CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23555|Reply: 152

Sharnaaz Tidak Rehda Kalah Kepada Shah Iskandar...

[Copy link]
Post time 8-4-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar menjelaskan Sharnaaz Ahmad berhak untuk bersuara dan mempersoalkan kemenangannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, Sharnaaz berhak untuk bercakap sedemikian kerana dia merupakan seorang yang mempunyai nama yang kuat dalam industri seni.

"Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa.

"Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Pada acara ABPBH 2014 lalu Shah Iskandar berjaya mengekalkan gelaran yang dimenanginya tahun lalu iaitu sebagai Pelakon Lelaki TV Popular.

Menerusi kategori berkenaan, Shah sekali gus menewaskan Aaron Aziz, Amar Baharin, Adi Putra dan  Sharnaaz Ahmad yang turut bersaing dalam kategori tersebut.


Sharnaaz Ahmad

Dalam satu temubual yang disiarkan sebuah portal Sharnaaz berkata dia tidak reda kalah kepada Shah Iskandar dalam pertandingan itu dan lebih rela jika tewas di tangan Amar Baharin.

Pelakon itu juga berharap agar peminat yang mengundi artis masing-masing agar membuat pemilihan berdasarkan bakat mereka.

Dalam pada itu Shah Iskandar berkata dia masih terkejut dengan kemenangan tersebut dan menggangap ia adalah rezeki daripada Allah selepas kerja keras peminat untuk mengundi.



"Sehingga kini saya masih terkejut dengan kemenangan tersebut dan berterima kasih kerana kelab peminat yang berkerja keras dalam memastikan kemenangan pada malam itu kerana melakukan sesuatu perkara luar biasa.

"Kemenangan ini merupakan hadiah kepada peminat saya yang sentiasa menyokong dan mengundi hingga meraih kejayaan," jelasnya lagi.

Pada acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang itu, pelakon Shaheizy Sam diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2014 buat kali ketiga selepas pernah merangkul trofi sama pada tahun 2010 dan 2012.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 09:00 AM | Show all posts
kalau siapa yang ramai peminat dia lah yang akan dapat .....undian oleh peminat jadi suka suki dioarg lah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:01 AM | Show all posts
dua2 muka mamak kan....
sorg mamak penang
sorg mamak s'pore.

mak teh dua2 tak minat...suka yg cute mcm izzue islam dan kyle syafiq...mcm nak cubit2 jah pipi razi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:02 AM | Show all posts
Dah kenapa ko shanaz... janglah buat malu meroyan cakap mcm tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 09:03 AM | Show all posts
putehkundor replied at 8-4-2015 09:01 AM
dua2 muka mamak kan....
sorg mamak penang
sorg mamak s'pore.
Shah Iskandar pun cute apa? Huhu..






Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:06 AM | Show all posts
aku tetap xleh hadam kenape shah iskandar ni bole menang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak tahu ke semua org yg ada fc gigih mengundi?
Fc dia je yg tak buat kot.

Dulu kata x kesahkan trofi..ni dah kenapa?

#minat gak dia dulu.now x minat dah.sbb akak dah ada penggantinya..iaitu,EL .
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:06 AM | Show all posts
freekey replied at 8-4-2015 09:03 AM
Shah Iskandar pun cute apa? Huhu..

shah iskandar mahfuz tu bila senyum nampak manis.....
tapi mcm kurang aura...
last mak teh tgk berpasangan dgn intan ladyna slot akasia.....sendu jah tak bermaya.
lakonan pun masih kurang mantap...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 09:10 AM | Show all posts
bajet hot sgt dua org ni...
skrg zaman abam ungku hokay....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:11 AM | Show all posts
lakonan shah iskandar mcm kureng sikit la.. tp ok la dia menang dr yg bajet diri ensom tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:11 AM | Show all posts
aku lagi la tatau sape shah iskandar ni
nampak sangat tak tengok drama hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:12 AM | Show all posts
mungkin org kuat fc shah ni org yg duit berkoyan2...iols pon xleh hadam cemana dia leh menang..sendu mendu jahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:13 AM | Show all posts
orang gila ni mmg scrub....

salty? get over with it.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:13 AM | Show all posts
Ai terkejut jugak dengan kemenangan Shah Iskandar nie,
Tapi maybe heols adalah calon underdog, yang mana senyap senyap ramai yang minat sebenarnya
SI nie kira ok jugak berlakon compared to shahnaz, sebab nampak cool jer bile berlakon, rupa pun hensem
Tapi seriously, ai memang x leh terima kalau Amar Bahrin yan menang, sebab sebelum Abp nie nampak heols over konpiden , tup tup SI pulak yang menang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 09:14 AM | Show all posts
Anyway, I think takdalah terkejut sgt mamat cute ni menang..

Yg HAFREEZ tu menang peciter? Korang kenal ke?

Dahlah tak hensem mcm calon2 lain...





Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:16 AM | Show all posts
pinkzara replied at 8-4-2015 09:06 AM
Dia tak tahu ke semua org yg ada fc gigih mengundi?
Fc dia je yg tak buat kot.

dulu masih baru harus la cakap tak kesah award... sekarang dah perasan retis fofular se malaya sebab tu boleh pertikai kenapa dia tak menang...
ada pulak boleh redha tak redha yerr... tukar nama jadi Mat Redho lah kalau macam tu.. sentiasa akan redha apa pun yang jadi...hehehe
sharnaaz lakunan memang bagus.. tapi tak boleh la pulak dia keluarkan statement macam tu... nampak mcm pada dia Shah Iskandar tu kayu kayan sangat.. pada aku Shah tu ok-ok jah..      FC sharnaaz pun gigih jugak mengundi aku tengok... aku sr dorang punya insta & fb bukan main lagi dorang puji melambung sampai langit ke 7 sharnaaz tu...harus lah dah timbul rasa riak dalam hati.. sebab tu Tuhan bagi tak menang... ada jugak bagus nya dia tak menang.. kalau menang malam tu... aku tak boleh nak bayang mcam mana riak nya pengikut2 Arm07 dia....  Sorry la sharnaaz.. wa minat lakunan lu... tapi kalau lebih2 sangat pun wa meluat jugak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 09:17 AM | Show all posts
masih tak boleh move on ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:21 AM | Show all posts
freekey replied at 8-4-2015 09:14 AM
Anyway, I think takdalah terkejut sgt mamat cute ni menang..

Yg HAFREEZ tu menang peciter? Korang ...

hafreez tu saya tak pernah tgk dalam industri... bila waktu kemenangan umumkan dia, saya ekk sapa ini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:22 AM | Show all posts
so ammar bahrin yang fan gigih borong paper tak menang kah






* akak tak menonton abpbh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu shah iskandar ni smart gak skrg x brape sgt..maybe undian sipi2 kot..mana la tau kan..bertabahla shahnaz haha..yg si amar tu lg kesian..tiap kali cam konpiden je menang tp x menang gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.090640 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list