CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2785|Reply: 22

[Tempatan] rasuah sana sini..malaysia boleh!

[Copy link]
Post time 25-4-2015 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Rasuah di kalangan penguatkuasa punca pintu masuk negara sering bolos

2011/04/28 - 20:07:42 PM Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pegawai penguatkuasa termasuk pegawai Jabatan Imigresen adalah antara punca kebocoran di pintu masuk negara.

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan dipercayai menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.
"Apabila terdedahnya pembabitan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam.

"Terdapat juga penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram," demikian menurut laporan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

"Ini adalah antara punca menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin," menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan itu, daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, kira-kira 1,000 hingga 1,500 pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini setiap hari dan kira-kira 35 peratus daripada jumlah itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan Imigresen.
"Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen Malaysia adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

"Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800, kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur Imigresen berpunca daripada amalan rasuah," menurut laporan SPRM.

Hasil operasi yang dijalankan, 11 pegawai Imigresen ditangkap dengan keseluruhannya RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai terbabit selain RM117,400 nilai aset disita.

Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gajala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen menyebabkan jabatan itu melaksanakan rombakan besar-besaran termasuk menukar 20 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain.

Rombakan itu dilakukan bagi memastikan "jalinan rangkaian" antara pegawai imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk pendatang tanpa izin ke Malaysia dapat dihentikan.

Jabatan Imigresen dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan "pencerobohan" berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Laporan SPRM 2010 itu turut membongkar isu ketirisan subsidi diesel, dengan segelintir pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dikatakan ditawarkan suapan bagi mengelakkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan ekoran perlakuan penyelewengan.

Ia mendedahkan bahawa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menjadi dalang kepada penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit.

Turut dilaporkan menjadi ejen perantara ketirisan diesel ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan individu yang memiliki depot.

"Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depot kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan.

"Bermula daripada ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing kilang atau ke sempadan," menurut laporan itu.

Kerajaan dianggar menanggung kerugian RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun akibat penyelewengan subsidi minyak diesel, berdasarkan anggaran minimum, iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi diluluskan kerajaan untuk golongan nelayan.

Bagi tempoh 2006-2010, kerajaan meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 bilion liter kepada nelayan. - BERNAMA

sumber : http://www2.bharian.com.my/artic ... eringbolos/Article/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 01:43 PM | Show all posts
syukur...ada juga yang tahu perkara ni..tapi ada yg kena tangkap ke? ke masih dalam tahap memerhati dan sesiapa yg terlibat hanya di nasihati supaya berhenti dari kegiatan haram ni...
kalau setakat diarah bertukar pejabat,  baik  tak payah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:47 PM | Show all posts
tu bilis, jerung apa cite?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sektor swasta, pekerja yang songlap duit dah lama kena dakwa.:
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:53 PM | Show all posts
animcute replied at 25-4-2015 01:43 PM
syukur...ada juga yang tahu perkara ni..tapi ada yg kena tangkap ke? ke masih dalam tahap memerhati  ...

Last ayat tu aku skong
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 01:57 PM | Show all posts
yang atasdah sah n nyata bersalah pun,buat2 bodo je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2015 02:02 PM | Show all posts
Syabas , Bolehland semua benda boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dah byk aku tulis melayu adalah yahudi sebenar akhir zaman.yg di beri amanah khianat amanah kerajaan..yang di beri subsidi songlap subsidi,yang di beri lesen jual lesen ke pendatang asing,,yg diberi Ap alibabakan ap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 25-4-2015 01:51 PM
Kalau sektor swasta, pekerja yang songlap duit dah lama kena dakwa.:

Kannn...tu aku bengang dengan kakitangan awam yg rasa kuat hebat bagus sangat tu...tapi keje yilekk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
r1122 replied at 25-4-2015 02:02 PM
dah byk aku tulis melayu adalah yahudi sebenar akhir zaman.yg di beri amanah khianat amanah kerajaan ...

Melayu bukan Yahudi...Yahudi lagi mulia dr Melayu yg x diberikan seorang nabi pon itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 03:07 PM | Show all posts
Syukur lah ada sistem KERAjaan yg BODOH, dh tau buat salah kena tukar tempat keje jah
Hujung tahun mintak bonus, naik gaji... Ok la janji xde dna BABI dlm urusan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:00 PM | Show all posts
batmana replied at 25-4-2015 01:47 PM
tu bilis, jerung apa cite?

habis jerung yg pegang kuasa, nak buat camna?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau keta gov mcm najib blh involve dgn berbillion duit...apatah lg pegawai dia....patut bnyk bala kena kat kita dlm setahun dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
melayu dfan rasuah berpisa tada
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
apa beza mkn rasuah ngn makan babi? ..tpi melayu suh makan babi x makan punya. biar mati dri mkn babi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa laporan 2010 baru keluar skang?

Selain rasuah adakah jabatan gomen sebegitu tidal produktif?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 05:08 PM | Show all posts
polis..kastam..imigresen..jpj...rasuah berpesah teda
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sprm sendiri ada rasuah tak agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus depa punya networking
Sesuai kerja bahangian uruskan projek n program NBOS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 11:26 AM | Show all posts
kasibiman replied at 25-4-2015 05:06 PM
Kenapa laporan 2010 baru keluar skang?

Selain rasuah adakah jabatan gomen sebegitu tidal produkti ...

haha alamak aku bru prasan laporan 2010,tp ape yg aku fham kalau 2010 dh rancak rasuah ni apatahlagi 2015 ni sebb pertambahan warga asing di malaysia dh bertambah dri thun ke tahun hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.128890 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list