CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 0

Pihak polis: Menguatkuasa atau mentafsirkan undang-undang juga?

[Copy link]
Post time 25-4-2015 01:08 PM | Show all posts |Read mode
oleh Aziz Bari
SUARA LANTANG:Kita tidak terkejut mengapa begitu banyak tumpuan diberi kepada Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mutakhir ini.

Lihat bagaimana beliau menangani Laporan Ketua Audit yang menyatakan insiden kehilangan senjata api tahun lalu. Untuk rekod, beliau juga pernah hilang kereta rasminya ketika menjadi ketua Polis Selangor beberapa tahun dahulu.

Kesalahan terbaru hadir di dalam cara KPM menangani demonstrasi terhadapa lambang salib di gereja Taman Medan Ahad lalu. Kebetulan abangnya Abdullah Abu Bahar turut terlibat. Sejurus kemudian, Khalid meloloskan abangnya, dengan mendakwa Abdullah tidak berbuat salah dan tidak menyalahi Akta Hasutan 1948.
Menariknya, bos Khalid yang juga Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi berpandangan berbeza. Zahid menyelar penunjuk perasaan dalam aksi yang dianggap klasik. Perdana menteri turut menyelar para penunjuk perasaan.

Khalid kelihatan berseorangan apabila bekas ketua polis Musa Hasaan juga berpendapat beliau salah: pihak polis sewajarnya menyiasat protes terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.

Paling teruk bagi pasukan polis ialah apabila pegawai di bawah arahan Khalid turut menyanggahnya. Pada 23 April, timbalan ketua polis Noor Rashid Ibrahim berkata kes diklasifikasi sebagai hasutan. Abdullah sendiri disoal siasat selama 3 jam oleh pihak polis.

Untuk rekod juga, Ketua Polis berkata mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bebas dari pertuduhan hasutan. Bandingkan bertapa pantasnya polis bertindak ke atas kartunis Zunar yang didakwa Khalid sengaja mencari pasal.

Kedua-dua Mahathir dan Zunar berbicara soal kes Altantuya yang penuh misteri dan kedua mereka memberi tanggapan tentang penglibatan Najib dan isteri. Kita sedar Mahathir kini berusaha gigih untuk menjatuhkan Najib. Bagaimanapun Dr Mahathir terlepas begitu saja sedangkan Zunar didakwa.

Sebagai ketua agensi penguatkuasaan, Khalid perlu tahu undang-undang. Bahkan beliau sebenarnya memiliki ijazah undang-undang. Tetapi tugasnya bukan untuk membuat keputusan. Pengetahuan yang dimilikinya untuk membantu bagaimana hendak menangani dan menjalankan tugasnya.

Tugas menasihati kerajaan yang memerintah di dalam soal undang-undang dipikul Peguam Negara yang kini dijawat Abdul Ghani Patail. Beliau pendakwa raya utama yang mana tugasnya ialah bagi memutuskan samada mahi mendakwa suspek yang ditahan polis. Beliau bertindak berdasarkan bukti pihak polis.

Dengan cara polis bertindak, kita tertanya-tanya apa tugas Ghani. Beliau hilang begitu saja. Tetapi sudah tentu beliau tidak membantu Khalid.

Lihat cara Ghani mengendali isu Allah di mana beliau membuat kenyatan bagi menyurai kebimbangan penganut ajaran Kristian di Sabah dan Sarawak. Masalahnya Ghani memberitahu mereka apa yang sangat berbexa dengan keputusan mahkamah.

Jelas kita menghadapi masalah dengan agensi berkaitan undang-undnag; satu yang menasihati kerajaan manakala satu lagi yang menguatkuasakannya.

Masalah ini berpunca terlalu banyak undang-undang tidak demokratik dan lapuk seperti hasutan.

Ini ditambah lagi dengan perlaksanaan tidak adil. Dan inilah kisah pendakwaan terpilih. Berbanding melaksana secara saksama, polis bersifat memilih bulu.

Satu lagi sudut bagi menjelaskan kesalahan KPN ialah hubungan menteri dengan penjawat awam yang dikekang doktrin kementerian, atau tanggungjawab menteri.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas pihak polis ialah Zahid yang membuat kata putus menyanggah Khalid. Walaupun ketua polis, Khalid ialah penjawat awam dan mendengar arahan menteri dan timbalan menteri.

Bahkan KPN juga perlu mendengar arahan setiausaha parlimen sekiranya tugas diserahkan menteri dan timbalannya. Bagi kesalahan ini, Najib juga turut menyatakan perkara sebenar. Maka timbalan ketua polis dan pegawai kanan yang lain terus sahaja menyokong Najib.

Satu perkara yang perlu diingati mana-mana pegawai polis - ikut undang-undang dan laksanakannya dengan adil.

Dr Abdul Aziz Bari merupakan bekas profesor undang-undang UIAM yang kini mengajar di Unisel
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkin ... thash.CiOZ7dED.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089068 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list