CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: damian_lee

[Tempatan] PENJELASAN NAJIB {SOAL JAWAB}[STARTING POST #61]

[Copy link]
Post time 10-4-2015 07:43 AM | Show all posts
nak tgk muka najib pun dh nak montah skang nih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 07:44 AM | Show all posts
kenapala hati manusia Islam semakin busuk sesama sendiri?
Istighfarla banyak2
tarik nafas panjang2
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 07:46 AM | Show all posts
naina replied at 10-4-2015 01:21 AM
Najib bandingkan zaman dia ngn tun m
zaman tun m media sosial xberkembang pesat lagi
so org xnmpk  ...

zaman madey internet dah hada.macai bbnu je yg tak nampak.hang ingat gelaran mahafiraun,mahazalim,megadethtruih turun dari langit kaa



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 07:51 AM | Show all posts
Saiful Nang
3 hrs ·

PEMIMPIN KOS TINGGI

Mata masih tidak boleh lelap lagi di perantauan. Petang tadi mengantuk sangat dan tidak sabar untuk sampai ke bilik hotel semula untuk tidur. Namun, menunggu dan menonton penjelasan PM dalam slot khas ISU SEMASA BERSAMA PM membuat mata mengantuk menjadi terus tidak boleh lelap. Bukannya hilang mengantuk penyebab tidak boleh tidur tetapi perasaan yang ngeri sehingga takut dibawa masuk dalam mimpi. Lalu, saya coretkan sedikit pemikiran alang-alang PM telah berkali-kali katakan malam ini yang beliau mendengar kritikan.

Penjelasan tentang 1MDB agak generik walaupun pengalihan pandangan untuk dirujuk kes itu kepada audit negara yang juga di bawah kepimpinan beliau. Saya faham perasaan itu. Seperti saya katakan kepada haters saya, jika mahu tahu perkara sebenar sila tanya staff saya (berani ke staff nak cakap yang buruk-buruk?).

Memang sukar menjadi pemimpin yang lahir di atas dulang emas. Mendapat segala kemudahan sebagai anak Perdana Menteri untuk mendapatkan segala yang terbaik tanpa perlu susah payah membuatkan PM kurang sensitif akan nasib rakyat bawahan.

Jika ingat semula semasa kita perjuangkan kemerdekaan dahulu, bukan setakat GST, gelang-gelang pusaka juga dilurut dari lengan untuk dijadikan tambang rundingan kemerdekaan di London. Bukan rakyat mahu berkira, tetapi rakyat sakit hati. Jiwa raga jadi kacau seperti tonto yang hari-hari tengok kereta bakal ditarik lalu lalang depan rumah, nak ditarik belum cukup tempoh lagi sehari dua.

Saya dahulu membesar sebagai anak Felda yang telah melalui segala sistem. Sistem saham, sistem block dan sistem individu semuanya dah rasa. Dah rasa juga hujung paysheet gaji tinggal RM0.50 (Lima Puloh Sen Sahaja). Hidup yang susah mendesak untuk kami peneroka mencipta peluang survival. Saya sendiri dapat belanja sekolah 20 sen sehari termasuk sekolah agama. 20 sen pada tahun 1985 masih tetap kecil. Cuma boleh beli 1 air dan 1 kuih. Itupun bila gaji tunai tinggal sedikit, 20 sen itupun selalu miss.

Saya tak pernah marah mahupun ada rasa tidak puas hati kepada ayah dan emak saya kerana saya tahu mereka juga sedang ikat perut. Sahabat nabi semasa menggali parit khandak juga tidak komplen menahan kelaparan sehingga mengikat batu di atas perut kerana pemimpinnya Nabi Muhammad SAW lagi lama mengikat perut.

Berbeza pada hari ini apabila rakyat diasak dan dipaksa telan semuanya tanpa pilihan serta disaran untuk tukar gaya hidup yang sudah sedia melarat tetapi pemimpinnya masih gah dan agung malah sombong dengan segala kemewahan. Saya rasa janggal mahu gunakan perkataan "sombong" itu namun itulah hakikatnya bagaimana seperti tiada kesan langsung dengan desakan rakyat yang kepanasan hatinya ini sedang perbelanjaan kerajaan yang mewah-mewah masih tetap terus berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pengubahsuaian interior pesawat dan pembelian pesawat kerajaan yang baru, perkahwinan ala-kebun bunga dan macam-macam lagi pemborosan yang berlaku.

Saya bukan pandai sangat nak mengajar, tetapi menghargai nilai harta yang dicari dengan susah payah sepatutnya buat kita jadi semakin bijak. Maka setiap perbelanjaan akan dipastikan bercambah dan datang kembali. Kami berdikit-dikit untuk beli bas bagi anak-anak Warga Prihatin ke sekolah dan lawatan sebelum ini. Pada waktu tiada lawatan, kami merasa bersalah jika dibiarkan sahaja termenung bas-bas itu di tempat letak kereta. Maka, bas-bas itu kami sewakan kepada pihak ketiga pula.

Belanja pentadbiran kami pun ikut kemampuan dan sentiasa beringat dan berprinsip, biar lambat sedikit dari hutang keliling pinggang. Atas dasar itu juga, kami sentiasa dalam keadaan surplus dan tidak defisit.

Sepanjang umur saya hidup, tidak ada pemimpin yang paling dikecam selain dari yang ada hari ini. Katanya, ia datang dari kesan keberadaannya media sosial. Mudah sahaja mainnya media sosial ini, bagaimana viralnya orang berkongsikan yang buruk, begitu juga jika ada yang baik-baik. Cuma masalahnya hari ini, yang baik itu terlalu sedikit untuk menjadi lebih kuat suaranya berbanding yang buruk-buruk.

Kitapun faham dan kita juga tidak jangkakan PM tukar gayahidup dengan bermotorsikal kapcai ke hilir dan hulu tetapi biarlah dalam keadaan yang patut-patut sahaja. Maafkan saya PM, perbelanjaan buat masa ini sekalipun selepas pemakluman dan penjelasan sebentar tadi. Berbelanjalah dari apa yang ada di tangan bukan apa yang ada dalam angan-angan.

Datuk Seri PM, cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Hamba rakyat sudah semakin tertekan dan tidak mampu untuk membiayai segala pembaziran itu dan pembaziran yang sedang dirancang. Rakyat dah tak mampu lagi nak menaja kemewahan

SAIFUL NANG
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak mah tlg jawab tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada ke soalan mencabar sikit?

Contohnya kenapa ikan sardin dlm tin kena gst tapi nescafe tak kena padahal kedua-duanya barang diproses? Adakah sebab ahmad maslan suka minum nescafe?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2015 08:08 AM | Show all posts
ultra78 replied at 10-4-2015 08:06 AM
Tak ada ke soalan mencabar sikit?

Contohnya kenapa ikan sardin dlm tin kena gst tapi nescafe tak  ...

saya tunggu soalan ttg najis mughollazoh...tapi takde pula
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:09 AM | Show all posts
syabas media prima atas
program soal jawab ini

tepat pada masa, pengacara
yang cekap dengan soalan ringkas
tetapi "straight to the point"

mencakupi keseluruhan isu2 semasa
yang ingin diketahui ramai,

kaedah 'no-holds-barred interview'
yang spontan dan mantap,

dan paling penting,
ketegasan dalam kesederhanaan serta ketenangan PM
pilihan majoriti rakyat malaysia
dalam menangkis segala kritikan
dan menjawab segala persoalan
yang ditimbulkan dalam tempoh kurang satu
jam itu amat meyakinkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 08:11 AM | Show all posts
tak kuasa aku nak mengadap muka bijan semalam...
so aku baca transkrip shj
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:11 AM | Show all posts
alesandra replied at 10-4-2015 07:46 AM
zaman madey internet dah hada.macai bbnu je yg tak nampak.hang ingat gelaran mahafiraun,mahazalim, ...



hebat ai gelak nehh

hahahaahahah Megatron
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:11 AM | Show all posts
tak baiklah kata org tua tu meroyan sbb isu jambatan bengkok
u're diverting the real issues
lain lah kalu taraf mahathir skrg ini di mata najib seumpama anak kecik yg meraung guling2 di pasaraya sbb makpak taknak beli mainan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayu tgk muka bijan smlm smpai x sanggp nk tengok
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:12 AM | Show all posts
alesandra replied at 10-4-2015 07:46 AM
zaman madey internet dah hada.macai bbnu je yg tak nampak.hang ingat gelaran mahafiraun,mahazalim, ...

politik malaysia pada ketika ini lebih dikuasai
oleh politik PERSEPSI, berbanding realiti

dan persepsi negatif lebih mudah
disebarkan dan dijangkitkan
kepada ramai
melalui kemudahan internet
dengan pelbagai aplikasi sosial ketika  ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:13 AM | Show all posts
atira replied at 10-4-2015 08:11 AM
tak kuasa aku nak mengadap muka bijan semalam...
so aku baca transkrip shj

adik adik kembo yang selama ari nehhh manjang kena troll  ngan mak ai sbb bekap najib laki bini
malam tadi keluh kesah kat wasap

mengadu rasa mcm nak tgk filem industan dari ngadap tengok najib bercakap


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:13 AM | Show all posts
hzln replied at 10-4-2015 12:02 AM
tun sakit hati sbb najib taknak buat jambatan bengkok katanya
hakak senyum sinis saja la tgh2 malam ...

akak pon senyum sinis aja dgn jambatan bengkok ke hulu ke hilir...
alasan asal boleh kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:16 AM | Show all posts
hzln replied at 10-4-2015 08:11 AM
tak baiklah kata org tua tu meroyan sbb isu jambatan bengkok
u're diverting the real issues
lain l ...

menurut PM sendiri,antara pandangan berbeza yang disuarakan
Tun M melalui pertemuan santai empat mata
DS Najib yang melawat beliau di kediaman
Tun sendiri adalah dua isu utama

satu, pandangan Tun M tentang
BR1M yang tak senada dengan DS Najib,

selain pembinaan jambatan menggantikan
tambak johor sebagai salah satu
hasrat besar Tun yang masih belum
direalisasikan


tak mustahil itulah punca
utama yang membawa kepada
hubungan kurang mesra antara
kedua tokoh itu pada ketika ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2015 08:16 AM | Show all posts
Syd replied at 10-4-2015 08:13 AM
adik adik kembo yang selama ari nehhh manjang kena troll  ngan mak ai sbb bekap najib laki bini
m ...

haaa...baru depa tahun penangan najib laki bini.. hadap la ko macai najib
selayaknye lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:18 AM | Show all posts
atira replied at 10-4-2015 08:16 AM
haaa...baru depa tahun penangan najib laki bini.. hadap la ko macai najib
selayaknye lah

moga moga adik2 ai tu tak kena troll kaw2 lagi ngan mak ai balik coti ujung minggu nanti


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:18 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 9-4-2015 11:21 PM
Apa yg telah dijawap oleh najib tu terutama kes bunuh altantuya, imdb, kes anak tiri dan brim telah  ...

apa yang najib jawab???

isu altantunya..siapa bagi arahan bunuh dan motif??
jawapan najib..saya dah sumpah xkenal altantunya..

kenapa duit 1mdb xbawa ke malaysia..
sebab nak untung forex n bla-bla..

kenapa 1mdb xmampu bayar hutang..
sebab perlukan masa untuk mencairkan aset..

kenapa kerajaan jual tanah dengan murah pada 1mdb??
najib xjawab..

keluarga najib guna aset negara untuk bercuti..
najib xjawab..

kenapa jho low tukar nama hartanah di las vegas ke atas nama anak najib..
najib xjawab..

kenapa rm jatuh begitu teruk..sehingga 80 sen jatuh sedangkan xder krisis ekonomi dunia pun..
najib xjawab..


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 08:20 AM | Show all posts
d'zeck replied at 10-4-2015 08:16 AM
menurut PM sendiri,antara pandangan berbeza yang disuarakan
Tun M melalui pertemuan santai empat  ...

awal bang masuk bertugas hari neh? penuh semangat nampaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064097 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list