CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 957|Reply: 4

[Tempatan] Bersih 2.0 lancar kempen ‘kebebasan media melalui bunga

[Copy link]
Post time 31-3-2015 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin berkata penahanan semua individu tidak akan menyelesaikan masalah. - Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, 31 Mac:

Sebagai menunjukkan semangat solidariti bersama lima wartawan yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948, Bersih 2.0 melancarkan kempen ‘sokongan kebebasan media melalui bunga’.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah tiba di balai polis Dang Wangi bersama jambangan bunga kekwa dan menyerahkannya kepada kakitangan The Malaysian Insider.

“Jambangan bunga itu adalah sebagai menunjukkan sokongan kami kepada lima wartawan TMI yang ditahan dan dilayan seperti tahanan politik. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan terhadap kebebasan media di Malaysia,” kata Maria kepada pemberita, hari ini.

Selain daripada meminta rakyat supaya menunjukkan sokongan, beliau turut menggesa Kementerian Dalam Negeri dan polis supaya tidak cuba menakut-nakutkan orang ramai.

“Hanya dalam satu minggu, 102 individu termasuk ahli parlimen, aktivis dan kini wartawan telah ditahan.

“Ini merupakan Operasi Lalang sekali lagi.”

Tambahnya, penahanan semua individu tidak akan menyelesaikan masalah. Maria menggesa pihak berkuasa supaya menerima kenyataan dari semua pihak.

Editor Pengurusan TMI, Lionel Morais, Editor Bahasa Malaysia Amin Shah Iskandar dan editor analisis Zulkifli Sulong ditahan semalam dan akan dibebaskan pada jam 7 petang ini selepas permohonan pelanjutan tahanan reman ditolak.

Ketua pegawai eksekutif dan editor portal, Jahabar Sadiq serta penerbit The Edge Ho Kay Tat dijangka akan ditahan semalaman sementara menunggu keputusan reman mereka, esok.

Sementara itu, penahanan itu turut mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik daripada kedua-dua Barisan Nasional dan Pembangkang.

Satu perhimpunan akan diadakan oleh wartawan pada jam 8 malam di hadapan balai polis Dang Wangi sebagai menunjukkan solidariti bersama wartawan TMI yag ditahan.

Pada masa yang sama, semua wartawan di Malaysia digalakkan juga berpakaian serba hitam, esok.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/beri ... unga/#ixzz3VxGDWMys
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 05:53 PM | Show all posts
Kebebasan media kepala bodoh kau? Dah fitnah raja nak kebebasan media. Nak bebas sangat duduk France la
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebebasan media pun agak2 la... jgn jdkan kebebasan tu utk ckp apa jer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:43 PM | Show all posts
kebebasan terpimpin

kaki macai hangguk je yang terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
maria ni dah nak murtad agaknya. tidak selari dgn pendirian amno dan ribuan teh abdullah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053759 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list