CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 19

[Tempatan] Pakar a'bangsa: Rasuah di M'sia terkawal

[Copy link]
Post time 19-4-2015 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pakar antarabangsa berpendapat masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui pelaburan yang terus meningkat.
   
Michael Hershman, pengasas bersama Transparency International (TI), sebuah badan bukan kerajaan yang memantau dan memberi publisiti tentang amalan rasuah dalam badan korporat serta politik antarabangsa, berkata pelaburan tidak akan berkembang di negara yang dikuasai rasuah.
   
"Rasuah menghalau pelaburan dari sesebuah negara. Tetapi, Malaysia mendapat pujian sebagai sebuah negara yang bersifat mesra dengan negara lain dalam menjalankan perniagaan," katanya dalam sesi temu bual di ibu negara.
   
Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tangga ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada 178 negara, dengan memperoleh 70.8 mata.
   
Menurut laporan itu, mata yang diperoleh Malaysia meningkat 1.2 sejak tahun lepas, dengan kadar penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan untuk berniaga dan kebebasan untuk berdagang, mengatasi kemerosotan dari segi kebebasan buruh dan pengurusan perbelanjaan kerajaan.

Sambil menegaskan bahawa tiada negara yang bebas sepenuhnya daripada rasuah, Hershman berkata masalah rasuah bukan berpunca daripada kerajaan semata-mata, dan oleh itu, rakyat perlu berhenti daripada menyalahkan kerajaan.
   
"Memang mudah untuk menyalahkan kerajaan, 'mereka selalu dianggap sebagai pihak yang jahat', tetapi rasuah tidak akan wujud jika manusia tidak terlibat dengannya. Oleh itu, daripada bertanya apakah yang patut kerajaan lakukan, eloklah kita bertanya diri sendiri, apakah yang boleh kita lakukan untuk memerangi rasuah.
   
"Masalahnya ialah berapa ramai yang bersedia berkata 'tidak' kepada rasuah," katanya ambil menjelaskan bahawa terdapat laporan bahawa orang ramai keberatan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang amalan rasuah.
   
Hershman bagaimanapun memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana menyediakan talian khas untuk orang ramai membuat laporan kerana langkah itu membuat mereka lebih yakin untuk tampil memberi maklumat.
   
Beliau mengesyorkan agar Malaysia mendidik rakyatnya sejak di peringkat sekolah rendah lagi tentang usaha memerangi rasuah untuk membebaskan negara ini daripada perbuatan keji itu.
   
"Anak-anak kita perlu dididik tentang perbezaan antara perkara betul dan salah kerana rasuah tidak boleh dihapuskan semata-mata dengan menjatuhi hukuman penjara, tetapi dengan mendidik masyarakat dan mencegah mereka daripada melakukannya," kata beliau.
   
-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 08:46 PM | Show all posts

Wa Muntah Guling2

Boley?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:50 PM | Show all posts
memang le terkawal......bukang sebarang oreng bulih terima......
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:53 PM | Show all posts
...

terkawal dlm istilah "terkawal kerahsiaannya".....  x ramai yg tau.....   u help m n i help u...


...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
'Syabas' Bijan no tulur dan menteri2 brainless nya.....boleh la buat modal untuk PRK....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EJALTI at 19-4-2015 09:17 PM

Bak kata sorang porumer tuh....
Seperti mengatakan pelacur masih lagik dara....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2015 08:57 PM | Show all posts
mendidik dari peringkat sekolah rendah..

so next 30yrs baru ade hasil..

maybe time tu malaysia dah kat ranking ke 178..

hahaha..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:58 PM | Show all posts

wa bukan apa
wa gelak guling2 sbb tengok lu muntah guling2

biar hukum agam agama terabai

asalkan rasuah terkawal

wa gelak guling2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 09:07 PM | Show all posts
rasuah tetap subur di M'sia, tapi tak seteruk isu illicit outflow M'sia yang berbillion-billion tiap tahun hasil tangan peniaga2 kaya yang tamak membawa lari keuntungan bebas cukai nya ke luar negeri. Yang kaya dan untung negara jiran kita di selatan tu lah, tax haven disneyland lah katakan. Hong Kong pun untung gak sebab species sama tempat melarikan duit free tax....

pelik tak ada yang nak bawa isu2 sepenting ini yang dah jadi isu global sampai terbawa-bawa dalam kempen election UK, macam lah wakil2 Labour tu tak main benda sama satu ketika dulu ketika berkuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
wa bukan apa

kira malaysia masih syumul la ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kefahaman saya tentang rasuah ni senang ja..


Sekiranya malaysia ini index rasuahnya begitu teruk sekali..itu bermaksud rakyatnya melakukan aktiviti rasuah ni begitu teruk sekali lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:22 PM | Show all posts
meaning??? teruskan rasuah hingga tak terkawal???
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:24 PM | Show all posts
aku nak tau negara no 1sampai 30 tu plis.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:38 PM | Show all posts
estrelle replied at 19-4-2015 09:17 PM
wa bukan apa

kira malaysia masih syumul la ni

wa bukan apa
.
bagi wa

yang penting melisia masih aman..kahkahkah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:43 PM | Show all posts
dcruins replied at 19-4-2015 09:07 PM
rasuah tetap subur di M'sia, tapi tak seteruk isu illicit outflow M'sia yang berbillion-billion tiap ...

Ye ke ? Peniaga tamak itu semua buat bisnes apa hingga untung BEBAS cukai berbilion bilion ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 09:47 PM | Show all posts
Betul kata Michael Hershman tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 09:52 PM | Show all posts
BotakChinPeng replied at 19-4-2015 09:43 PM
Ye ke ? Peniaga tamak itu semua buat bisnes apa hingga untung BEBAS cukai berbilion bilion ?:laugh ...

memang dah lama dah kegiatan ni, bayangkan dari tahun 2001 sampai 2010, kira2 US$285.24 billion (RM860 billion) keluar dari negara macam tu jer, ni lah dia illicit outflow, dari kegiatan melarikan cukai ke negara tax haven sejenis macam Singapore etc dan permainan akaun dan tax barang import/export yang lain yang merugikan kita secara teknikal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:31 PM | Show all posts
baldi please!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:50 PM | Show all posts
mehhhhh!! sinis aja akak tersenyum
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:41 AM | Show all posts
pendatang haram bnyk sgt di mesia..masuk dari sabah ke sini....makna tak berpaspot ke mereka..mcmane immigration nk detect klo tak msuk klia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.157306 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list