaan daripada markas operasi dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Jumaat lalu.


“Ketika kejadian jam 1 petang itu, kami  melepaskan enam das tembakan amaran dalam usaha menahan bot terbabit. Bot pertama ditahan jam 1.52 petang dengan seorang tekong warga Thailand.

“Bot kedua ditahan dengan seorang tekong dan 10 awak-awak Vietnam, ditahan 10 minit kemudian,   enam batu nautika dari lokasi tangkapan pertama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.






      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 7:37 AM   
&laquo;         &raquo;
                     
NELAYAN  warga asing   yang ditahan dibawa ke  Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40377#sthash.pVhrVWHG.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 09:54 AM | Show all posts
Tahniah TLDM........
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:55 AM | Show all posts
sapa leh terangkan kat aku... mcm kapal karam bersejarah ni.. kenapa kerajaan tak naik kan je yek? buh kat muzium ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tembak mati je senang..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm...nak hukum apa ya?

Buruh buat rail ketapi? Tukang kebun kat carcosa sri negara? Bayar tripple barang yg dicuri berserta 6% GST?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Malaysia buat tukun ke apa kapal bersejarah ne... Bukan nk apungkang dan bawak ke muzium ka apa... Selayaknya la org lain lagj berminat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 11:31 AM | Show all posts
Kapal Prince Of Wales dan Repulse diwarta sebagai perkuburan. Sebab tu hatta tuan asal pun tak angkat. Kira mamat2 Vietnam tu tomb raider le....

Besi kapal kelas armor...baik punya tu pasal depa ni menjarah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
biarkan jela kat sinun.. buat pe sibuk2 nk gali bagai.. tp klu dah tertau lokasinya nak buek cemano ye pak.. lain la bunga dilautan tu.. takda sapa pun tau... awk kat mana awk kat mana awk kat mane pastu berani la pulak mintak duit suh pi cari.. sesukahati mak pak engko jer ye. hambik ko dulik apa ko tu ex mb ke apa ke.. duit udah burn ke laut indi dahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.457770 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list