CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6522|Reply: 55

[Tempatan] Dalam Senyap RTM Kini Bersedia 80 Saluran TV Percuma UPDATE #24

[Copy link]
Post time 1-4-2015 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 1-4-2015 11:29 PM












KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga menjadi bualan jenaka April Fool kali ini, tidak ramai sedar Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia ke arah penyiaran digital.

Secara kebetulan, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-69 stesen rasmi negara kita pada hari ini yang bertema ‘RTM Di Mana Jua Anda Berada’, isu transformasi pendigitalan siaran TV di Malaysia mula kembali diperkatakan banyak pihak.

Program bual bicara secara langsung tertua negara kita, Selamat Pagi Malaysia pada 1 April turut mengupas isu itu selama setengah jam dengan menjemput Ketua Pegawai Komersial MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Haniza Ros Nasaruddin.

Syarikat teknologi tinggi di bawah firma telekomunikasi Kumpulan Altel Holdings itu bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan siaran dan prasarana sistem pemancar penyiaran teresterial digital bersama-sama dengan RTM.

Turut menjadi tetamu dalam program itu ialah Pengarah Jabatan Peralihan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Azlina Mohd. Yusof yang menceritakan senario perubahan era penyiaran tempatan.


Gambaran umum projek pembangunan Angkasapuri Media City. – Gambar hiasan

Isi perbualan amat padat sekali gus mengesahkan laporan MYNEWSHUB pada 7 Mac lalu yang menceritakan secara terperinci perubahan dunia penyiaran tanah air susulan banyak rungutan pelanggan terhadap sebuah stesen berbayar.

Turut disentuh ialah gambaran bayangan apakah saluran yang bakal termasuk dalam senarai 80 saluran baharu televisyen digital yang akan dipancarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia bermula di wilayah Pantai Timur pada Jun depan.

Sebenarnya isu ini telah hangat dibincangkan pengguna laman sosial malah laman Wikipedia sebelum ini telah menyiarkan nama-nama saluran RTM itu yang banyak berdasarkan format stesen tertua di dunia, Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Apa yang pasti, rakyat Malaysia yang masih belum melanggan mana-mana stesen berbayar bakal menikmati kecanggihan sistem penyiaran negara kita tanpa dibebani yuran langganan bulanan sejajar dengan tema RTM Di Mana Jua Anda Berada.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.            
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 04:45 PM | Show all posts
Edited by hayrin86 at 1-4-2015 04:49 PM

Harap adakanlah siaran sukan utama (termasuk milik rakyat bumi) secara langsung, selain perlu mewujudkan saluran keagamaan 24 jam sehari dan juga saluran berita sepenuh masa 24 jam sehari, supaya saluran TV1 di masa akan datang jadi macam saluran TV2 waktu itu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
80? Hopefully menjadi betul la.. Jgn angan2 yg lebih tiba masa senyap mcm tu je..atau siaran ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 04:59 PM | Show all posts
Tapi kene tukar TV kan? Sebab sekarang ni sistem TV still Analog.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:05 PM | Show all posts
Bila bermula???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2015 05:09 PM | Show all posts
channel apa yg sampai 80 tu..

kalah asteruk
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:15 PM | Show all posts
Kalau 80 pun pastinya kebanyakannya adalah channel berita, rencana dan sedikit hiburan. Tak menepati citarasa org malaysia yg addicted dengan hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 05:18 PM | Show all posts
Aku sokong cadangan kalau setiap negeri ada channel sendiri. Bolehlah channel itu buat laporan yang spesifik di daerah masing-masing, contohnya berita ada kerbau hilang ke, kisah kucing beranak ke...

Channel yg sedia ada sekarang boleh fokus kepada berita umum kepentingan nasional sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:20 PM | Show all posts
sudah lah RTM. sekali Ananda Krishnan komplen terus kensel plan tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 05:51 PM | Show all posts
ade la hiburan tu... nanti die buat la hiburan minggu ini... tak pon bintang RTM ke...


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
80 Saluran?
percuma?
RTM?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 06:30 PM | Show all posts
tak habis2 lagi ke pasal pertukaran siaran FTA tiwi analog ke digital ini?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 06:32 PM | Show all posts
ok lah kalau macam tu, sekurang nya tiap bulan banyak rakyat dapat save RM50-RM150 bil Astro, boleh lah duit lebih tu untuk upgrade internet ke fibre optic etc atau untuk belanja lain, bukan ada masa pon nak tengok tv dalam sehari, asyik duduk dalam traffic jam jer memanjang.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 06:45 PM | Show all posts
ultra78 replied at 1-4-2015 05:15 PM
Kalau 80 pun pastinya kebanyakannya adalah channel berita, rencana dan sedikit hiburan. Tak menepati ...

Sukan jangan dilupakan, sebab siaran sukan kadang-kadang menggangggu program-program di saluran RTM sedia ada macam TV1 dan TV2.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 07:51 PM | Show all posts
setakat ni ada 2 saluran tu je kan? nk tmbh 78 lg tu tahun bile..wawasan 2020 ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 08:17 PM | Show all posts
EncikKrab replied at 1-4-2015 05:20 PM
sudah lah RTM. sekali Ananda Krishnan komplen terus kensel plan tu

x jugak...al bukhary pun kabel kuat...bukan senang nak pangkah,,dia buat utk rakyat..bukan untung semata2 mcm asteruk tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 08:19 PM | Show all posts
konpem ada cenel PERMATA ala2 saluran kak mah gitu...pernah terbaca beberapa tahun lepas dia plan nak buat cenel ni, pastu cenel WANITA, pasal hal2 wanita..ala, 78 cenel tu merangkumi SD, HD. Radio mesti dalam 30-40 sebab sabah sarawak kan ada banyak saluran...tu yang nampak banyak...pastu mungkin ada la cenel tambahan berbayar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 08:20 PM | Show all posts
buat a channel documentary.. tempatan punya.. seronok tengok.. nanti ada masa aku pon buleh shoot documemtary antar jual kat rtm.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 09:11 PM | Show all posts
jgn lepas tu nanti ... nak ada TV pun ada lesen ...

teringat zaman kecek dulu ... gegeh ayah gantung lesen TV kat dinding ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.176285 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list