CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3780|Reply: 8

DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI ILMU PUKAU

[Copy link]
Post time 13-4-2015 04:21 PM | Show all posts |Read mode
DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI ILMU PUKAU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sihir pukau keatas mangsa selalunya terjadi dalam masa yang singkat dimana habis semua wang atau barang kemas yang dipakai diberikan atau diserahkan tanpa sedar kepada si pemukau tanpa paksaan.

Mangsa hanya akan sedar selepas si pemukau menghilangkan diri bersama wang dan barang kemas. Cara pukau melalui mata ke mata atau ditepuk dibelakang bahu mangsa.

Kepada wanita yang terkena sihir pukau, walaupun habis semua wang dan barang kemas diserahkan kepada sipemukau tetapi masih lagi bernasib baik kerana tidak kehilangan barang yang berharga iaitu maruah anda. Amalkan sebelum terlambat.

Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari:

Baca doa berikut:





“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.

Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,


‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al- Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”
Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya):
“Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)
Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.

Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)
Ayat ini menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Demikian peranan mata. Oleh itu hal-hal pukau memukau ini, termasuk dalam amalan yang tidak diharuskan oleh syarak. Lagipun digunakan ilmu pukau untuk tujuan keburukan seperti merompak, mencuri dan sebagainya.

Waalahu a’lam.

Peniaga dipukau lelaki berkopiah



RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu. (Kejadian lama)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 05:38 PM | Show all posts
tima kasih tt.

kadang2 ada gak mengunakan teknik tak melibatkan sihir
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 07:27 PM | Show all posts
Edited by cmf_Kimmy at 13-4-2015 07:28 PM

Kelebihan ayat ni bukan sekadar mengelakkan kena pukau, tapi juga bermacam2, saperti mengelak dari terkena santau. Sekiranya singgah makan dimana2, sebelum makan bacalah ayat ni.  Hendak keluar rumah pun elok dibaca ayat ni. Untuk keselematan diri pun elok dibaca ayat ni.  Dalam mathurat pun ada dibaca ayat ni. Amalkan membacanya selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 09:24 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 13-4-2015 07:27 PM
Kelebihan ayat ni bukan sekadar mengelakkan kena pukau, tapi juga bermacam2, saperti mengelak dari t ...

ya betul tu..ayat yang baik untuk diamalkan
selalu baca sebelum makan kat luar (di restoran/kedai). Elakkan dari terkena sihir atau santau
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 09:31 AM | Show all posts
thank u sharing
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 02:19 PM | Show all posts
Jangan bergantung pada ayat, ayat tak de kuasa apapun



tapi.....



Ayat ayat cinta mampu melunturkan keegoan seorang insan lelaki atau perempuan..... hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2015 08:35 AM | Show all posts
sambil baca ayat2 suci ALLAH ni...dlm hati kena ade niat dan yakin yg ALLAH akan membantu..bukan setakat baca di angin lalu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 12:08 PM | Show all posts
ayat bismillah hillazi tu dari ayat quran ke? sebab dulu aku pernah hafal tapi aku dah lupa..

ayat berapa surah berapa eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 02:06 PM | Show all posts
elle_april replied at 18-4-2015 12:08 PM
ayat bismillah hillazi tu dari ayat quran ke? sebab dulu aku pernah hafal tapi aku dah lupa..

aya ...

doa ni adalah yang diajar olih Rasulullah kepada umatnya,jika dibaca tiga kali waktu pagi dan tiga kali waktu petang, maka akan terhindarlah kepada yang membacanya dari segala kemudaratan disepannjang hari tersebut ( Hadis dari riwayat Abu Daud, Nasai dan Tirmidzi).  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073477 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list