CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6352|Reply: 6

Apakah itu GST?

[Copy link]
Post time 1-4-2015 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Q&A: Apakah itu GST?Teoh El Sen|
Kemas kini:Oktober 25, 2013
(Diterbitkan pada: Oktober 25, 2013 18:56 MYT)
















KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman
  • Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST RM100 juta
  • Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2015 12:33 PM | Show all posts
hari neh mcm hari raya kan?
penuh wassap sejak seminggu neh dgn pelbagai ucapan etc
yang malam tadi lagi hebat, ada penyampai mohor2 besar
hari neh siap lagu raya GST


ye, hepi hepi jugak
keji keji jugak
tapi takat tu jer ker?

jom laa kita sama sama menjadik pengguna yang ada ilmu GST dan sama2 jugak kita membanteras perilaku salah dan yang sumbang, berdasarkan GST neh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 12:59 PM | Show all posts
Jap lagi nak tepek resit kawan ai makan kat kedai mamak neh,
tak tahu mesin rosak

ataupun GST tersembunyik!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 08:19 AM | Show all posts

GST bermula semalam. Kita yang tidak bersetuju dengan GST, GST tetap juga berjalan. Tapi ada MP yang terlebih mengong kata tak mahu GST, pi duduk bulan!!


Apa kata kita kenali resit GST supaya kita tidak dikapor pekedai setelah dikapor kerajaan.


Resit setiap kedai yang berdaftar dengan pihak kastam wajib mempunyai ID GST serta mempunyai perbezaan barangan yang dikenakan GST (s) dan barangan yang tak dikenakan GST (z) serta jelas jumlah barang yang dikenakan GST atau tidak. Resitnya seperti di bawah.



Kalau pekedai menghulurkan resit cap ayam di bawah, boleh mengugut mereka untuk membuat laporan kerana akan ada yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 08:27 AM | Show all posts
Unsure about how much to pay? Use MyKira GST app to check
Wednesday April 1, 2015
07:14 AM GMT+8

Consumers can now check the prices of over 10,000 items using the MyKira GST app developed by the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry. — Reuters

PUTRAJAYA, April 1 — Those who are worried about the impact of the Goods and Services Tax (GST) can now check the prices of over 10,000 items using the MyKira GST app developed by the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry.

Consumers can check the prices in two steps and they can even lodge complaints to the ministry via the app.

Once the app is downloaded, the user will be greeted with the home screen on which they can key in the product information including its name, content, price, previous price (optional) and name of store. When the user clicks on the “check” button, the app will determine whether the price is within the permitted price range.

If the prices are unreasonable, users can file complaints directly via e-aduan on the result page.

At press time yesterday, the app was downloaded slightly over 300 times and gained a collective rating of 3.3 stars by 304 users.

The ministry’s operation centre will record and channel the complaints to the ministry’s state office and enforcement division at grassroots level so action can be taken under the Price Control Act and the Anti-Profiteering Act.

The operation centre runs 24 hours daily with 40 officers on duty to receive complaints by telephone, e-aduan and also via social media.

Consumers can also file complaints via the ministry’s hotline at 1-800-886-800 or 03-8882-6245 and 03-8882-6088.

The special anti-profiteering criminal courts in five zones — north, south, east, central, Sabah and Sarawak — set up to handle cases under the Price Control Act and the Anti-Profiteering Act, will also begin operations today.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2015 02:42 PM | Show all posts
Hameeds Corner didakwa kenakan GST tanpa butiran

30/04/2015 11:56am

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Restoran Hameeds Corner di Seksyen 16 di sini merupakan premis pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Pemiliknya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen, 38, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan di bawah Seksyen 22 Peraturan-Peraturan GST 2014.

Restoran itu didakwa melakukan kesalahan di premisnya yang beralamat di No.3-1-1, Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16 di sini dari 7 April sehingga 11 April lepas.

Hameeds Corner didakwa mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta GST 2014 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 96 Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Azhari Abdul Hamid kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes. - KOSMO!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 03:28 PM | Show all posts
Edited by kechikchomel at 14-9-2015 03:53 PM

-----------deleted--------------
tau dah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.076904 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list