CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4758|Reply: 46

Hati-hati dengan isteri yang tertekan

[Copy link]
Post time 24-4-2015 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-4-2015 05:47 PM


Hati-hati dengan isteri yang tertekan

Muhamad Mat Yakim
24 April 2015
http://www.sinarharian.com.my/ko ... g-tertekan-1.382884

HIDUP sebagai suami pada zaman sekarang mungkin sudah tidak lagi selamat. Isteri-isteri pada zaman ini sudah pandai buli suami. Kelmarin, daripada maklumat radio, saya dengar ada kes yang berlaku di negara kita, suami isteri bercerai hanya kerana suami tidak pandai picit.

Kalaulah kerana tidak pandai picit dia (isteri) walaupun boleh jadi bahan ketawa, masih boleh diterima. Yang payah hendak diterima ialah alasan tuntutan cerai yang dibuat oleh isteri, suami tidak pandai picit tiub ubat gigi. Si isteri hilang sabar apabila suami picit ubat gigi bukan di bahagian bawah tiub tetapi di tengah-tengah. Tidak tahulah apa yang jadi masalah besar bagi si isteri apabila suaminya lebih suka picit di bahagian tengah, bukan bahagian bawah tiub ubat gigi sebagaimana dimahukannya.

Ini cerita pasal tiub ubat gigi, kalau tentang dia sendiri, bolehlah kita cuba-cuba memahamkan diri sendiri. Takkan ada suami yang hanya pandai picit kaki isteri dan tidak pandai hendak memicit di bahagian tengah. Kena masuk kursus semulalah nampaknya suami yang seperti itu!

Rupa-rupanya bersebab dengan ubat gigi sahaja, bukan sedikit suami isteri berbalah malah hingga bercerai-berai. Ada kawan berkongsi cerita betapa isteri mereka sering berleter berjela-jela jika mereka atau anak-anak tertinggal kesan buih di singki selepas memberus gigi. Isteri saya sendiri pun kadang-kadang bising juga. Mungkin tabii lelaki agaknya berus gigi buih bersepah dan selalu pula terlupa untuk membersihkannya semula.

Itu belum lagi masuk bab isteri mengamuk keturun semangat Tun Fatimah apabila suami atau anak-anak tidak pasang semula penutup tiub ubat gigi selepas memberus. Kalau penutup itu hilang, lagilah sakan amuknya!

Ya, ini kisah yang biasa berlaku di sekeliling kita tetapi yang jadi luar biasa apabila hal seperti ini membawa kepada kes cerai-berai. Dan ia sudah tentu amat menyedihkan!

Hal yang seumpama ini boleh terjadi - walaupun sukar untuk diterima akal yang rasional - apabila sesuatu perkara yang tidak disukai berlaku berulang kali. Misalnya dalam kes suami picit tiub ubat gigi di bahagian tengah, bukan di bahagian bawah sebagaimana yang dimahukan oleh isteri: Logiknya, si isteri tidak dapat terima cara suaminya kerana kesan picitan di bahagian tengah tiub akan menyebabkan ada ubat gigit terperangkap pada lekukan yang boleh membawa kepada pembaziran ataupun kesukaran ketika hendak memicitnya keluar.  

Apabila teguran demi teguran tidak diendahkan, si isteri pasti berasa sakit hati sekali gus menyebabkan masalah yang remeh-temeh seperti itu melarat menjadi isu besar. Apa lagi jika ia dikaitkan dengan hal-hal yang lain terutama apabila si suami dengan egonya tidak mahu mengalah, malah bawa pula perbalahan yang sekadar berpunca daripada hal picit memicit tiub ubat gigi kepada perkara yang lebih serius.

Satu lagi perkara yang kita perlu fahami ialah sesuatu perkara yang tidak disukai tetapi terpaksa dihadapi setiap hari akan membawa tekanan psikologi yang berat lagi serius, malah mungkin sampai ke tahap depresi. Seseorang yang berada dalam keadaan seperti itu boleh berasa terhina, tercabar dan sebagainya jika sesuatu pernyataan atau luahan yang disuarakannya tidak diendahkan. Jika ini melibatkan suami, ada isteri yang tidak tahan menghadapi situasi seperti ini sampai minta cerai kerana berasa terhina dan tidak diendahkan.

Sebelum sampai ke tahap itu, mereka akan bersuara, berleter atau membebel. Itulah senjata mereka untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Dan memang lumrah wanita, mereka selalu mahu melihat sesuatu di hadapan mereka sentiasa dalam keadaan sempurna. Jika sempurna di mata, selalunya sempurnalah di hati. Jika tidak sempurna di mata, ia akan membawa ke hati dan apabila tidak sempurna di hati, mulut pasti akan berbunyi.

Apabila peringatan atau teguran tidak diendahkan, mereka akan melakukannya sendiri dan melakukan sendiri apa yang tidak disukai sudah pasti akan menambah lagi tekanan. Inilah agaknya yang berlaku di Jepun baru-baru ini apabila seorang isteri yang berang lantaran tandas yang baru digunakan oleh suaminya berbau terlalu busuk, telah bertindak kejam mengelar muka suaminya.

Saya tidak bermaksud supaya suami-suami berwaspada, mencurigai atau jangan percayakan isteri anda. Sebagaimana yang telah saya peringatkan, jangan biarkan isteri menegur sesuatu perkara berulang kali. Jika tidak, tindakan mereka mungkin sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan!


  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 05:50 PM | Show all posts
tak agak2 psl picit ubat gigi je
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 05:51 PM | Show all posts
kalau "picit" benda lain ok jer kot



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 05:51 PM | Show all posts
dah tetiap hari si laki sutun tanya.."sudah berak ka belum?'..

mana sang isteri boleh tahan...




Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 05:53 PM | Show all posts
moral of the story...
sebelum kawin buat ujian picit tiub ubat gigi dulu kat bakal suami tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang nya artikel..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2015 05:56 PM | Show all posts
lain kali ...tak payah beli ubat gigi... atau beli yang tak perlu picit tubelike form tu, beli yg stand on...hmm well mahal tu mahal lah tapi nak buat macam mana, kena disiplinkan diri le...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat semanis kurma ckp somi yg cerai isteri salah picit ubat gigi

N dia suggest beli la 2tiub ubat gigi masing2 satu..picit la sukati cmne pon

Selesai masalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 06:17 PM | Show all posts
bini mana yg tak stress kalau laki kencing berak kat toilet tak mau flush, pakaian nak pakai hari2 pun nak bini carikan, semua perkara bini kena buatkan macam serupa bela suami OKU yang kudung kaki dan tangan gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm aku gak ler suka picit ubt gg kat tgh2..hehe..my hubby ada gak tegur..tp dia ok je.psl ubt gg je kot..lgpon my hubby x suka dgn org kuat berleter ni.Alhamdulillah sbb Allah kurniakan aku seorg suami yg sgt baik dan prihatin..walaupon jarak usia kami 15tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala husband i pun sama. Cik kak pegi makan b-complex banyak2 ya, muhasabah diri. Jangan cepat melatah, loncat2 setan tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 07:02 PM | Show all posts

Mesti La Hati2

Tajok.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 07:12 PM | Show all posts
Puan Botakchinpeng tak ada alasan nak ceraikan Spidey sebab Spidey pandai picit ubat gigi Colgate.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 07:19 PM | Show all posts
tak reti picit ubat gigi tu alasan je, kalau dah takde cinta dlm hati salah cuit pun boleh jadi isu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
X pandai picit tiub ubat gigi tu hanya alasan
Cer bayang benda kecik macam ni pun tak tau nak buat
Apatah lagi benda2 besar yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Picit ubat gigi pun nak bercerai.. Ingatkan dh x picit benda lain.. Terkawin dgn pesakit OCD ke apa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Perfectionist la kot wpon badan n muke bkerak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:33 PM | Show all posts

takkan mls bca kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:36 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 24-4-2015 07:12 PM
Puan Botakchinpeng tak ada alasan nak ceraikan Spidey sebab Spidey pandai picit ubat gigi Colgate.{: ...

takleh blah aa
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan citer..pasangan ni bercerai kersna suaminya asyik sebut sayang kat isteri,sepanjang masa 'abe saye sgt kat nah'dah tua pasangan ni,kira duda n janda tua bertemu jodoh..pompuan tu rimas,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.494087 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list