CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 1

Mengapa Tuhan dipersoal oleh makhluk CiptaanNya?

[Copy link]
Post time 25-4-2015 01:01 PM | Show all posts |Read mode
oleh Jimmy Adit



[size=0.875]KOMEN:Sehingga ke hari ini, kenyatan paling keras menyelar penunjuk perasaan di depan gereja di Taman Medan Petaling Jaya yang mendesak lambang salib diturunkan datangnya dari pejuang hak asasi dari Sabah Daniel John Jambun, yang mengepalai Yayasan Borneo’s Plight in Malaysia (Bopim). Daniel dilaporkan memberitahu penganut ajaran Kristian agar tidak memaafkan perbuatan tersebut kerana penganut Kristian tidak wajar dianggap pengecut.   “Gereja itu tidak melakukan sewajarnya dengan menurunkan salib. Paderi jelas ketakutan.” Bercakap di pejabatnya di Kota Kinabalu, Daniel bertegas jika gereja di Taman Medan gentar meletakkan kembali salib di tempatnya, mereka boleh menanti kehadirannya agar melakukan perkara itu. “Crusade (Perjuangan suci) ini bagi agama saya. “Saya boleh berada di Kuala Lumpur dalam masa 2 jam 20 minit. “Cabaran ke atas gereja di mana-mana, ialah cabaran ke atas semua gereja. Cabaran ke atas pengikut ajaran Kristian, dalam perkara agama, ialah cabaran ke atas semua penganut ajaran Kristian.”   Di Sarawak, beberapa NGO menyuarakan rasa sakit hati, dan ini termasuk Kongres Dayak Nasional (DNC), Persatuan gereja gereja Sarawak (ACS), dan Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia). Tokoh politik turut memberi pendapat tentangnya. Pendek kata, rasa tak puas hati ini tersebar meluas dan sikap ekstremisme dan pentaksub di Malaya tidak dapat difahami warga Sarawak yang berbilang bangsa dan agama. Penganut Kristian di Sarawak berkata jika mereka seperti ketua Umno Taman Lindungan Jaya, Abdullah Abu Bakar yang juga abang Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, tentu mereka menuntut “semua guru agama dari Semenanjung yang mengajar di Sarawak dihantar pulang.” Tetapi penganut Kristian sangat bertolak ansur dan memiliki sikap menghormati amalana dan tradisi yang diamalkan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Penerimaan terhadap satu sama lain di kalangan masyarakat majmuk di Sarawak bersifat komprehensif. Menyeluruh.   Itu sebabnya di kampung Kristian di mana terdapat dua atau tiga keluarga Muslim, surau dibina sebagai lambang kebanggaan komuniti.   Terdapat ratusan kampung Kristian dengan surau yang telah sebati dengan sistem perkampungan di sini.   Di bandar tempat tinggal saya, Gereja St Teresa menyaksikan perhimpunan 1,000 penganut Kristian. Ia terletak di seberang masjid di daerah ini dengan 5,000 penganut agama Islam. Masjid An-Naim di Lutong, berdekatan Miri pula didirikan bersebelahan Gereja Good Shepherd Lutong.
[size=0.875]

[size=0.875]

[size=0.875]

[size=0.875]

Ketika solat Jumaat, gereja itu membuka pagarnya buat Muslim meletak kenderaan, sementara pada hari Ahad, pagar masjid dibuka bagi penganut Kristian meletak kenderaan. Ini contoh keharmonian di Sarawak yang dibanggakan.

“Ramai ipar duai saya pengikut Kristian SIB (Sidang Injil Borneo) atau RC (Roman Catholic) manakala pakcik, makcik, anak buah, sepupu pula Cina beragama Buddha,” jelas penduduk Lutong Kamanu Sukian.

Ibunya Cina Muslim manakala arwah bapanya Jawa beragama Islam. Isterinya Kelabit-Muslim. Kamanu berkata: “Pegangan agama Islam kami tetap utuh. Salib merupakan lambang ajaran Kristian seperti bulan sabit merupakan lambang Islam. Kami hidup harmoni, dan saling memahami sebagai satu keluarga besar.

“Kami warga Sarawak tak mahu pengaruh bodoh sesetengah pentaksub yang takut bayang-bayang sendiri, lantas mahu bertindak mengukuhkan ego atau agama mereka di Sarawak dan Sabah.

“Sekiranya anda percaya dengan ajaran agama anda, mengapa takut simbol agama atau ajaran lain?” Begitu hebat jawapannya!

Insiden salib itu telah menyebabkan kemarahan orang ramai. Warga Sarawak yang aman damai hairan mengapa di Malaya, agama tidak dihormati dan Tuhan dipersoalkan makhluk ciptaanNya sendiri.

Tiada siapa akan menjawab pertanyaan tersebut. Kita semua sedar warga Malaya bertarung dengan segala perkara, termasuk salib.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.pGy3dNXH.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2015 05:55 PM | Show all posts
good info and good answer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052166 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list