View: 4070|Reply: 39
|
[Tempatan]
Naik Kadar Caruman KWSP Untuk Lebih Simpanan DiHari Tua.Apa Kata Anda?
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 21-4-2015 07:59 AM
Kadar caruman KWSP memadai buat masa ini
21 April 2015
KUALA LUMPUR - Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) adalah memadai buat masa ini kerana ia telah diselaraskan dengan gaji minimum pekerja.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata langkah menaikkan caruman akan menjejaskan gaji bersih pekerja yang digunakan untuk menampung kehidupan harian.
"Peningkatan peratusan kadar caruman bagi syer pekerja dan majikan sememangnya dapat memberi impak berganda terhadap simpanan persaraan ahli.
"Bagaimanapun, KWSP juga perlu peka dan mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan ekonomi semasa rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi peningkatan kos sara hidup," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Yoo Wei How mengenai kesediaan KWSP meningkatkan kadar caruman pekerja dan majikan supaya dapat menyelesaikan masalah ketidakcukupan jumlah wang caruman untuk persediaan selepas bersara.
Katanya, wang simpanan KWSP adalah untuk tujuan persaraan ahli dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar upah yang diterima, kadar caruman majikan dan pekerja, pemberian dividen tahunan serta sebarang pengeluaran yang dibuat sebelum mencapai umur 55 tahun.
Katanya pengeluaran itu termasuk untuk tujuan perumahan, haji, pendidikan, kesihatan dan hilang upaya serta pengeluaran semasa umur 50 tahun.
Beliau berkata kecukupan simpanan persaraan ahli juga bergantung kepada kesedaran mereka untuk menabung lebih awal bagi menyelaraskan simpanan dengan gaya hidup yang diingini selepas bersara.
"Ahli juga perlu mengambil kira keadaan kesihatan mereka semasa persaraan dengan menyediakan simpanan secukupnya memandangkan kos kesihatan yang semakin meningkat," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
gaji pun seciput...naikkan lg caruman tinggal apa? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm...xpatut naikkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ptt naikkan pastu upkan kadar pengeluaran ke umo 100 tahun...
Terbaikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya maslan daaa....bg naik dividen 40% kan senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haryatie at 21-4-2015 04:16 PM
walaupun aku xde kwsp..
tp nak naikkan utk apa..
da la susah nk dikeluarkan kena tunggu 60 tahun
da tuo bukan nya nk duit byk2 pun..
masa muda yg nk duit byk nk beli rumah & sebagainya..
kalau da ada rumah..masa tua duit cukup utk makn minum apa yg perlu/patut jerk..
betulll kerrrr...
nasib baik da tuo aku ada pencen...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah gaji aku RM80k sebulan... korang nak potong epf aku setengah dari gaji sebulan aku pun takpe
|
|
|
|
|
|
|
|
deme kata hari tua lagi byk nak pakai duit, for medical expense katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
korang nak suruh kitaorg kebulur ke apa......jap agi ada la yg cakap tak kebulur pun naikkn caruman epf nih...org yng cakap macam tu bolehlah gaji banyokkk... |
|
|
|
|
|
|
|
baik dia suruh orang carum 100% gaji..
duit BR1M kan boleh tampung kehidupan setahun |
|
|
|
|
|
|
|
kalo naikkan caruman...pastikan limit tax exemption utk epf pun dinaikkan sama
|
|
|
|
|
|
|
|
naikkan had caruman ni aku setuju la jugak, tapi tang naikkan had umur pengeluaran ni tak tahan sket |
|
|
|
|
|
|
|
aha... setakat RM6 k tu apalah sangat... kalau RM15k bolehla diterima akaal
|
|
|
|
|
|
|
|
hadoi tersembur aku baca
deep sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
semua nak naik ... berlumba2... dah org kata kuar 55 tu sudah lah... nak juga cari jalan kumpul duit then lock |
|
|
|
|
|
|
|
gigih nampaknya duk risau pasal kebajikan pencarum, bagus tu...mula2 nak naikkn had umur pengeluaran 60 tahun, ni nak naik kan kadar pulak.....nak kumpul dana lagik ya...dah ada dana mesti kena labur kan...cer citer sket nak labur mana dana baru nih...cer citer..cer citer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada naikkan caruman, lebih baik KWSP piker cara nak naikkan pengagihan dividen! sibuk sgt nak suruh org simpan kat dia sampai 60 kononnya...tapi dividen bagi ciput! koya sangat cakap kwsp untung berbilion..tapi bagi dividen ciput. |
|
|
|
|
|
|
|
Epf tu yg patut naikkan keuntungan utk penyimpan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|