CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5854|Reply: 29

Nizar Bakal Dipecat?

[Copy link]
Post time 6-4-2015 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Nizar Jamaluddin dipecat oleh PAS Perak?


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkemungkinan besar bakal dipecat oleh parti berkenaan ekoran kenyataanya tidak menyokong perlaksanaan hudud baru-baru ini.

Kedudukan Mohammad Nizar didalam parti berkenaan mula menjadi persoalan selepas Dewan Ulama PAS Perak mengeluarkan kenyataan sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Menteri Besar Perak itu.

Dalam satu kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak, Norazli Musa berkata, Dewan Ulama disana sudah membuat satu pendirian untuk tidak percaya kepada Mohammad Nizar dalam satu mesyuarat sebelum ini.

Norazli berkata, PAS masih belum memutuskan nasib Mohammad Nizar dan seorang lagi ahli iaitu Yang Dipertua (YDP) PAS Tambun,  Dr Khairuddin Abdul Malik berhubung tindakan tidak menyokong hudud.

“Perkara itu disahkan dan diputuskan selepas berlangsung mesyuarat Dewan Ulama Pas Perak Ahad lalu,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi semalam.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri dan kami akan buat kenyataan secara rasmi selepas mendapat maklum balas beliau,” katanya dalam satu kenyaataan.

Sebelum ini,  Mohammad Nizar dan Khairuddin telah membuat satu kenyataan untuk tidak menyokong perlaksanaan hudud oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih negeri berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Susulan kenyataan tersebut,  Dewan Ulama membidas tindakan Mohammad Nizar yang membuat satu pendirian melanggar prinsip perjuangan parti khususnya perlaksanaan hudud tanpa sebarang persetujuan oleh pemimpin PAS di sana.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Norazli menegaskan tindakan yang dilakukan kedua-dua ahli PAS itu jelas satu kesalahan kerana melanggar prinsip perjuangan parti dalam menjalankan undang-undang Islam.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan surat berhubung tindakan PAS dalam isu melibatkan Mohammad Nizar dan Khairuddin dilaman sosial.

“Perkara itu salah di sisi parti dan sepatutnya pihak berkenaan perlu menunggu keputusan rasmi dari Dewan Ulama Pas Negeri,” katanya lagi

sumber: Utaranews

p.s elok la yg mano dah konyang makang wit pelahap seeloknya dicampak mcm sampah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 10:27 PM | Show all posts
hmmm
...
...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:46 PM | Show all posts


1. Menegakkan Undang-undang Jenayah Islam termasuk Hudud adalah kewajipan umat Islam yang diimani oleh PAS. Membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat yang membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang Allah adalah satu kemuliaan dan fadhilat yang pasti diberikan pahala. Ia tidak patut diserahkan kepada orang lain kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab PAS sebagai Parti Islam.
2. Kita jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa yang kita perjuangkan sekian lama. Sesiapa yang ingin membantu dipersilakan. Tidak mahu menyokong pun tidak mengapa.
3. Kepada wakil rakyat muslim di Parlimen kita menjemput mereka bersama-sama mencari pahala dan fadhilat berdasarkan konsep
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan dan syurga yang keluasannya adalah keluasan langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa". Surah Aali Imran ayat 133
4. Jika ada yang ingin membantu dialu-alukan. Adakah bantuannya ikhlas ataupun tidak? Keikhlasan adalah sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Kita serahkan kepada Allah.
5. Jika ada yang berniat jahat dan serong kita serahkan kepada Allah sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam al-Anfaal ayat 62;
"Dan sekiranya mereka berhasrat memperdayakan kamu maka sesungguhnya cukuplah untuk kamu Allah (menjaga kamu daripada tipudaya). Dialah yang menyokong memperkuatkan kamu dengan bantuan kemenangan-Nya dan dengan orang-orang beriman".
6. Kita sudah banyak berdailog secara ilmu dan harmoni dengan pimpinan politik kalangan bukan Islam menjelaskan tentang Undang-undang jenayah Islam lebih daripada 25 tahun sejak 1990. Malah sebelumnya lagi sejak penubuhan PAS pencerahan dan penjelasan diberikan. Ada yang berdolak-dalik enggan menerima kebenaran. Ada yang enggan menerimanya walaupun atas konsep hak demokrasi. Setelah penjelasan yang panjang kita menyerahkan kepada mereka untuk menerima atau menolak. Kita tidak memaksa mereka bersetuju. Malah kita menghormati hak mereka untuk tidak bersetuju. Namun perjuangan, penjelasan dan dakwah kita tetap diteruskan.
7. Kepada umat Islam kita sama-sama beringat dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50.
"Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka"
Allah peringatkan lagi
"Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu"
8. Marilah kita mengambil pengajaran dengan ayat seterusnya
"Maka adakah hukum Jahiliyyah yang mereka cari. Dan siapakah yang terbaik berbanding Allah hukumannya bagi kaum yang yakin"
Sekian.
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:47 PM | Show all posts
bagus nizar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sokong dewan ulama perak...cepat pecat si nizar pengkhianat ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin ade hikmah npe nizar x lme jdk mb.:zz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 10:53 PM | Show all posts
dah lama tak dengar cerita pasal badut ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 6-4-2015 11:00 PM

Kuasa diputuskan oleh majlis pas pusat,  bkn ulamak terang2 nk singkirkn yg bkn UG sblm pemilihan nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni bkn lebih kepada pkr n dap ke?? dulu kemain org suka sbb blh ckp cina...kekdahnyer..hrp lepas ni x de aksi guling2 kt jlnraya n bersidang dibwh pokok ala2 muntri pasola..hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 6-4-2015 10:59 PM
Kuasa diputuskan oleh majlis pas pusat,  bkn ulamak  terang2 nk singkirkn yg bkn UG sblm pemilihan ...

Memang Pas pusat, tapi suara Dewan Ulama paling tinggi, muktamas dan tak boleh dicabar.. Semacam Ayatullah la si Iran.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekurang kurang nya dia tak mempermainkan hudud mcm pas pis pus yg lain...yg nak balas dendam kes perlantikan Mb selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 6-4-2015 11:02 PM
Memang Pas pusat, tapi suara Dewan Ulama paling tinggi, muktamas dan tak boleh dicabar.. Semacam A ...

Sejak akhir2 ni, mentang2 pas pusat senyap... Yg sakan ni dema ni geng2 ug menyalahkuasa kuasa sbg ulamak rule out sgl kptsn... Hopefully yg baik & betul menguasai pemilihan nnt...  Yg aku nmpk skrg ni, dema ni berlindung di sebalik agama tp mulut kemain jht,  kdgkala percakapan tak menggambarkn intelegent
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo eaaa???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 11:47 PM | Show all posts
terpikir nanti ade remaja melayu yg mencuri akibat kesempitan hidup atau kerana nakal, tangan dia kena kudung. langsung tiada peluang baginya berubah. terus cacat seumur hidup.

ini yg diperjuangkan puak agama untuk bangsa dan negara
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 12:20 PM | Show all posts
taikor replied at 6-4-2015 11:47 PM
terpikir nanti ade remaja melayu yg mencuri akibat kesempitan hidup atau kerana nakal, tangan dia ke ...

aku terfikir juga hal ini...

sebab itu aku kurang bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 12:32 PM | Show all posts
taikor replied at 6-4-2015 11:47 PM
terpikir nanti ade remaja melayu yg mencuri akibat kesempitan hidup atau kerana nakal, tangan dia ke ...

maknanya tak sesuaila perlaksanaan hudud kat malaysia?

terpikir dulu ade remaja arab yg mencuri akibat kesempitan hidup atau kerana nakal, tangan dia kena kudung. langsung tiada peluang baginya berubah. terus cacat seumur hidup.

ini yg diperjuangkan puak sahabat2 rasulullah untuk agama dan negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lima_kupang replied at 7-4-2015 12:32 PM
maknanya tak sesuaila perlaksanaan hudud kat malaysia?

terpikir dulu ade remaja arab yg mencuri ...

point yg ditujukan lebih kpd keadilan dan keberkesanan hukuman keatas pesalah terutamanya kesalahan 'minor'.

berkenaan kesesuaian, tidak utk negara majmuk yg berbilang bangsa dan agama
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 06:21 PM | Show all posts
taikor replied at 7-4-2015 02:01 PM
point yg ditujukan lebih kpd keadilan dan keberkesanan hukuman keatas pesalah terutamanya kesalaha ...

saya rasa mcm nie... maaf la klu kecil kan hati ya...
lebih baik awak cari kitab dan lepastu awak pg jumpa ustaz dan belajar dulu ya...
sebab klu nak cerita kat sini pon tak abis punya...
sebab ilmu nie bkn setakat baca saja.. ada yg perlu berguru... sebab klu ada yg tak paham kita blh bertanya...
siket saja nak bg tau pasal keadilan dan keberkesanan hudud terutama kpda kesalahan minor...
bagi kecurian yang tak melebihi nisab tak dikenakan hudud...
bg orng yang mencuri tak dlm keadaan terpaksa kerana susah atau pon takda makan pon tak di kenakan hudud...
ada lg antara sebab lain contoh dlm keadaan negara tak aman...
isteri ambil duit suami pon tak dikenakan hudud atas alasan yang perlukan keterangan....
so klu tengok kat sini hudud ini bukan suka2 nak potong tangan orng...
ia perlukan perincian yang lebih... klu takda saksi atau saksi yang tak adil pon tak boleh dikenakan hudud...
tapi tak bermakna dia terlepas dari kena hukum... hukuman lain dia akan kena sbgi contoh takzil...
contoh mencuri tapi tak cukup nisab hudud... dia akan terlepas dari hukuman hudud...
tapi boleh dikenakan hukuman lain seperti denda atau penjara...
bermakna disini hudud nak menjaga dari jenayah yang melampau... klu nak kata hudud boleh 0 kan kadar jenayah agak sukar akal nak terima dlm keadaan masyarakat sekarang... cuma disini hudud lebih kepada mendidik, mengurangkan dan menjaga jenayah dari lebih teruk...
contoh sekarang orng dah tak takut nak mencuri sampai tahap membunuh... sebab klu mencuri banyak mana pon paling tidak dipenjara...
kalau bunuh pon digantung.. gantung orng tak tahu... tak ada perasaan gerun dlm hati atas hukuman gantung...dan islam sanagt menentang hukuman gantung kerana zalim kepada manusia...

berkenaan bersesuaian kpd negara majmuk...
mcm nie la ya... yang turun kan hukum tu allah.. bukan pak maon belakang rumah aku...
dia yang mencipta manusia... klu lah seekor semut hitam bejalan atas batu yang hitam dan dlm malam yang gelap pon allah lagi maha mengetahui...
ini kan pulak membawa turun hukum yang sesuai pada satu2 umat saja... pasti allah lebih mengetahui hukumnya adil atau tidak...
bila mana hukuman gantung boleh diterima seleuruh umat manusia... tp islam menentang kerana zalim kepada pesalah...
adakah islam menentang sebab zalim kepada pesalah islam? atau zalim kepada manusia?

saya bagi satu situasi yang berlaku dlm sethun dua ini... seorng bapa mencuri ikan untuk nak bg anak dia makan... sebab kesempitan hidup...
dibawak kemahkamah sivil dihukum penjara 6 bulan klu tak salah saya...
okay kita bercakap dari segi keadilan...
adil kah bagi orng yang mencuri beberapa ekor ikan untuk anak2 nak makan kerana kesempitan hidop tetapi dihukum sebegitu?
klu hukum manusia merasakan adil sebab dia dah curi dan perlulah dihukum...
cuba lihat dari pandangan islam...
si bapa tak perlu dijatuhkan hukuman hudud kerana...takcukup nisab dan kerana kesempitan hidup...
cuba bayangkan 6 bulan dia dalam penjara... keluarga yang susah...
klu hari ini dia mula masuk penjara... siapa berani jamin esoknya anak dia bangun dari tidur ada makanan untuk sarapan?
macam mana nak menghadapi 6 bulan tanpa ketua keluarga yang selama ini mencari rezeki?

itu lah islam... kenapa tuhan kata islam itu cara hidup... sebab islam tidak melihat sesuatu dari satu sudut...
dia melihat dari sega sudut yang manusia tak akan terfikir... yang di atas baru dari satu sudut..
klu boleh nak tambah kepada keadilan sosial... sekiranya terjadi masalah seperti bapa yang saya ceritakan...
bukan sekadar si bapa terlepas dari hukuman... agensi2 kerajaan yang tertentu pon akan dipersoal kn kenapa tak bantu orng yang mcm ini...
mungkin sampai ke tahap ketua kampung yang berada dikampung pon blh dipersoal atas tugas dia..
cuba bayangkan situasi ini terjadi ketika hukum allah ditegakkan...
mungkin setiap ketua kampung akan pastikan setiap rumah dlm kampungnya cukup makan dan pakai...
setiap jabatan agama islam yang menguruskan zakat akan pastikan tak ada keluarga asnaf yang tertinggal dlm menerima zakat...
dan setiap wakil rakyat akan pastikan masyarakat dlm daerahnya tak ada yang susah...
kerana mereka pasti tak mahu dipersalah kan di mahkamah manusia apatah lagi dimahkamah allah....
akan membentuk satu kerajaan yang lebih adil dan menjaga rakyat...

mcm mana? tak cukup kan nak paham hudud... aku pon dah tak larat nak taip... nak makan sat....
sebab tu aku cakap... klu nak lebih paham... cari kitab dan cari ustaz...
betul kan niat bukan nak cari kelemahan hudud.. tapi ikhlas dlm nak memahami apa yang allah turun kan dalam al-quran...
pasti kau akan jumpa setiap keindahan atas setiap syariat allah....
semoga kita sama2 diberi petunjuk dan keberkatan... inshallah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 11:19 PM | Show all posts
lima_kupang replied at 7-4-2015 06:21 PM
saya rasa mcm nie... maaf la klu kecil kan hati ya...
lebih baik awak cari kitab dan lepastu awak ...

selalunya dlm perbincangan yg melibatkan unsur2 agama Islam, ianya menjadi sensitif kpd pihak Muslim yg menerima persoalan kerana ianya melihat melalui sudut kesucian agama... dipertikai malah telah dicabar.

bagaimana jika saya menyatakan saya juga bersetuju dgn 'niat' dan keberkesanan hudud mengikut keadaan?

seharusnya ia dilihat dari sudut kelemahan manusia yg cenderong mengeksploitasi sistem keadilan dan kelemahan perlaksanaan.

pandangan saya begini: bagaimana jika kesalahannya melebihi nisab (minimum amount?) ?

sudah tentu hudud dikenakan. jadi, persoalannya disini ialah seseorang yg melakukan kesalahan kerana terdesak, kurang matang pemikiran atau pun masih nakal pada usia itu, dicacatkan dan tidak diberi peluang berubah baik. bagaimanakah ianya 'adil' buat pesalah tersebut?

seorang melayu dan seorang cina melakukan rompakan ganas. Young and Dangerous pada ketika itu. Melayu hilang tangan. Cina menjalani hukuman penjara. pada satu tahap dlm hidup mereka, yg Cina mengimbas kembali kenangan titik hitam dia dan berasa insaf. tetapi berasa bertuah kerana mampu mengubah hidup dan menghabiskan hayat sebagai seorang insan yg sempurna jasad (correct term?). yg Melayu...

hudud 'mungkin' dapat membendung jenayah melampau. itu satu pandangan yg positif. tetapi ia juga bakal mencetuskan kontroversi serta ketidakadilan. satu lagi pandangan yg jangan diabaikan.

berkenaan kesesuain dlm negara berbilang bangsa dan agama, saksi bukan Islam tidak diterima adalah tidak adil. adakah ini menjadi tidak cukup bukti ataupun tiada bukti maka pesalah dilepaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:02 AM | Show all posts
taikor replied at 7-4-2015 11:19 PM
selalunya dlm perbincangan yg melibatkan unsur2 agama Islam, ianya menjadi sensitif kpd pihak Musl ...

saya rasa tu satu pandangan yang baik juga... dan memang benda nie dah lama dibincangkan...
untuk menjadika relaity nak melaksanakan hudud bagi semua kaum dan agama kat malaysia nie memang dilihat seperti tidak adil...
sekiranya diberi masa 100 tahun belum tentu benda nie blh mengubah kaum2 lain ni..
so adakah kita nak menggunakan alasan nie untuk kita tak laksanakan hudud?
adakah alasan kaum majmuk kita nak berhujah diddepan allah nanti?
mcm mn pulak orng yang bersalah tapi di hukum dgn peraturan yang zalim dan peraturan tu kita ada kuasa untuk mengubahnya kpada peraturan allah tapi kita tak laksanakan... sanggup kita tengok umat islam dizalimi oleh undang2 yg bukan dari islam dan zalim..
dan kita sebagai rakyat mempunyai pilihan untuk mendesak kepimpinan negara melaksana kan hukum allah...
sedia kah kita bila mana allah tanya kepada kita apa usha kita untuk menegakkan keadilan kepada makhluk dimukabumi...
cukup ka sekadar kita nak jawab ya allah...sesungguhnya kami semasa di dunia kami hidup dlm masyarakat majmuk...tak adil jika kami buat undang2 islam...
siapa pemimpin atau ulamak kat atas muka bumi ini berani mempertahan kan hujah ini dihadapan allah...?
persoalan nya kita bukan hidup di dunia.. perjalanan selepas hidup lagi panjang dan mencabar... tp semuanya bertitik tolak dari dunia...



kalau ditanya orng kafir mmg dorng akan tolak hudud ni... kan dlm al-quran dah bg tau...lebih kurang maksudnya begini...
orng2 kafir tak akan redha dgn kita selagi kita tak ikut cara mereka...(betul kan klu saya salah...)
nak tunggu dorng setuju sampai kiamat pon dorng tak setuju... nak tunggu dorng paham pon adakah dorng redha dgn kita?
tak salahkan kalau kita sebai umat islam mula kan dulu...
mmg persoalan adil tu ditimbulkan... tapi adil kah kita kalau umat kita dizalimi oleh undang2 kafir? yang jelas zalim?
inshallah pandangan peribadi saya... kita akan melihat keberkatan nya disebalik perlaksanaanya...
saya pon tak kata hudud boleh hentikan 100% jenayah.. tapi keberkatan yang kita perlukan disebalik perlaksanaanya...
mungkin allah akan beri hidayah kpd umat2 islam yang jahat...
mungkin allah akan beri hidayah kpd orng2 kafir untuk terima hukum ini satu hari nanti... alhamdulillah klau dorng terima islam sbgai agama...
disinilah kita akan melihat kemenangan islam... inshallah...
so bersediakah kita untuk menjadi penggerak kepada kemenangan islam? (poyo bukan??)


pandangan saya begini: bagaimana jika kesalahannya melebihi nisab (minimum amount?) ?

sudah tentu hudud dikenakan. jadi, persoalannya disini ialah seseorang yg melakukan kesalahan kerana terdesak, kurang matang pemikiran atau pun masih nakal pada usia itu, dicacatkan dan tidak diberi peluang berubah baik. bagaimanakah ianya 'adil' buat pesalah tersebut?

salah satu syarat lain untuk membolehkan seseorng itu dijatuhi hukuman hudud adalah dia mesti seorang yg mukalaf...
saya harap anda paham syart2 seorng mukalaf... jadi tak timbul soal tak matang ka nakal ka... sekiranya cukup syarat mukalaf dia diberatkan dgn apa yang dia buat dia akan tanggung baik dan buruk pahala atau dosa...  melakukan kesalahan terdesk pon tak boleh di kenakan hudud.. mcm contoh saya bagi bapa yang mencuri sebab kesusahan nak bg makan anak2... klu pon ada yang mencuri ka atas sebab dipaksa... pon tak boleh dijatuhkan hukuman hudud... sebab dia dipaksa... bermakna yang nak buat keslahan ini dia mestilah sedar apa yang dia nak buat... dia paham komplikasi atas perbutan dia... dan dia sedia terima hukuman... islam melihat dari semua sudut... cuma tinggal kita sebagai manusia untuk belajar..paham dan laksanakan...


seorang melayu dan seorang cina melakukan rompakan ganas. Young and Dangerous pada ketika itu. Melayu hilang tangan. Cina menjalani hukuman penjara. pada satu tahap dlm hidup mereka, yg Cina mengimbas kembali kenangan titik hitam dia dan berasa insaf. tetapi berasa bertuah kerana mampu mengubah hidup dan menghabiskan hayat sebagai seorang insan yg sempurna jasad (correct term?). yg Melayu...


pesoalan ini seolah2 nak mengatakan semua yang slah mencuri kena potong tangan... bukan mudah untuk nak potong tangan seseorng...
banyak perkara yang perlu dilihat... maaf ya... statement ini bagi saya seolah2 nak meletakkan islam ini gila nak potong tangan orng ja.. sebab tu klu boleh pg la bejumpa dgn orng yg lebih alaim... bukak kitab dan paham betul2 tujuan perlaksanaan hudud....

berkenaan kesesuain dlm negara berbilang bangsa dan agama, saksi bukan Islam tidak diterima adalah tidak adil. adakah ini menjadi tidak cukup bukti ataupun tiada bukti maka pesalah dilepaskan?

di sini islam nak meletakkan untuk menjatuhkan hukuman kepada peslah bukan lah satu benda yang mudah... kalau dilihat dari satu sudut klu begini tak ada la orng yg kena hudud... mana nak cari saksi seperti syarat2 yg dia nak kan... sekali lagi islam menitik beratkan keadilan dlm menghukum... bukan mudah untuk menuduh seseorng mencuri... bukan mudah untuk berkomplot nak menuduh seseorng...
cuba bayangkan kalau ada kecurian yang dikomplotkan atau mmg dirancang untuk menuduh seseorng... maka keluarlah saksi2 yang apabila disiasat dia tidak mencukupi untuk menjadi seorng saksi... bukan kah ini boleh selamat kan seseorng yang tidak bersalah dari dizalimi? cuba bandingkan roh keadilan ini dgn undang2 ciptaan manusi... sangat jauh sekali lebih adil hukum allah ini...
kalau sekiranya dia mencuri dan dia seorng yang mukalaf... cukup segala bukti nak menjatuhkan dia hudud tetapi tak cukup saksi atau saksi yg bukan islam... sekiranya ada bukti2 lain yang meyakinkan dia mencuri... maka dia terlepas dari hukum hudud... tapi tidak bermakna dia terlepas begitu sahaja... dia tetap dihum oleh atas hukum takzir...
disini lah perlunya undang2 manusia.. dibuat oleh manusia.. tapi masih lagi perlu berlandaskan keadilan islam...  

maaf klu tulisan ada perkataan yang kasar dan boleh menyakitkan hati...
saya sekadar ingn berbincang dan berkonsi sedikit ilmu...
yang pasti sayapon masih jahil dlm bab2 ini... masih lagi mencari kefahama....
sama2 kita mencari kebenaran dan semoga kita sama2 mendapat hidayah allah... inshallah...
assalamualaikum...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069332 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list