CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2967|Reply: 0

Expose Untuk Chrome Membolehkan Anda Melihat Pelbagai Gambar Awam di Facebook

[Copy link]
Post time 14-4-2015 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Expose Untuk Chrome Membolehkan Anda Melihat Pelbagai Gambar Awam Anda Atau Rakan Lain Di Facebook
Facebook telah mengubah algoritma laman sosial mereka beberapa kali, dan seperti semua sedia maklum, melalui kemaskini untuk enjin carian mereka beberapa bulan yang lepas yang memudahkan pengguna untuk membuat pelbagai perkongsian umum pada laman sosial berkenaan.

Untuk tujuan carian pada Facebook, pengguna perlu menggunakan kata carian khusus – sebagai contoh untuk carian gambar, anda perlu gunakan kata kunci “Photos of xx”, dan ia akan memaparkan pelbagai gambar yang di tag secara umum untuk sesuatu orang.


Expose untuk Chrome ini mnawarkan fungsi yang sama, tetapi lebih memudahkan proses carian gambar yang di tag umum. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun Expose daripada Chrome Web Store dan memasangnya pada pelayar web Chrome anda.

Selepas selesai memasang, anda boleh membuka sebarang profil – termasuk profil anda sendiri, dan klik pada butang Expose yang terletak bersebelahan dengan bar URL.

Dengan klik padanya, ia akan membuka sebuah tab baru dan memaparkan pelbagai gambar yang di tag umum. Anda seterusnya boleh memantau pelbagai gambar yang anda ingin kekalkan tagnya, ataupun memilih untuk membuang tag tersebut dan tidak kaitkan ia dengan akaun profil Facebook anda. Anda juga turut boleh menggunakan fungsi ini untuk melihat pelbagai gambar umum anda, dan mungkin meminta rakan-rakan anda yang memuat-naiknya untuk membuang gambar tersebut jika tidak disukai oleh anda.

Expose ini juga turut memudahkan anda untuk membuat semakan semasa gambar-gambar anda yang dipaparkan kepada umum – apatah lagi berkemungkinan rakan anda tidak membuat tetapan privasi yang sama seperti anda.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Chrome, anda boleh mencuba sendiri pemalam Expose ini dengan memasangnya melalui Chrome Web Store hari ini.
Muat-Turun Expose untuk Chrome

kredit:www.amanz.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068692 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list