CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6241|Reply: 86

[Tempatan] Bijan & Kak Mah Saman Rapiji

[Copy link]
Post time 17-4-2015 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Kita tengok sapow yg kenaaaaaaaaaaa tambah supply popcorn uols.....

Perdana menteri dan isteri saman Rafizi

3:50PM - 17 Apr 2015
http://www.malaysiakini.com/news/295585



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Najib dan Rosmah mendakwa Rafizi telah memfitnah mereka dengan menyatakan kenaikan harga bahan api akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian, dalam satu forum pada November tahun lepas.

Turut dinamakan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, yang dikatakan pemilik saluran Youtube Media Rakyat.

3:50PM - 17 Apr 2015
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2015 04:41 PM | Show all posts
Rafizi teruja jumpa Najib, Rosmah di mahkamah

4:22PM - 17 Apr 2015
http://www.malaysiakini.com/news/295589



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli teruja untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mahkamah.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian dalam reaksinya terhadap saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah terhadapnya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata ia akan menjadi "perbicaraan abad ini" kerana ia adalah saman pertama yang melibatkan Rosmah.

Rafizi berkata, peguamnya akan lebih teruja kerana mereka akan dapat menyoal balas Rosmah sebagaimana mereka mereka lakukan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 04:46 PM | Show all posts
Rafizi: 'Saya tak takut Najib saman saya'

FATHIN ATHIRAH HASLI
17 April 2015
http://www.sinarharian.com.my/se ... saman-saya-1.380629



SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui 'teruja' untuk mempertahankan kenyataannya berhubung saman yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Jelas Rafizi, beliau dan barisan peguamnya sudah menjangkakan tuntutan tersebut akan dibawa ke mahkamah.

“Saya teruja untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah. Semasa saya mendapat surat tuntutan dalam bulan Disember lepas, saya ada membincangkan kemungkinan saman ini dibawa ke mahkamah.

"Peguam-peguam saya turut teruja untuk menyoal balas Najib dan Rosmah di mahkamah nanti, seperti mana seluruh rakyat Malaysia ternanti-nantikan saat itu.

Najib dan isterinya memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pandan itu dan pemilik portal online 'Mediarakyat.net' berhubung video ucapan penghapusan subsidi minyak dalam satu forum pada 22 November, tahun lalu.

Najib dan Rosmah masing-masing selaku plaintif pertama dan kedua atas kapasiti peribadi memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib, Rosmah fail saman terhadap Rafizi]

Mereka menamakan Rafizi dan pemilik portal Media Rakyat, Chan Chee Kong sebagai defendan pertama dan kedua.

Rafizi dalam pada itu menyifatkan tuntutan saman tersebut sebagai satu cara untuk menakutkan pemimpin PR.

“Saya percaya ini sebahagian dari usaha untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat dari terus bersuara mengenai isu-isu rakyat.

“Saya akan terus bersuara dan tidak akan takut dengan tindakan-tindakan mahkamah seperti ini,” tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:47 PM | Show all posts
Marahkan Tun...pi saman Rafizi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:48 PM | Show all posts
mcm giant cite doraemon plak aku tgk rafizi nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:52 PM | Show all posts
Ingatkan saman pasal 1MDB
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2015 04:55 PM | Show all posts
Saya baru mendapat tahu bahawa satu satu telah difailkan terhadap saya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan dengan satu kenyataan saya. Saya belum mendapat apa-apa dokumen atau pengesahan mengenai saman tersebut, namun saya yakin ia lanjutan dari satu surat tuntutan (demand letter) yang dihantar kepada saya pada 4 Disember 2014 yang lepas.

(Saya sertakan surat tuntutan dan jawapan dari peguam saya).

Saya teruja untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah. Semasa saya mendapat surat tuntutan dalam bulan Disember lepas, saya ada membincangkan kemungkinan saman ini dibawa ke mahkamah. Peguam-peguam saya turut teruja untuk menyoalbalas (cross examine) Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah di mahkamah nanti, seperti mana seluruh rakyat Malaysia ternanti-nantikan saat itu.

Saya percaya ini sebahagian dari usaha untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat dari terus bersuara mengenai isu-isu rakyat. Saya akan terus bersuara dan tidak akan takut dengan tindakan-tindakan mahkamah seperti ini.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG

AHLI PARLIMEN PANDAN
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:56 PM | Show all posts
kalu pasai cincin...."Saya menurut perintah"...dah cakap.......

SPRM: Cincin Rosmah Mansor Bersih Dari Rasuah
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=869169&fromuid=1692638
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2015 04:56 PM | Show all posts
Najib dan Rosmah saman Rafizi kerana memfitnah

Published: 17 April 2015 3:59 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... zi-kerana-memfitnah

Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak. Saman tersebut difailkan semalam (16 April) menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan ia diserahkan kepada Rafizi dan Chan hari ini. Menerusi writ saman, Najib dan Rosmah menamakan Rafizi sebagai defendan pertama manakala Chan, defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa Rafizi memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014. Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Rafizi dirakam 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'. Mereka juga mendakwa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Mereka berkata, rakaman tersebut ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti Facebook milik Rafizi dan 162,118 lagi dalam Facebook Chan. Najib dan Rosmah berkata Mohd Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebut olehnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca orang ramai dan Rafizi bertanggungjawab dalam memfitnah mereka.

Menurut mereka lagi Chan gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya. "Defendan-defendan mempunyai pengetahuan dengan penerbitan semula perkataan fitnah tersebut akan menyebabkan kerosakan yang teruk dan meninggalkan kesan terhadap reputasi kedua-dua plaintif," kata mereka menerusi penyata tuntutan itu. Najib dan Rosmah menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah. Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5% setahun daripada tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.

Turut dituntut ialah satu arahan injunksi untuk menghalang Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah terhadap plaintif dan perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah. Najib dan Rosmah juga menuntut satu perintah supaya Chan mengeluarkan rakaman tersebut daripada laman YouTube Media Rakyat, laman web Media Rakyat dan facebook Media Rakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman. Sementara itu, Rafizi dalam kenyataannya petang ini berkata ada menerima penyata tuntutan saman berkenaan. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa kata tok jib n nek rossy muka tebal n x trkesan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 04:58 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 17-4-2015 05:01 PM
Dzeko replied at 17-4-2015 04:52 PM
Ingatkan saman pasal 1MDB

Tu la yg paling ditunggu2 uols......

Harap lepas nih bijan keluarkan lebih sket tulur untuk saman rapiji pasal 1MDB.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mau ke najib dan rosmah jejak kaki ke mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 17-4-2015 04:48 PM
mcm giant cite doraemon plak aku tgk rafizi nih

kahkahkah tergelak aku mngekek2 hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:08 PM | Show all posts
Kak Mah ada perasaan jugak rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:13 PM | Show all posts
Waaaaaaa.  Najib boleh guna duit menang saman ni bila dah jadi marhaen tak lama lagi.   
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:21 PM | Show all posts
dengan kak ijat dah ada keputusan ker
sape menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2015 05:23 PM | Show all posts
tak penah aku jumpa org teruja bila kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:52 PM | Show all posts


harap saman sampai bangkrap......

cam LKY kat singaporn.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:53 PM | Show all posts
jika abam najib & kak mah tarik balik saman, adakah rapiji sudah jadik agen UMNO?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 05:55 PM | Show all posts
saman aja kaki2 fitnah ni...

baik yang buat fitnah...maupun penyebar fitnah.

kasi muflis terus.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.080157 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list