CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5036|Reply: 33

[Tempatan] Ministry of Fish Head Curry (MOF) di Glomac Damansara

[Copy link]
Post time 20-4-2015 12:06 AM | Show all posts |Read mode


KARI kepala ikan bukan lagi hidangan khusus untuk golongan mamak atau keturunan India Muslim. Sebaliknya, sajian itu sudah lama menjadi kegemaran kaum lain seperti Melayu dan Cina, malah kari kepala ikan dianggap sebagai salah satu hidangan mewah dan harga mencecah puluhan ringgit.

Kebanyakan restoran kari kepala ikan yang dimiliki oleh golongan mamak memasak mengikut resipi India.

Bagaimanapun jika anda teringin menikmati kari kepala ikan versi Pakistan, apa kata singgah di Ministry of Fish Head Curry (MOF) yang terletak di Glomac Damansara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

Di sini, anda dapat memuaskan selera dengan keistimewaan kari kepala ikan Pakistan dalam suasana yang begitu tenang dan damai. Tiada kebisingan, hiasan dalaman yang menarik, serta layanan mesra.

Bertemu dengan pemilik MOF, Datin Belina Abdul Hamid, 30, dia berkata, nama Ministry of Fish Head Curry dipilih kerana mahu menggambarkan kehebatan hidangan di restoran itu sambil mengetengahkan hidangan kari kepala ikan Pakistan di persekitaran yang eksklusif.

Kata Belina, yang berketurunan Pakistan dan Melayu, kelazatan kari kepala ikan hasil resipi neneknya menjadi kebanggaan keluarga dan mahu dikongsi bersama dengan orang lain.

Berminat memasak pelbagai jenis masakan termasuk kari kepala ikan Pakistan, dia mendapat galakan daripada suami, Datuk Shamsudin Abu Hassan, seorang ahli perniagaan, untuk membuka restoran tersebut.

“Selama ini, apabila menyebut kari kepala ikan, orang akan mengaitkannya dengan restoran mamak dan India. Namun di sini, kari kepala ikan yang dinikmati adalah berbeza kerana saya menggunakan rempah-ratus yang saya beli sendiri dari Pakistan.

“Kuah untuk kari ini saya gunakan yogurt dan mengurangkan santan. Ini bagus untuk kesihatan terutama mereka yang berhati-hati terhadap pengambilan makanan berlemak. Selain itu, rempah kari bersifat panas dan yogurt dapat menyejukkannya. Rasa kari juga lebih sedap dan tidak mudah basi.

“Di mana-mana restoran pun tidak ada yang menggunakan yogurt kerana bahan tersebut agak mahal. Yogurt yang kami gunakan dibuat sendiri daripada susu lembu dan dibeli dari Pakistan.

“Selain itu, kari kepala ikan yang dihidangkan akan dituang di atasnya dengan krim segar bagi membangkitkan rasa kari yang lebih moden sesuai dengan masa kini.

“Hidangan yang disediakan di sini dimasak oleh ketua chef, Muhammad Raheel Jaabar yang kami bawa dari Pakistan,” kata Belina yang mempunyai tiga orang chef dan 10 orang pekerja.

Menurutnya, pelanggan boleh memilih tiga jenis kepala ikan yang mereka sukai, iaitu ikan merah, kerapu dan salmon.

Kari kepala ikan merah paling disukai oleh pelanggan, manakala kari kepala ikan salmon mempunyai rasa yang lebih lemak dan mempunyai kandungan omega yang bagus untuk kesihatan jantung.

Kesemua sajian kari tersebut dinikmati bersama nasi beras basmathi yang turut diimport dari Pakistan.

Tambahnya, bagi menjamin rasa kari kepala ikan yang segar, dia mendapatkan bekalan daripada pembekal pada setiap hari.

Ini kerana, rahsia bagi kari kepala ikan yang lazat terletak pada kepala ikan itu sendiri, selain rempah-ratus yang digunakan dan cara memasaknya.

Belina berkata, dia mensasarkan untuk menjual 100 biji kepala ikan sehari dan setiap satu dijual mengikut saiz. Bagi kari kepala ikan bersaiz S berharga RM98.80, saiz M (RM118.80) dan L (RM138.80).

Selain menjual kari kepala ikan, MOF turut menghidangkan ayam goreng kampung dan kari ayam kampung yang diternak sendiri di Kuang. Pelanggan juga boleh menikmati capati istimewa bercampur bayam.

Dibuka setiap hari bermula pukul lapan pagi hingga 11 malam, MOF turut menerima tempahan untuk majlis dan katering di restoran itu sendiri dan boleh juga dimasak di kawasan majlis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mahal la jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri je..kepala ikan salmon murah sgt3...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lu orang ada DNA kalinga ni layan laaa kari mari ni..

tekak siam..layan masam manis pedas sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua made in Paki
Muda dah ada tittle datin
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 12:54 AM | Show all posts
gila mahal.......... lu makan sendiri laaa   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2015 01:04 AM | Show all posts
mikasa replied at 20-4-2015 12:15 AM
Masak sendiri je..kepala ikan salmon murah sgt3...

sokong..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:06 AM | Show all posts

kalu nasib baik boleh dpt yg reduced price lagi ikan2 salmon ni..pernah terbeli 4 ketul dalam rm4.00 je drpd rm 18.00 kalu x silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 01:12 AM | Show all posts
saladin780 replied at 20-4-2015 01:06 AM
kalu nasib baik boleh dpt yg reduced price lagi ikan2 salmon ni..pernah terbeli 4 ketul dalam rm4. ...

aku tak suka ikan act..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:13 AM | Show all posts
100 biji kepala ikan? mcm x kena je ayat tu....ingtkn biji mata ikan huhuuu


penah mkn kari kpala ikan near dgn PGRM...sedap gak...bil dkt 400....tp bos byr,  x hbs siap tapau lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:15 AM | Show all posts

oo..es x makan ikan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:25 AM | Show all posts

es? ko baca post aku ke slma ni?..cam tahu org yg bca post aku, aku suh panggil aku es or cik es.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:28 AM | Show all posts
Esmiria replied at 20-4-2015 01:25 AM
es? ko baca post aku ke slma ni?..cam tahu org yg bca post aku, aku suh panggil aku es or cik es.. ...

hehe..slalu perasan org panggil ko es..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mama mia suka bebeno kari kepala ikan..dap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 07:24 AM | Show all posts
aku x reti makan kepala ikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 07:54 AM | Show all posts
mikasa replied at 20-4-2015 12:15 AM
Masak sendiri je..kepala ikan salmon murah sgt3...

terbyg lemak berkrim kepala ikan salmon
btw saiz kecik dkt rm100... baikla msk sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dekat Kg. Attap pun sedap jgk kari kepala ikan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:07 AM | Show all posts
98 henggit saiz s.....
gilo....
masak sediri jer la....
baru 20-30 henggit satu kepala ikan merah atau jenahak.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:08 AM | Show all posts
98 henggit saiz s.....
gilo....
masak sediri jer la....
baru 20-30 henggit satu kepala ikan merah atau jenahak.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 09:17 AM | Show all posts
mahal bebenoooo....x kuasa aku
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.105648 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list