CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1679|Reply: 9

[Tempatan] Abam Buat Gaya Ranggi Wrangler Terpaksa Tinggal di Bawah Khemah

[Copy link]
Post time 20-4-2015 03:28 PM | Show all posts |Read mode
                                                                            Abu Bakar menunjukkan tempat tidur mereka di dalam khemah berkenaan.                                                                     
                                                                            Di sinilah khemah yang diduduki Abu Bakar sekeluarga.                                                                     
         




        SUNGAI UDANG - Gara-gara tidak mampu menyediakan wang deposit untuk menyewa rumah, enam sekeluarga di Kampung Paya Rumput, di sini terpaksa mendirikan khemah di atas tapak tanah milik keluarganya sebagai tempat tinggal.

        Khemah tanpa sebarang bekalan air dan elektrik itu didiaminya sejak lebih sebulan lalu apabila dia terpaksa keluar dari rumah sewa lama selepas pemiliknya mahu menduduki kembali rumah berkenaan.

        Disebabkan masalah kewangan, Abu Bakar Yaakub, 44, bersama isteri, tiga anak serta seorang bapa yang uzur dan lumpuh, terpaksa memindahkan semua perabot dan barang-barangannya di bawah khemah itu, sekali gus menjadi tempat tinggal mereka.

        Manakan tidak, dengan bergantung sumber pendapatan hasil kampung seperti petai dan ikan keli, mustahil untuk Abu Bakar menyediakan wang deposit untuk masuk ke rumah sewa lain yang mencecah RM2,000.

“Sebelum ini, saya memang sewa rumah di kampung ini, tapi bila tuan rumah nak balik rumah tu, saya kena keluar. Nak sewa rumah, kena deposit sampai dua tiga ribu. Saya tak cukup duit, jadi saya perlahan-lahan buat khemah ini. Ini saja yang mampu saya ikhtiarkan buat sementara," katanya.

“Setiap kali hujan atau ribut, saya bertawakal saja. Selesa atau tidak, saya hendak buat macam mana, sudah terpaksa,” katanya.

        Sebelum ini, katanya, dia pernah memohon rumah bantuan di bawah Risda tetapi ketika itu tidak memenuhi syarat.

“Saya juga pernah memohon untuk PPRT menerusi JKKK tetapi mereka beritahu saya tidak layak kerana pendapatan saya lebih RM700.

“Jadi apakan daya, terpaksalah kami tinggal di sini. Itupun khemah ini dibekalkan JKKK. Nasib baik Fama ada bagi motor roda tiga untuk saya berniaga,” katanya.

        Isteri Abu Bakar, Noranizah Alias, 35, berkata, keadaan sekarang menyebabkan pembelajaran tiga anaknya yang berusia 16, 11 dan 10 tahun terganggu.

        "Bila hujan, khemah memang ada bocor sikit jadi kami kena tempias, terpaksalah ambil plastik, tampal," katanya.

        Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang juga Adun Sungai Udang terkejut sebaik saja dimaklumkan mengenai nasib dialami keluarga terbabit.

        Beliau segera melakukan lawatan ke tapak khemah itu semalam dan terus meluluskan peruntukan RM17,000 bagi membina sebuah rumah PPRT di bawah peruntukan Parlimen Tangga Batu.

“Kerajaan negeri akan segera melantik kontraktor bagi membina rumah berkenaan. Buat masa ini keluarga terbabit akan dipindahkan ke rumah sewa sementara,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/terpaksa-tinggal-bawah-khemah-1.381613

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 03:44 PM | Show all posts
abg oii set sofa n perabot tu serba sikit kalau buat yard sale pun dah cukup dah kalau takat nak deposit rumah

masa kena notis kuar mesti dapat balik deposit rumah kan , paling cikai pun bulan last tak bayar sewa rumah dah, tak kan tak reti2 nak simpan duit cari rumah sewa lain dlm tempoh notis tu

harap perut je boroi yg tu pun tak reti nak manage .. patut ke nak kasi rumah free
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 03:51 PM | Show all posts
cntik sofa..
aku yg ada rumah pun xde sofa camtu..
bersangka baik...maybe ada org kasi sofa kut...
mahal2 sungguh sewa rumah kat sana yer..patut laaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah ape smpi depo 2-3k ni.?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:11 PM | Show all posts
sg udang? deposit rumah sewa smpai 2K? inclusive GST?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:17 PM | Show all posts
sg udang deposit rumah sampai 2k ka....cantek sofa...jual jer sofa tu wat deposit rumah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2015 04:21 PM | Show all posts
Cantik set sofa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:22 PM | Show all posts
mls berusha ke pe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 04:24 PM | Show all posts
cantik sofa......umah aku pun x pakai sofa mcm tu.

pakcik ni bukan miskin.....ada Tanah. tapi hemmmm

dok harapkan bantuan org je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 04:32 PM | Show all posts
ada orang perangai cam gini. suka mengharapkan bantuan sajer. kalu boleh semua nak free. teringat dulu tuan rumah aku nak sewa masa mula kawin kat kota damansara. apartment. aku tanya abang duk mana, dulu duk sini sekarang nak pindah balik segambut. kerajaan nak ambik tanah tuh. kalu duk kat sana dapatlah pampasan. tanah ada kat sana ke. tak. tanah kerajaan.  oh rupanya nak balik duk kwsn setinggan. walaupun ada rumah sendiri.

aku terkesima
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.083422 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list