CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4560|Reply: 46

[Tempatan] Dakwa dibelasah 15 senior sekolah agama

[Copy link]
Post time 19-4-2015 10:55 PM | Show all posts |Read mode

GURUN: Akibat mengambil wang yang dijumpainya di kantin sekolah, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah maahad tahfiz di Pokok Tai, Pendang, Kedah dipukul hingga lebam seluruh badan oleh sekumpulan pelajar senior.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ammar berkata kejadian berlaku dua hari lalu selepas dia mengambil duit sebanyak RM60 di dalam dompet yang dijumpainya di kantin sekolah selepas selesai bermain bola kira-kira jam 6 petang.

Namun, mangsa tidak sempat memberikan wang tersebut kepada pihak sekolah dan bercadang melakukannya keesokan hari.

Bagaimanapun, pada malam tersebut, mangsa yang tidur di asrama didatangi sekumpulan 15 pelajar tingkatan empat dan lima kira-kira jam 12 malam dan bertanyakan tentang wang tersebut.

Mangsa mengaku ada menemui dan mengambil dompet serta wang tersebut namun belum sempat mengembalikannya.

Ekoran itu, mangsa terus ditampar di muka dan ditendang di bahagian dada sehingga tersungkur.

Tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul, dibakar rambut dan dibotakkan kepala selain dipijak oleh pelajar senior itu sehingga hampir sejam.

Walaupun merayu agar tidak diperlakukan demikian, pelajar senior itu tetap meneruskan memukulnya di seluruh badan termasuk dengan menggunakan tuala.

Pelajar-pelajar lain yang berada di bilik itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat mangsa dipukul.

Mangsa juga diberi amaran agar tidak memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa sebelum kumpulan itu beredar.

Akibat kejadian itu, Ammar mengalami lebam di seluruh badan termasuk di bahagian belakang, paha dan mata selain sakit pada bahagian dada dan belakang.

Menurut Ammar, kejadian itu hanya disedari oleh bapanya yang melihat perubahan pada anaknya yang kemudian berkunjung di maahad tersebut.

Namun seorang guru telah memaklumkan bahawa anaknya itu dibuli oleh sekumpulan pelajar senior sehingga mengalami kecederaan di bahagian badan.

Ammar kemudian dibawa ke Hospital Yan untuk pemeriksaan sebelum bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Pendang.

Ammar bertekad tidak mahu lagi bersekolah di situ dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

“Bahagian tulang belakang dengan paha macam nak sembahyang pun kena duduk atas kerusi, tidur baring pun sakit di bahagian dada.

“Dia tendang bahagian dada, lepas tu dia ketuk kepala dengan telefon bimbit. Waktu kejadian, lebam tu besar juga di sini,” kata Ammar.

Menurut bapa saudara mangsa, Zahari Haris, beliau tidak menyangka kes buli masih berlaku dan terjadi pula kepada anak saudaranya.

Beliau kecewa kerana sepatutnya kes seperti ini tidak terjadi di sekolah agama yang mengajar tentang akhlak Islam.

Menurutnya, pelajar senior terbabit tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana tindakan itu boleh mengancam nyawa dan menyebabkan berlaku kecacatan pada anggota badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 11:00 PM | Show all posts
belasah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape lg... Dakwa si pembuli tu..
Melainkan ko pi mencuri duit org
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Brutal nyer abg2 senior..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:18 PM | Show all posts
makin banyak pulak news keganasan budak2 sekolah agama ni.

pelik ler pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:19 PM | Show all posts
ini sekolah agama ke sekolah gangster namanya jea sekolah agama tetapi murid semua kaki pukul nnti guru pulak kena belasah dgn murid ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2015 11:32 PM | Show all posts
esok hari? jumpa duit terus serah lah. kalau esok lusa minggu depan, orang lain udah anggap lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:43 PM | Show all posts
dah selalu kes duit hilang dalam asrama la tu...

last2 dapat tangkap...bedal la.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 11:46 PM | Show all posts
suda ada bunga bunga terrorist lah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mak bapak x leh kawal anak, antar skolah agama.. jdk la samseng.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:53 PM | Show all posts
kalau asrama tu ada hudud, benda camni takkan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:59 PM | Show all posts
alaa..ini seme tipikal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:15 AM | Show all posts
Kenapa dia ambil duit dalam wallet yang dijumpai
And nak serahkan kat sekolah
Nape x amik wallet n serahkan kat sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mangsa pun menimbulkan syak wasangka org.
serahkan la pada warden. sesuatu sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
80% dari pembuli adalah anak yg tidak cukup kasih sayang...regardless..pameli nya org kaya atau meskin...

yg lagi 20%..saje nak try..suka-suka...suka suka abah lu...  :
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:24 AM | Show all posts
ellejo replied at 20-4-2015 12:20 AM
mangsa pun menimbulkan syak wasangka org.
serahkan la pada warden. sesuatu sgt.

sebab mangsa taw nanti ada musuh2 islam support dia baik punya...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 12:25 AM | Show all posts
mashallah, ini semua salah yahudi lahanat untuk memusnahkan orang islam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:35 AM | Show all posts
lavasunrise replied at 20-4-2015 12:24 AM
sebab mangsa taw nanti ada musuh2 islam support dia baik punya...

mashallah, anna baca di thread sebelah kamu telah memotong kerendut kamu sendiri. kenapa kamu sanggup memotong kerendut sendiri adakah disebabkan masalah mental yang didera oleh ayah kamu sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:36 AM | Show all posts
ceklifxsniper replied at 20-4-2015 12:35 AM
mashallah, anna baca di thread sebelah kamu telah memotong kerendut kamu sendiri. kenapa kamu sang ...

ramainya bahlol cam lu ni...

semakin hari semakin membiak tanpa nikah....




Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:40 AM | Show all posts
lavasunrise replied at 20-4-2015 12:36 AM
ramainya bahlol cam lu ni...

semakin hari semakin membiak tanpa nikah....

mashallah, orang islam mana ada yang bahalol. kamu telah berdosa kerana memfitnah ahli syurga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.174413 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list