CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1407|Reply: 9

[Tempatan] Edisi ketirisan BN : Laporan Ketua Audit Negara 2014 dibentang hari ini

[Copy link]
Post time 6-4-2015 09:21 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengandungi 51 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata pengauditan itu merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan, perolehan, program, pengurusan hasil, sosial, keselamatan, pertanian, sukan, bekalan, penternakan, perkhidmatan dan pengurusan syarikat.

"Hari ini juga Jabatan Audit Negara akan beri taklimat berhubung isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ambrin berkata seperti biasa Ketua Jabatan berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam laporan tersebut untuk tujuan pengesahan.

Beliau berkata bagi memperbaiki kelemahan yang dilaporkan sebanyak 84 syor untuk Kerajaan Persekutuan, 17 (Badan Berkanun), 112 (Kerajaan Negeri) telah dikemukakan Jabatan Audit.

Selain itu, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai laporan berkenaan yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu dilaporkan.

Sehubungan itu, satu sesi townhall bersama media akan diadakan esok (Selasa) di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 3.15 petang.

Turut dijadual hadir pada sesi townhall itu ialah Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua setiausaha kementerian.

Laporan itu bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan dirancang, dilaksanakan, dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program, aktiviti atau projek tercapai.

Ia juga menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa wujud pemborosan dan pembaziran serta mendapat 'best value for money'.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 09:27 AM | Show all posts
cite ketirisan lg la kedgrn...... nak doa bleh.... doa pemimpin korup pupus cepat skit.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 09:29 AM | Show all posts
pesanan untuk rakyat,  belanja secara berhemah dan ikut keperluan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 09:34 AM | Show all posts
Rafizi mesti suka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 09:35 AM | Show all posts
R2D2 replied at 6-4-2015 09:29 AM
pesanan untuk rakyat,  belanja secara berhemah dan ikut keperluan

depa membazir tkpe.... pastu rakyat kena tanggung depa hahah

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 09:37 AM | Show all posts
dino replied at 6-4-2015 09:27 AM
cite ketirisan lg la kedgrn...... nak doa bleh.... doa pemimpin korup pupus cepat skit.....

nak pupus camner? bukan semua pemimpin naik heli...ooopppsss
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2015 09:38 AM | Show all posts
dino replied at 6-4-2015 09:35 AM
depa membazir tkpe.... pastu rakyat kena tanggung depa hahah

dan bila ditegur menteri akan ckp
kalau tak suka, pindah la ke luar negara
dan setiap tahun terpaksa bagi peruntukan pada Talent Corp
pujuk rakyat Malaysia pulang ke tanahair

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 05:14 PM | Show all posts
samo macang dulu...dan selamanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 05:24 PM | Show all posts
Rakyat mesti berjimat cermat Yeehaaaa!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 05:49 PM | Show all posts
Audit: PPj lakukan pembaziran dengan tidak guna semula kiosk sedia ada

KUALA LUMPUR: Perbadanan Putrajaya (PPj) didakwa melakukan pembaziran dengan tidak menggunakan semula kiosk sedia ada dan membeli kiosk yang baharu untuk Festival Ramadan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, daripada 30 kiosk bernilai RM481,700 yang dibeli untuk Festival Ramadan 2013, sebanyak 26 kiosk bernilai RM423,700 tidak digunakan semula oleh PPj untuk Festival Ramadan 2014.

Sebaliknya, PPj telah menyewa 76 kiosk berjumlah RM345,760 untuk Festival Ramadan 2014.

“Tiada perancangan teliti yang dibuat oleh PPj untuk menentukan kiosk patut dibeli atau disewa
menyebabkan berlakunya pembaziran kerana kiosk sedia ada tidak digunakan semula,” kata laporan itu.

Di dalam maklum balas daripada PPj pada 29 Disember lepas, apabila kiosk tersebut hendak diguna semula, didapati terdapat kerosakan pada kiosk disebabkan oleh kelemahan reka bentuk yang memerlukan kos pengubahsuaian yang agak tinggi dan tempoh masa yang lama untuk memasang semula.

Ia berkata, pada masa sama, terdapat permintaan untuk menambah bilangan ruang niaga daripada 30 ke 76 lot.

“Sehubungan dengan itu, PPj memutuskan untuk menyewa kiosk bagi Festival Ramadan 2014.

“Bagaimanapun, kiosk yang digunakan pada Festival Ramadan 2013, akan digunakan semula dengan sedikit pengubahsuaian di tempat-tempat yang dikenal pasti seperti di taman-taman awam.

“Sebanyak 12 kiosk telah siap dipasang dan baki 18 kiosk akan dipasang lagi secara berperingkat,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061707 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list