Wahhhhh ! Along pun dah ada peningkatan dah sekarang. Sejajar dengan peningkatan zaman moden sekarang ni. Dorang pun dah makin berani melangkah dengan lebih jauh, haha !
Kalau dulu dorang cuma guna kertas biasa bodoh je untuk buat iklan pasal dorang punya perniagaan ceti haram tu, tapi sekarang ni dah makin advance dah.
Bila perniagaan dorang dah maju mesti la nak upgrade kan. Flyers iklan dorang pun dah cantik dah, bersesuaian dengan tema pulak tu kihkih.
Siap buat background macam duit lagi tu, kali tengok sekali mati-mati ingat duit betul. sekali tarik alahhh duit separuh je! Lepas tu dekat belakang dia boleh pulak ada iklan untuk korang buat pinjaman duit.
Kreatif jugak dorang ni kan, ingatkan budak-budak je yang tertipu dengan rupa sampul duit raya yang sebijik macam duit tu. Rupa-rupanya kita yang tua ni pun tertipu jugak dengan along. Nak buat pajak gadai pun boleh jugak uolss. Haha !
Lepas ni dah takde dah iklan along yang dorang tampal dekat tiang elektrik, batang pokok apa semua tu. Pandai betul dorang nak tutup cara pengiklanan dorang ni.-utranews.com
|