CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1276|Reply: 2

Jangan tertipu dengan PAS. Hudud hanya bagi menutup kelemahannya di Kelantan!

[Copy link]
Post time 17-4-2015 07:09 AM | Show all posts |Read mode






SUARA LANTANG: Parti Islam Se-Malaysia atau PAS merupakan parti Melayu kedua yang tertubuh pada 1951.

Ia dimulakan kelompok agama di dalam Umno yang meninggalkan parti bagi menubuhkan parti berasaskan agama. Mereka kecewa kerana Umno didakwa bersifar sekular.

Walaupun berasaskan Islam, ia tidak pernah menyuarakan hasrat menubuhkan Negara Islam. Di dalam memorandumnya kepada Suruhanjaya Reid, PAS menjelaskan bahawa negara baru yang bakal mendapatkan kemerdekaan itu perlu mengangkat kedaulatan Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perana Islam di dalam Negara.

Parti tersebut bagaimanapun tidak gembira dengan Perlembagaan baru Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam mesyuarat luar biasanya selepas pengumuman Perlembagaan, PAS berkata parti iti akan mengubah ciri Perlembagaan berdasarkan Al Quran dan As Sunah, apabila ia diberi peluang. Prinsip itu masih diamalkan.

Ini perlu difahami oleh parti-parti yang membentuk kerjasama dengan PAS. Ia mungkin mengubah taktik tetapi tidak objektifnya. Hanya kelompok yang percaya undang-undang Islam dan kanun jenayahnya mampu membawa kepada kehidupan yang lebih baik menyokong PAS. Mereka ini mempunyai pandangan palsu tentang kehidupan.
PAS tiada agenda ekonomi dan hanya menumpukan kepada kanun jenayah Islam bagi mentadbir negara. Skopnya amat kecil. Tiada usaha memahami gejala sosial dan mengapa ia terjadi. Hukuman semata-mata tidak akan merungkai semua masalah yang dihadapi masyarakat.

Semua negara yang menggunapakai Islam sebagai asas pentadbiran mereka telah gagal menunjukkan mereka mampu membasmi jenayah dan salahlaku. Bahkan rakyat meraka menyaksikan peningkatan gejala sosial.

Toleransi terhadap penganut ajaran lain sepertimana yang dinyatakan AL Quran tidak berlaku dan keganasan adalah sesuatu yang biasa terjadi kepada pengikut ajaran lain. Gereja dan rumah ibadat dibakar oleh penganut ajaran Islam.

Sikap sebegini semakin menular di Malaysia sekiranya trend semasa tentang Islamisasi berterusan. Undang-undang yang diamalkan di Kurun Ke-7 ketika Islam baru bermula digunakan bagi menghukum rakyat.

Undang-undang ini tidak lagi mencapai objektif yang dihajati.

Dunia telah berubah dari segi sosial dan ekonomi dan gaya hidup kita juga telah melalui perubahan drastik. Sikap berpegang kepada undang-undang dari Kurun Ke-7 akan menyebabkan kita mengundur ke belakang. Kita tidak akan dihormati dan menjadi seperti Pakistan.

Kita akan membunuh semua pemikiran intelek dan usaha insan kreatif kerana bimbang mereka akan bertentangan dengan ajaran agama. Semua aktiviti akan dikekang dan negara akan kembali ke Zaman Gelap.

Semua rakyat Malaysia perlu menentang usaha menubuhkan negara Islam di negara ini. Ini pelan berbahaya.

Terdapat keperluan bagi membaiki kualiti hidup rakyat dan hudud tidak akan mampu melakukannya. Ianya hanya usaha mustahil dengan menakut-nakutkan rakyat.

PAS telah menipu gabungan pembangkang sehingga percaya mereka telah mengubah matlamat walaupun sebenarnya tidak.

Mereka yang mengundi PAS perlu sedar apa yang telah mereka lakukan di mana keharmonian telah dimusnahkan. Begitu juga perpaduan dan kemakmuran rakyat dan negara.

PAS sebenarnya bankrap politik. Ia cuba menyembunyikan kegagalan membawa kehidupan yang lebih baik buat rakyat Kelantan. Ini cuba dilakukan melalui enakmen hudud.

Ahmad Mustapha Hassan merupakan bekas setiausaha akhbar Tun Abdul Razak Hussein dan telah menghasilkan buku, "The Unmaking of Malaysia”.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2015 08:25 AM | Show all posts
berat nauu nak hadam...tapi betul jgk ape yg dia cakap ni...yang ni la..

PAS tiada agenda ekonomi dan hanya menumpukan kepada kanun jenayah Islam bagi mentadbir negara. Skopnya amat kecil. Tiada usaha memahami gejala sosial dan mengapa ia terjadi. Hukuman semata-mata tidak akan merungkai semua masalah yang dihadapi masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:29 AM | Show all posts
subhanallah........hudud tu hukum Allah, disampaikn melalui Al-Quran.....
hati2 buat komen....boleh melibatkn akidah ni............

sekadar berkongsi pendapat........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060385 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list