CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 2

[Dunia] Tanah Besar China sekat rakyatnya ke Hong Kong

[Copy link]
Post time 13-4-2015 10:34 AM | Show all posts |Read mode
HONG KONG - China akan mengehadkan lawatan penduduk di selatan bandar Shenzen ke negara jiran, Hong Kong, berikutan ketegangan berhubung pelawat yang semakin meningkat di tanah besar itu.

Menurut Ahli Kongres Rakyat Kebangsaan (NCP), Republik Rakyat China , Michael Tien, pihak berkuasa Shenzen akan menyekat penduduknya untuk satu lawatan ke Hong Kong setiap minggu berbanding perjalanan tanpa had sebelum ini.

"Ia pasti berlaku. Saya ada mendengar dari sumber kerajaan yang boleh dipercayai. Malah, media tempatan memaklumkan, sekatan perjalanan boleh berkuat kuasa seawal hari ini," katanya.

Difahamkan, langkah itu diambil selepas rasa tidak puas hati di Hong Kong berleluasa apabila semakin ramai penduduk China melawat bandar yang sememangnya telah padat dengan penduduk tempatan.

Tahun lalu, sekitar 47 juta rakyat China masuk ke Hong Kong, atau enam kali ganda lebih tinggi daripada penduduk di wilayah bekas jajahan Britain itu. - Reuters

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 10:39 AM | Show all posts
baguslah. akak rasa tindakan itu mesti disokong 350% dgn HK.

so now akak pun boleh sambung plan nak merambu ke disneyland hong kong.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
prc berak bersepah. memang patut di ban pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056361 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list