View: 3112|Reply: 38
|
[Tempatan]
3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia dimaslankan Kerajaan
[Copy link]
|
|
Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN.
BY STAFF BERITA SEMASA ON
Peringatan Ahmad Maslan : 3 Bulan Daripada Setahun Hidup Anda di Malaysia Ditaja Kerajaan BN. Respon Rakyat Malaysia? : Setahun, kita ada 12 bulan dan 365 hari. Sepanjang kita hidup di Malaysia sebenarnya telah ditaja oleh kerajaan Malaysia. Ya….Inilah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut selaku Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan di mana tampil memperbetulkan… beberapa fakta yang diambil ringan oleh rakyat Malaysia.
Terkini, Ahmad Maslan ingin mendedahkan hasil kajian, pandangan & pengamatannya kepada anda semua, yang selama mana anda bergelar rakyat Malaysia mungkin ramai yang tidak sedar, hanya menteri yang bernama Ahmad Maslan sahaja yang sedar mengenai perkara dan pengiraan seperti ini.
Apabila selama ini anda sebenarnya berdasarkan pengamatan & kajian Ahmad Maslan, rakyat Malaysia terlalu banyak terhutang budi dengan kerajaan Malaysia. Yang menariknya lagi, anda dikatakan hanya perlu mencari rezeki untuk tempoh 9 bulan sahaja bagi menampung kehidupan anda selama setahun kerana……selebihnya telah ditanggung, ditaja dan disubsidi oleh Barisan Nasional tanpa anda sedari.
Ya, di sinilah Ahmad Maslan ingin menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada anda, anda, tuan, puan di sini sehingga mengeluarkan kenyataan seperti di atas tadi?
Senarai Jasa Kerajaan Malaysia BN Kepada Anda Rakyat Malaysia
- Anak-anak ke sekolah dapat RM100‎ bantuan persekolahan
- Kalau rajin ‘kerja malam’ 10 anak, RM1,000 dapat
- Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat
- Subsidi minyak masak 1kg RM1.50
- Subsidi tepung 1kg RM1.00
- Subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi Subsidi
- Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi
- Pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian
- Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000
- RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN
Jumlah Bantuan & Tajaan Kerajaan BN kepada Anda Semua?
Jadi kira punya kira, tolak tambah apa semua segala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, berdasarkan pengiraan Ahmad Maslan kehidupan anda selama 3 bulan pada tahun 2014 ini sudah pun ditaja & dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional. Anda hanya perlu mencari rezeki 9 bulan sahaja lagi dalam tempoh setahun.
Ahmad Maslan mahu anda semua berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun 2014 ini sehingga telah memudahkan kehidupan rakyat seperti anda, anda di sini terutama yang memiliki tanggungan keluarga yang besar. Benarkah kehiduapan anda selama ini “seindah” & semudah yang diungkapkan oleh Ahmad Maslan? Realiti?
http://www.beritasemasa.com.my/ahmad-maslan-3-bulan-malaysia-ditaja-kerajaan-bn
bercukurlah korang semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak kene isi borng cuti tanpa gaji 3 bulan cmni |
|
|
|
|
|
|
|
aikk..RON95 tu ade subsidi lagi ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
TT dh sangap pada kang maslan |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih la BN menaja hidup kami 3 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
barbie guling dekat hutan lagi berguna drpd pak maselan ni |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan dapat dari mana duit hat kunun "taja" rakyat tuh?
dari langit?
dasar maslan betui |
|
|
|
|
|
|
|
udara ko nafas tu pun pemberian BN
|
|
|
|
|
|
|
|
dah knape???RON95 dgn RON97 da lama subsidi dihapuskan...kan skrg pakai formula apungan harga minyak mentah dunia..maslan mabuk ketum |
|
|
|
|
|
|
|
dah dah la maslan...stop bagi statement bodo...serius, org ckp kalau tak pandai diam..jgn pamerkan kebodohan..mental la dgn statement2 menteri ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bawa dia pergi tampin dan permatang pauh |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal...masuk angin betui la si badut nie |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x mampu jadik garam,jangan jadik langau...nie la antara langau dalam BN yg perlu di sembur ridset
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dah kenapa otaknya?? makin menjadi2 pulak akhir2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
majoriti mental la dgn statement dia ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Maslan dimana2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan taja rakyat 3 bulan...rakyat taja kerajaan 12 bulan! |
|
|
|
|
|
|
| |
|