CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1716|Reply: 0

HTC One M9 Plus Dilancarkan Untuk Pasaran China

[Copy link]
Post time 9-4-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode
HTC One M9 Plus Dilancarkan Untuk Pasaran China – Skrin 5.2-inci Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari
HTC One M9 Plus dilancarkan secara rasmi di Beijing sebentar tadi. Ia mengekalkan rekaan One M9 tetapi dengan skrin yang lebih besar. Peranti ini mempunyai skrin 5.2″ QHD LCD IPS, pemproses Mediatek MT6795T lapan teras (2.2 GHz), RAM 3 GB dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Berbeza dengan M9, kamera utama 20 Megapixel One M9 Plus menyokong fungsi Duo Camera. Kamera hadapan Ultrapixel yang sama digunakan. Ia akan menggunakan sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka khas Sense China.



Penggunaan pemproses Mediatek adalah mengejutkan kerana kami berharap ia akan mengekalkan pemproses Snapdragon 810 One M9. Mungkin masalah haba yang melampau Snapdragon 810 memaksa HTC untuk berubah angin kepada Mediatek. Fungsi lain yang disertakan ialah pembesar suara Boomsound dan pengimbas cap jari.

Membezakan peranti One M9 Plus dengan E9 Plus adalah dari segi spesifikasi, selain binaan kerangka dan sokongan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian hadapan – diantara HTC Boomsound pada bahagian bawah.
Harga jualan untuk HTC One M9 Plus ini masih tidak diketahui lagi, dan ia dilihat memfokuskan pasaran China sahaja buat masa ini.
kredit:www.amanz.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064428 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list