CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4287|Reply: 55

[Tempatan] Ranking FIFA jatuh, pihak sekolah pulak disalahkan

[Copy link]
Post time 17-4-2015 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan bola sepak negeri melihat kejatuhan berterusan kedudukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa berpunca daripada kegagalan bakat muda diasah daripada kecil.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur Nokman Mustafa (bawah) berkata pelajar daripada di sekolah rendah lagi patut didedahkan kepada corak corak permainan dan kaedah teknikal betul sejak awal.

“Soal rangking ini susah nak cakap, susah juga nak dapat pemain yang baik pada waktu ini kerana kita mesti ajar mereka dari kecil. Masa darjah satu atau sebelum masuk sekolah lagi.

“Bila kanak-kanak sudah tahu mengenai bola sepak, dari situ kita ajar mereka cara teknikal kerana kanak-kanak ini suka main bola…

“Tapi mereka tidak tahu cara bermain dengan betul susahlah,” katanya kepada Malaysiakini selepas merasmikan Kelab Bola Sepak Jaringan Melayu Malaysia (JMM FC).

Katanya lagi, apabila kanak-kanak tersebut tidak diasah dengan betul, pasukan kebangsaan tiada pelapis di peringkat akar umbi.

Rangking bola sepak skuad kebangsaan kini jatuh di kedudukan 164 sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Nokman juga berkata kecenderungan ibu bapa yang melihat karier sebagai pemain bola sepak sebagai “kotor dan lasak” juga menyumbang ke arah kejatuhan ranking negara.

“Persekitaran kita lain, tak suka keadaan kotor, lebih baik main badminton atau squash dari bola sepak (kerana) bola sepak main di padang, lasak, baju kotor,seluar kotor. Jadi persepsi kena tukar,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
This is what our politicians do best, blaming others but never themselves.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 10:58 PM | Show all posts
peringkat sekolah... pilih player pon berdasarkan favoritism

Nokman juga berkata kecenderungan ibu bapa yang melihat karier sebagai pemain bola sepak sebagai “kotor dan lasak” juga menyumbang ke arah kejatuhan ranking negara.

iya2 jah  alasan... ada lg ke parents mentaliti zaman batu sebegini...
ai yg pompuan ni pon pernah gak main soccer masa sekolah, parents galakkan lagi. tp alasan parents kengkawan ai lg lucu, pompuan takbleh main bola... nanti tetek pecah. boleeyy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:01 PM | Show all posts
maslan punye alasan....

apa guna segala sekolah sukan mak nenek yg ada skrg nih....

FAM B.A.N.G.S.A.T....!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2015 11:04 PM | Show all posts
sebab tu ada cadangan mana2 persatuan sukan jangan letak kerabat diraja
kalau tegur lebih2 boleh dicharge menghina
so telan je la mutu sukan negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:07 PM | Show all posts
bugima btol FAM ni...  sendiri cakap & sendiri tau itu masaalahnya ko buatlah program pembangunan kat sekolah rendah... supplykanlah coach bertauliah asah budak2 kecik ni... kalau tak mampu dak supply semua sekolah, pilihlah selected school dalam tiap2 daerah... so budak2 terrer bola daerah tu senang skit parents hanto... takkan nak harap sekolah sukan bukit jalil satu je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2015 11:10 PM | Show all posts
alasan terbaik......
rangking bola jatuh....cari salah org lain yg takder kena mengena.....
dah sendiri bonggok.....tak nak mengaku.....
makin bonggok org2 yg ada jawatan tinggi nih aku tgk.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan sukan dimesia...bubar FAM,  BAM, KOAM, PSM dan sebagainya..


Sudah sudah laa berterusan permainkan hati dan perasaan rakyat..bajet utk sukan, salurkan ke tempat lain yg lebih kritikal..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriusly, apa sukan yang negara kita harus berbangga?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:22 PM | Show all posts
Aduhai alasan dah kebanyakanya lebih titik beratkan peperiksaan tampa seimbangkan dengan sukan mana nak maju.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:33 PM | Show all posts
“Soal rangking ini susah nak cakap, susah juga nak dapat pemain yang baik pada waktu ini kerana kita mesti ajar mereka dari kecil. Masa darjah satu atau sebelum masuk sekolah lagi.
Nokman juga berkata kecenderungan ibu bapa yang melihat karier sebagai pemain bola sepak sebagai “kotor dan lasak” juga menyumbang ke arah kejatuhan ranking negara.

“Persekitaran kita lain, tak suka keadaan kotor, lebih baik main badminton atau squash dari bola sepak (kerana) bola sepak main di padang, lasak, baju kotor,seluar kotor. Jadi persepsi kena tukar,” katanya.

last sekali mak bapak juga yang kena.. suka hati la budak-budak tu nak main apa..
yang minat main bola tu, korang asah la bakat dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 dah terjangkit dgn ahmad maslan ke apa..

Asal boleh je beri kenyataan..
Segala mcm program bola kat tv tu apa..planet bola, mencari ramli..lgi 1 yg famous tu aku lupa apa nama rancangan nya
Berapa ramai kanak2 yg datang , enghadirkan diri dari seluruh negeri, semata2 nak jadi sebahagian dari team program tersebut...tapi berapa orang je yg terpilih pun.
Kenapa tak serapkan aja budak2 ni sebagai pelapis..biasa nya lepas abis program..budak2 ni akan kembali ke kehidupan asal derang..sepatutnya jadi tjawab kementerian la utk melatih budak2 yg berbakat ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 12:17 AM | Show all posts

Nokman juga berkata kecenderungan ibu bapa yang melihat karier sebagai pemain bola sepak sebagai “kotor dan lasak” juga menyumbang ke arah kejatuhan ranking negara.


Agak2 laa nak tunjuk kebodohan pun......mungkin dari satu sudut pandangan mak pak terhadap sukan bola sepak menjadi antara faktor negatif tp xkan laa dipandang "kotor dan lasak" plak....yg sebenarnya mak pak reluctant nak bagi anak2 bergiat secara serius dlm lapangan sukan bola sepak seusia muda kerana faktor anggapan pemain bola sepak tiada masa depan yg terjamin jadi anak2 akan didorong untuk lebih menumpukan bidang akademi.......mana ada anggapan sukan nbola sepak tu "sukan kotor dan lasak" kejadahan apa laa kotor kalo setakat kotor lumpur jer pun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 12:50 AM | Show all posts
bodohnya nukman ni.... gaji coach berpuluh ribu pun tak mampu nk bentuk pasukan first class..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 12:50 AM | Show all posts
Madel replied at 17-4-2015 11:36 PM
Masing2 dah terjangkit dgn ahmad maslan ke apa..

Asal boleh je beri kenyataan..

Kan? Di Mesia ni asalkan ko ada mulut, boleh jadi menteri dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 05:30 AM | Show all posts
kalu bahagian "blame game"...ranking tangga atas kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 06:30 AM | Show all posts
Nape x salahkan ibu yang mengandung je terus sebab mase pregnant x tgk bola
Adui, ape jenis alasan ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 08:51 AM | Show all posts
Terima la hakikat, org malaysia main bola utk rekreasi... berapa banyak je sekolah ada padang sendiri.
Berapa kerat je guru2 mampu utk menjadi jurulatih dan mengajar aspek2 teknikal bola sepak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 09:52 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 17-4-2015 11:21 PM
Seriusly, apa sukan yang negara kita harus berbangga?

galah panjang, susun tin, rounders, bola cop, ting-ting, polis sentri, sorok-sorok, candy crush, satu labah-labah cuba panjat perigi bersama puan botak , COC< DOTA2, etc
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 09:57 AM | Show all posts

Kalo Dah DNA Tu Katek Masing2 Mana Nak Masok World Cup

Edited by tumpanglalu74 at 18-4-2015 09:58 AM

Sori to say, ramai sesangat pemain Mesia yang kaki pendek.  Harapkan merempit je buat aksi depan coach langsung dikasihani.

Pada aku, sekali pandang pon pemain tempatan kita ni takleh diterime dunia bola sepak antarabangse.

Sori to say again.  And Again.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.792772 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list