CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7675|Reply: 24

Tasik Teller, Kolam Ikan Emas Terbesar Di Dunia

[Copy link]
Post time 8-4-2015 05:47 PM | Show all posts |Read mode


SEBUAH tasik di Boulder, Colorado bakal menjadi kolam ikan emas terbesar di dunia apabila ia dipenuhi ikan peliharaan itu.

Tasik Teller pada asalnya tidak menjadi daya tarikan penduduk sehingga dijadikan lokasi membuang ikan peliharaan.



Bermula dengan empat atau lima ekor ikan emas dibuang ke dalamnya, kini tasik tersebut dihuni oleh 3,000 hingga 4,000 ikan emas.

Kehidupan baru itu turut mengubah suasana tasik berkenaan yang kini dilihat lebih cantik dengan aksi ikan emas di permukaan air.

Jurucakap Hidupan Liar dan Taman Colorado, Jennifer Churchill berkata, pembiakan pantas ikan peliharaan yang dibuang itu turut menjejaskan kehidupan asal tasik berkenaan.



Jelasnya, keadaan itu memaksa mereka bertindak mengurangkan pembiakan ikan emas berkenaan dengan melakukan renjatan elektrik di kolam tersebut.

Katanya, dengan usaha itu, pihaknya mampu mengawal ikan emas sedia ada daripada terus membiak dan memusnahkan keseluruhan hidupan asal tasik tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan emas mana kaco ikan lain.. klo tilapia merah ye. kaco ikan lain. ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 05:49 PM | Show all posts
isk kesian ikan emas kena renjatan letrik
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 07:04 PM | Show all posts
K3napa x tgkap bg kat org yg nak bela ka..p renjat lak  ...

ehh tp depa ada bela ikan mas ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 07:11 PM | Show all posts
taruk arapaima & toman barang 4-5 ekor best ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 09:12 PM | Show all posts
lohhh.. nape direnjat letrik.. sian ikan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2015 10:08 PM | Show all posts
kesian ikan mas... dah ler comey
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 10:11 PM | Show all posts
Itu bukan ikan emas. Cam carp Jepun adalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan emas buley makan x?

X baik membazir..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:35 AM | Show all posts
1. renjatan elektrik - mild aje. ikan2 pengsan. dorang scoop up ikan, pastu pilih. yang ikan asli dalam tempat tu, di lepas balik. yang invasive (bukan native - asli) dia akan take out.

2. invasive fish cemar air dengan sisa kumbahan dia. menggalakan pertumbuhan algae yg affect hidupan lain (flora and fauna) dalam tempat tu.

kira mcm tiba2 kokusen pindah apartment korang. mmg la best kokusen masuk tp tunggula..sewa naik, brg2 kat kedai dekat2 naik harga, masalah sosial. mcm gitula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 11:08 AM | Show all posts
Apa2 yang berlebihan boleh memudaratkan tapi sayang lak bunuh banyak2 cam tu elok tukar jadi tourist attraction je.  Ramai le yang datang tolong bagi makan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 11:13 AM | Show all posts
macam kes kat sungai kelang kan dulu, pihak berkuasa tempatan letak ikan jenis ape tah saya lupa, tapi ikan tu menyebabkan ekosistem sungai kelang terus berubah sebab ikan tu jadi dominan, ikan asal terus mati... lupe lak ikan ape, siap import dari oversea...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 12:48 PM | Show all posts
ni sebab org pelihara ikan emas kat rumah. malas jaga. lepas kat public ponds.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:27 PM | Show all posts
bukan tuh ikan koi jepun ka??
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 09:13 AM | Show all posts
wow ramainya ikan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 07:57 AM | Show all posts
epis replied at 9-4-2015 11:13 AM
macam kes kat sungai kelang kan dulu, pihak berkuasa tempatan letak ikan jenis ape tah saya lupa, ta ...

bukan ikan bandaraya ke? Tapi apa2 hal ekologi sg kelang dah lama jahanam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo pula tasik tu ada kaler2 merah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 10:28 AM | Show all posts
ikan emas? besarnya ikan emas.. mcm ikan koi jepun
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 11:14 AM | Show all posts
epis replied at 9-4-2015 11:13 AM
macam kes kat sungai kelang kan dulu, pihak berkuasa tempatan letak ikan jenis ape tah saya lupa, ta ...

PBT dan kementerian kat Malaysia mana yg cerdik cuba cerita?

dorang punya keje la campak arapaima semua dalam sungai2 dan tasik2 kita. habis ekosistem asal rosak.
yg idea nak menternak ikan sturgeon dekat tman negara pahang lagi lah. ya ampun macam orang takde otak je mereka semua tu. memang bodoh tahap taktau macam mana boleh bodoh macam tu. orang putih makan jugak kaviar tapi takde bodoh sebegitu. tak sedar diri orang kampung, kebulur nak buat taman kaviar. nasib lah projek dipindahkan ke tempat lain, tapi pokok2 dan tanah2 dah siap korek.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 06:52 PM | Show all posts
ikan emas tu comel....tp kalo dah byk sgt...buleh mengganggu populasi yg lain pulak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.075376 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list