CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 3

[Jenayah] ragut ragut ragut

 Close [Copy link]
Post time 20-4-2015 01:37 AM | Show all posts |Read mode


haiyaaaa..sana sini ragut...kasi legal aje la...habis citer..

tak gitu @spiderman80 ??



Pasangan aktif samun, ragut, curi kenderaan ditahan


KOTA BHARU: Polis menahan sepasang kekasih dipercayai anggota kumpulan 'Stopa Pohon Seto' yang aktif menjalankan kegiatan samun, ragut serta curi kenderaan di negeri ini, awal hari ini.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dalam kejadian pada 12.20 malam tadi, anggota Cawangan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bertindak menahan sebuah kenderaan yang dinaiki dua suspek berusia 43 dan 28 tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, di sini. "Ketika ingin menjalankan pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri dan bertindak ganas kerana cuba melanggar anggota polis.


"Tindakan berkenaan menyebabkan anggota polis itu melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan yang dinaiki suspek menyebabkan suspek turut melanggar kenderaan pacuan empat roda milik polis sebelum berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mazlan berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan dinaiki suspek itu, pihaknya merampas sebilah pedang, dua botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah, wang tunai sebanyak RM1,000 serta beberapa barangan lain.


"Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya didapati positif dadah jenis methamphetamine. Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam lapan kes samun, ragut serta curi kenderaan di negeri ini. Seorang daripada suspek mempunyai 13 rekod kesalahan lampau," katanya. Mazlan berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun.


Selain itu, kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda, jika sabit kesalahan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2015 01:43 AM | Show all posts
@spiderman80 mana lu...??

ini ragut2 banyak pasal pdrm tarak buat kerja ka..??

lu tak mau cakap.....Pasal tu kalau kita tak mampu nak kawal, try method lain. kah..??


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:45 AM | Show all posts
lavameteor replied at 20-4-2015 01:43 AM
@spiderman80 mana lu...??

ini ragut2 banyak pasal pdrm tarak buat kerja ka..??

Awak sudah lari dari perbincangan. Tak payah saya layan provokasi awak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:32 PM | Show all posts
entah apa2 je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.302004 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list