CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2058|Reply: 19

[Jenayah] Pukul pelajar sekolah, bapak pun tumpang sekaki pukul mangsa

[Copy link]
Post time 25-4-2015 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Pukul pelajar sekolah
SYAMILAH ZULKIFLI
25 April 2015
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pukul-pelajar-sekolah-1.383354



Rakaman video menunjukkan seorang pelajar lelaki yang masih berpakaian sekolah dipukul yang menjadi viral di Facebook.




SEREMBAN – Polis menahan empat lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan kerana disyaki terlibat dalam kes pukul membabitkan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampangan, yang videonya tersebar di laman Facebook.

Rakaman video berdurasi 1.40 minit itu menunjukkan bagaimana mangsa ketika itu masih berpakaian sekolah didatangi sekumpulan lelaki yang kemudian memukulnya.

Berdasarkan rakaman itu mangsa dipukul pada bahagian kepala dan muka dengan menggunakan payung selain turut ditumbuk.

Difahamkan video terbabit dirakam oleh rakan sekolah mangsa yang menyaksikan kejadian itu dari dalam kawasan sekolah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa merupakan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan dan kejadian ini berlaku pada Rabu lalu kira-kira jam 5 petang selepas waktu persekolahan.

“Namun mangsa hanya membuat laporan di Balai Polis Rahang semalam (kelmarin) dan kes ini menjadi viral di laman Facebook.

“Berdasarkan keterangan mangsa, ketika dia berada di luar kawasan sekolah secara tiba-tiba didatangi enam lelaki termasuk pengawal keselamatan sekolahnya yang kemudian terus memukulnya,” katanya.

Menurutnya, suspek memberitahu tidak berpuas hati mengenai perbuatannya bersama rakan terhadap pengawal keselamatan sekolah tersebut yang juga merupakan bapa kepada salah seorang suspek.

Muhamad Zaki berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan teruk dan hanya lebam pada bahagian muka.

“Berdasarkan keterangan mangsa dan rakaman video tersebut kita telah menahan empat suspek berusia antara 21 hingga 58 tahun termasuk pengawal keselamatan berkenaan.

“Ujian saringan terhadap keempat suspek adalah negatif dan mereka tiada rekod kesalahan lampau. Namun dua lagi suspek masih dikesan dan semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 12:37 PM | Show all posts
oh bapa  tu juga merangkap pengawal keselamatan..

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
@mak_wa95
Si bapa sekadar menjalankan tugas
Mengawal keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 12:45 PM | Show all posts
keganasan bagai aur dengan tebing.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:22 PM | Show all posts
inilah dikatakan.bapa borek.anak rintik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mangsa tu memang budak nakal..sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2015 01:31 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 25-4-2015 01:28 PM
Aku rasa mangsa tu memang budak nakal..sekian.

lu memang bagus....pandai mengkaji situasi.




Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:34 PM | Show all posts
alinone78 replied at 25-4-2015 12:43 PM
@mak_wa95
Si bapa sekadar menjalankan tugas
Mengawal keselamatan

mangsa : pelajar tingkatan 5,
Kejadian : Memukul (dgn payung,tumbuk)
tempat kejadian : di luar kawasan sekolah,lepas waktu sekolah dah..
perakam : kawan mangsa yang berada dlm kawasan sekolah..(kantoi bawa hset g sekolah)

rasanya ruanglingkup kawasan 'jaga' ialah dlm kawasan pagar sekolah je..sbb2 pondok pengawal pun dlm pagar sekolah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lavastation replied at 25-4-2015 01:31 PM
lu memang bagus....pandai mengkaji situasi.

Hihihi...terima kasih Laba... Eh, epot dah tutup ke? Pindah stesen mana pula ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:42 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 25-4-2015 01:37 PM
Hihihi...terima kasih Laba... Eh, epot dah tutup ke? Pindah stesen mana pula ni?

kalu ramai2 bedal sorang...mesti yg sorang tu nakal...

tak pun..sebab yg sorang tu hebat..cam wa...ramai orang jeles...

dorang buat geng konon2 nak bedal wa la tu....

pun wa tetap menang gak....






Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:45 PM | Show all posts
kalau budak tu nakal skalipun,

pi la buat kt kawasan tertutup.
pi tarik totei dia dgn playar, pastu jentik pakai screwdriver ramai2 smpai patah.
biar putus keturunan budak nakal

abis citer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 25-4-2015 01:45 PM
kalau budak tu nakal skalipun,

pi la buat kt kawasan tertutup.

Fuh! Ganas sungguh!!

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lavastation replied at 25-4-2015 01:42 PM
kalu ramai2 bedal sorang...mesti yg sorang tu nakal...

tak pun..sebab yg sorang tu hebat..cam w ...

Laba ada menuntut ilmu ke? Asyik menang saja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:53 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 25-4-2015 01:49 PM
Laba ada menuntut ilmu ke? Asyik menang saja..

mesti la ada ilmu...

tapi dgn geng2 sutun tu...wa takyah guna ilmu pun.....

pun tetap dorang tak boleh calen wa.


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
@mak_wa95
Mengawal keselamatan anaknya la

(Kadang2 payah juga nak bersarkastik dalam forum cari ni)
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 02:56 PM | Show all posts
alinone78 replied at 25-4-2015 02:31 PM
@mak_wa95
Mengawal keselamatan anaknya la

adehhhh...kikikiki..


sapa tak jaga keselamatan darah daging meke..
che det pun moyan sakan...tu orang kata jiwa kental 7 petala langit..pun goyah juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 04:16 PM | Show all posts
AKu rasa budak tu samseng, selalu buat lagak kat sekolah..
Lagak dgn salah org.. dia xtau security sekolah tu ada anak2 kepala shot..

tapi tgk video, aku rasa bukan sungguh2 nak lanyak tu..
klu betul dah tertiarap mkn tanah dah budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan mereka hanya memukul budak tu yang masih berpakaian sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:57 PM | Show all posts
Gua rasa pengawal keselamatan itu cuma menjalankan tugasnya untuk memastikan keamanan dan keselamatan di sekolah adalah terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:08 PM | Show all posts
hahaha bg anak jadi guard laa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.489016 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list