CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5258|Reply: 52

[Tempatan] SPNB: Kediaman konsep SOHO, studio paling banyak permintaan

[Copy link]
Post time 18-4-2015 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ketika ini harga jualan rumah di pasaran sukar untuk diandaikan memandangkan setiap tahun ia akan meningkat seperti tiada petanda harga aset penting itu akan menurun.

Namun, isu harga sudah dilihat tepu untuk dibincangkan memandangkan banyak faktor yang mendorong peningkatannya dan sering didengar adalah kenaikan kos bahan mentah, tanah atau kedudukan lokasinya.

Dalam masa sama, jika diperhatikan harga jualan rumah ketika ini seperti tidak padan dengan keluasan lantai ditawarkan oleh pemaju. Manakan tidak, ada antara rumah yang dijual di bawah RM500,000 dengan tawaran keluasan lantai di bawah 900 kaki persegi.

Adakah pada masa depan, harga kediaman yang ditawarkan semakin meningkat dan ruang untuk didiami semakin mengecil seperti bilik hotel?

Mengulas perkara ini, Presiden Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, ketika ini harga bagi kediaman tertakluk kepada pasaran iaitu pemaju dan keluasan rumah ditawarkan juga tiada penetapan yang khusus oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, bagi SPNB, rumah apartmen yang ditawarkan kepada pembeli dengan keluasan lantai antara 850 dan 900 kaki persegi dijual pada harga antara RM80,000 dan RM250,000 seunit bergantung kepada lokasi.

“Untuk mengawal keluasan rumah yang padan dengan nilai jualannya adalah amat sukar untuk dilakukan memandangkan banyak faktor mendorong peningkatan harga rumah terutama membabitkan nilai tanah itu sendiri.

“Tambahan, jika dilihat ketika ini kediaman yang kecil seperti studio, pejabat kecil rumah pejabat (SOHO) atau pejabat kecil dan serba guna (SoVo) semakin mendapat permintaan dalam kalangan pembeli itu sendiri kerana ia mencerminkan gaya hidup masa kini,” katanya.

Dr Kamarul berkata, pemilihan kediaman yang bersifat kecil dan mahal dalam kalangan golongan tertentu dilihat semakin menjadi trend terutama golongan muda.

“Jangan jadikan ia sebagai satu trend yang boleh menggalakkan lambakan rumah kecil dengan harga mahal kerana untuk individu bujang mungkin sesuai, tetapi bagaimana dengan golongan berkeluarga kerana ia tentu akan membebankan mereka.

“Tambahan, permintaan kediaman semakin tinggi juga menjadi sebab pembeli tiada pilihan untuk memiliki rumah bersaiz sesuai dengan kehidupan mereka,” katanya sambil menambah harga kediaman studio boleh menjadi asas kepada peningkatan harga kediaman dalam segmen lain dalam bangunan yang sama.

Beliau berkata, rumah seperti SOHO atau SoVo sebenarnya tidak sesuai untuk ditempatkan di kawasan kediaman kerana ia mempunyai konsep perniagaan yang mungkin boleh mengganggu privasi penghuni lain,” katanya.

Selain itu, peningkatan tawaran rumah studio juga akan meningkatkan peluang pelaburan kepada pelabur yang membeli bukan untuk mendiami aset berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 11:38 PM | Show all posts
soho kat area damansara ni pun dah 400K above.. saiz kecik, bilik pun takde, cuma katil, wardrobe n toilet kat loteng, kalau mak bapak datang bertandang tak tahu nak letak mana ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ce tgk kt redha bpe org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke rumah cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 12:05 AM | Show all posts
rumah forever alone ka
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Single atau kapel baru kawin bolehla.. Kalau dah ada anak dh x sesuai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2015 12:52 AM | Show all posts
wa bukan apa

lu buat la konsep sogo sekali pun

harga ttp mahal

dan bumiputera cam wa mmg tk mampu nk mimpi beli
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik dan mahal.... tak paham kenapa org suka beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 01:53 AM | Show all posts
shuk_one replied at 19-4-2015 12:58 AM
Kecik dan mahal.... tak paham kenapa org suka beli.

kawan aku beli sebijik SOHO kat equine park, harga around 700k....

dekat nak pitam aku dengar...  tngok floor plan rumah tu pun bukak pintu terus nmpak katil...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mia nyaris2 nk terbeli studio apartment neh..naseb bek xjadi..dah la xde bilik..mahe pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 19-4-2015 01:53 AM
kawan aku beli sebijik SOHO kat equine park, harga around 700k....

dekat nak pitam aku dengar.. ...

Sama lah.. boss kat office ada beli kat situ.. ada jugak dia dok kenen2 suh beli sama. katanya situ ada private school. So nak target penyewa dari situ katanya lah.

tapi kecik sgt lah.. nak bernafas pun semput. Padat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:14 AM | Show all posts

dulu member aku duk kondo seri kembangan. duk bawak balik beromen mcm2 perempuan (mostly student nurse kolej segi). duduk tempat mcm ni takde sapa kacau. jiran pun x peduli
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
SOho ke,sovo le,aku rsa konsep camni hanya sesuai tuk investor yg x ckup duit n berangan nak sewakan kepada expat.last2 kna lelong la,tbiar xde penyewa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:21 AM | Show all posts
SOHO studio etc ni kalau betul2 kat tgh bandar KL sesuai la sikit. Ini kat puchong jinjang lah bagai pon nak buat studio gak apa kejadahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:48 AM | Show all posts
chop chop chop perkejadah nama SOHO .. sini kokuseng panggil STUDIO jer .

Pemaju sekarang nak untung. Tanah sekangkang kera boleh bena 300 unit studio apartment yang mahal. Tak perlu buat unit utk orang susah spt mana di tahun 90 an. Wehhh berniaga mesti nak untung wehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
lavameriah replied at 19-4-2015 12:52 AM
wa bukan apa

lu buat la konsep sogo sekali pun

Wa bukan apa

Wa tgok meleis bumi byk undi penyangak

Beratur berjam2 amek brim

Pastu menangis xdpt.beli xdpt beli rumah sendiri

Wa gelak guling2 je tgok macai bimbo masih undi penyangak perampok perasuah

Kbaiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 10:47 AM | Show all posts
Rumah jenis SOHO ni aku buat rumah hinggap ketika
aku dating ke KL. Kira macam homestay untuk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:18 AM | Show all posts
Masalah dengan soho ni assessment tax mahal sebab dbkl ishtiharkan sebagai commercial property. Sekarang kastam pun bz body pasal gst.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:23 AM | Show all posts
mesmerize replied at 18-4-2015 11:38 PM
soho kat area damansara ni pun dah 400K above.. saiz kecik, bilik pun takde, cuma katil, wardrobe n  ...

kalau cyber ini hampir semua new development konsep soho/sovo jah.
jarang2 jah yg ada kondo.

entah laku ke tak bagi sewa nanti, sewa pun bukan murah, kalau ada yg sewa pun mesti student2 yg kaya jah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 12:22 PM | Show all posts
Buat kat kampung rumah sebuah konsep macam ni orang rasa pelik.. Konon layak dijadikan chalet saja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069962 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list